MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

17 Nov 2008

Badan pemikir Gus Dur- The Wahid Institute- Kembangkan Pluralisme

Yenny Wahid, Pengarah Wahid Institute (nombor 3 dari kiri) bersama dengan Paul Wolfowitz. Kelihatan di foto Mari Pangestu (bekas Pengarah eksekutif Center for Strategic and International Studies - CSIS) Din Syamsudin (Presiden Ikatan Cendikiawan Muslim Indonesia-ICMI), Erry Riyana ( Ketua Komisi Pemberantasan Korupsi-KPK), dan Jusuf Wanandi (paling kanan). Jusuf Wanandi adalah Pengarah Eksekutif Pusat Islam dan Pluralisma Antarabangsa Indonesia. Turut hadir Douglas Ramage (The Asia Foundation), Manpalagupta Sitorus (InterMatrix), Andrew Steer (World Bank Indonesia Country Director) and John Aglionby (The Guardian). Sumber foto klik di sini.


Badan pemikir Gus Dur- The Wahid Institute- Kembangkan Pluralisme


Jakarta : The Wahid Institute menyatakan komitmen untuk terus mengembangkan falsafah pluralisme sebagai sintesis perdamaian. The Wahid Institute menjunjung pluralisme untuk menegakkan keadilan.

Paul Wolfowitz dan Yenny Wahid di Indonesia



Matlamat ini dipetik dari ucapan Pengarah The Wahid Institute, Yenny Zanubba Wahid dalam peringatan Hari Ulang Tahun Ke-3 The Wahid Institute, Sabtu (8/9) di Jakarta.

Yenny Wahid atau nama sebenarnya Zannuba Ariffah Chafsoh Rahman Wahid adalah puteri kesayangan Gus Dur yang menjadi orang di belakang tabir dalam The Wahid Institute dan Parti Kebangkitan Bangsa (PKB). Pernah menjadi wartawan akhbar Australia iaitu The Sydney Morning Herald dan The Age. Beliau melanjutkan pengajian di Harvard's Kennedy School of Government sebagai Mason Fellow . Pada 2004, sekembalinya dari Boston, beliau dilantik sebagai Pengarah badan pemikir bapanya iaitu Wahid Institute.


Menurut puteri KH Abdurrahman Wahid (Gus Dur) itu, Wahid Institute menjadi flatform pemikiran Islam yang progresif yang menjunjung pluralisme, dan dikembangkan terus kepada masayarakat agar menjadi sarang para pemikir dan peneliti Islam di Indonesia.

Perbincangan modul strategi kebebasan beragama di Indonesia. Wahid Institute mendapat tajaan daripada beberapa yayasan Amerika termasuk The Pluralisme Project, Universiti Harvard. Klik di sini

Wahid Institute, yang memegang falsafah Nahdlatul Ulama (NU) berwajah damai, juga meneruskan syiar Islam yang damai ke dunia antrabangsa.

Pada kesempatan itu, Abdurrahman Wahid juga memberi ucapan. Menurut Gus Dur, dari pelbagai sudut pemikiran manusia, perjuangan menegakkan keadilan harus juga menjamin perlindungan terhadap orang lain.


Foto atas, Gus Dur berucap dalam sambutan ulang tahun Wahid Institute pertama. Foto bawah, Gus Dur menjemput Samuel Huntington, "Clash of Civilizations" untuk bersama-sama berdiskusi di Wahid Institute. Klik di sini


Menyentuh masalah kelompok radikal Islam, yang turut dinamakan kaum teroris, Gus Dur mengatakan, pihak Amerika Syarikat pernah meminta supaya beliau memberi pidato berbentuk rakaman tetang teroris. Di dalam pidato selama tujuh minit itu, Gus Dur mencadangkan agar Amerika Syarikat mencari titik-titik persamaan dengan kaum teroris.

The WAHID Institute merayakan usianya yang ke-3, sejak dilancarkan secara rasmi pada 7 September 2004 di Jakarta. Pelbagai kegiatan diselenggarakan untuk memperingati dan mensyukuri hari jadi badan pemikir itu.

Untuk menyemarakkan suasana, acara dilanjutkan dengan pementasan group musik Lingkar Kreatifitas Insan Seni (eLkis), sejak pukul 13.00-16.00. Panggung muzik ini terbuka bagi setiap tetamu yang ingin menyumbangkan kebolehannya dalam kesenian.

Pukul 16.00-18.00, diadakan diskusi buku karya KH. Abdurrahman Wahid (Gus Dur) berjudul "Islam Kosmopolitan: Nilai-nilai Indonesia dan Transformasi Kebudayaan", terbitan the WAHID Institute, 2007.

Turut serta sebagai pengulas adalah Pengarah Sekolah Pascasarjana Universitas Islam Negeri (UIN) Syarif Hidayatullah, Prof. Dr. Azyumardi Azra, Anggota Fraksi Kebangkitan Bangsa DPR RI, Badriyah Fayumi Lc, MA, dan Sosialis DR. Daniel Dhakidae. Ahli Penal the WAHID Institute, DR. Rumadi dilantik sebagai moderator.


AIDC menterjemah artikel dari web tokohindonesia.com. Artikel asal klik di sini

1 ulasan:

Sangtawal Sakranta berkata...

salam buat aidc dan warga aidc semua....

semakin hari semakin jelas ternampak arah dan halatuju perjuangan manusia yang bernama gus dur ini..."wahid institute" ini ternyata satu landasan utama perjuangan gus dur untuk mengangkat pluralisme sebagai satu jihad dunia dijalan syaitan yang dipimpin oleh yahudi-zionis disamping untuk menghancur leburkan islam dan nilai nilai suci agama samawi yang terunggul ini.Penawaran semula gus dur sebagai presiden indonesia adalah juga merupakan sebahagian dari agenda kotor gus dur untuk terus memporak perandakan sebuah sistem beragama di indonesia.

Berbalik kita ke malaysia...sahabat baik gus dur..iaitu anwar..juga pernah menubuhkan institut....iaitu "institut kajian dasar" IKD, yang ternyata mempunyai modus operandi yang serupa dan mengikut percaturan zionis yang dibuat di luar malaysia....anwar tidak menamakannya "Anwar institute" tetapi hanya IKD adalah satu helah anwar untuk mengaburi mata bossnya ketika itu..tun dr mahathir kerana beliau tahu tun amat membenci dan menentang keras zionis.
Penterjemahan buku yang menjadi kitab mulia atau "tajul muluk" untuk rujukan IKD ternyata memperjuangkan pluralisme dan islam liberal.
Perjuangan anwar kini juga sudah jauh tersasar dari perjuangannya semasa dalam abim dan lebih teruk dari sewaktu dia dalam umno lagi.

jika anak gus dur yenny menyambung perjuangan gus dur...anwar juga ada YB izzah untuk meneruskan perjuangannya itu...

fakta demi fakta...tulisan demi tulisan yang dibuat oleh AIDC...secara perbandingan antara gus dur dan anwar di dua negara berbeza begitu menarik dan membuka minda kita.bak kata pujangga...sahat baik itu adalah cermin diri kita....atas dorongan itulah barangkali zionis begitu teruja untuk menobatkan mereka sebagai tokoh islam moderate yang terulung di nusantara ini...

Apakah perlu AIDC pergi pula kerumah anda lalu membimbing tangan anda atau mengajak anda bersembang sembang dikedai kopi lagi setelah semuanya telah dikupas dan dijelaskan disini dengan begitu terperinci sekali??? atau marahkah anda jika saya katakan anda masih bodoh atau "bongok" sekiranya masih percaya kepada lakonan hebat anwar itu??? atau marahkah anda jika saya katakan bahawa anda juga pengkhianat agama,bangsa dan negara sekiranya anda juga bersekongkol dengan anwar siraja mimpi ini???

Maka..saya juga merasa agak hairan dengan YB zulkifli nordin ini..dia seorang peguam...katanya pembela islam...tapi berada dalam pasukan anwar....untuk apa YB???...sayang sangatkah YB dengan gaji dan elaun MP itu jika dibandingkan dengan ganjaran dan pahala disisisi ALLAH...aku juga hairan...mengaku diri pejuang islam...tapi berjuang kerana habuan dunia.berjuang untuk nama,berjuang untuk jadi masyhur...keikhlasan sudah hilang nilainya....untuk apa kita menyuci najis jika sebelah lagi kaki kita tercelup sama di dalam tangki najis itu...

oleh itu...kepada YB zulkifli...keluarlah dari pkr...sertailah mana mana parti yang berjuang untuk islam jika anda benar benar ikhlas dalam perjuangan.

Bila ditanya,mengapa pejuang pejuang islam hari ini tidak tegakkan sistem hidup seperti yang digariskan oleh syariat,sehingga tidak lagi bersandar dengan sistem hidup yang dilagangkan musuh.Hampir rata rata pejuang islam hari ini memberi jawapan : kami ditekan,kami diancam, dan kami dihalangi oleh musuh.inilah jawapan yang menampakkan kegagalan sebelum berjuang.

Sepatutnya para pejuang islam ada teknik,startegi dan kaedah yang penuh hikmah dan bijaksana.Sehingga boleh melemahkan dan mengalahkan taktik dan strategi musuh.Tetapi kalau tidak habis habis ditekan,diancam,ertinya taktik dan pendekatan kita itu masih tidak tepat.Bukan musuh yang salah,kerana dalam berjuang memang kita akan menghadapi musuh yang kerjanya menghalangi dan menggagalkan setiap usaha pejuang islam.Kalau mereka berjaya tentulah kita yang bersalah kerana cara kita melagangkan musuh!

Disini saya ingin memetik kata kata saidina Umar Al-khattab dalam suratnya kepada panglima perang islam Saad bin Abu Waqqas..buat renungan pejuang islam akhir zaman....

" Saya memerintahkan tuan dan orang orang yang bersama tuan(tentera islam) agar bertaqwa kepada Allah dalam setiap perkara.kerana taqwa kepada Allah itu adalah sebaik-baik kelengkapan perang melawan musuh dan sebaik baik tipu helah di dalam peperangan.

Saya(Umar Al-Khattab) memerintahkan tuan dan orang orang bersama tuan supaya sentiasa berjaga jaga dan berwaspada daripada melakukan maksiat dan dosa.Kerana dosa dosa perajurit itu lebih saya takuti daripada musuh musuh yang datang menentang.

Sesungguhnya orang-orang islam mendapat kemenangan dengan sebab berlakunya maksiat dikalangan musuh-musuh mereka kepada Allah.Kalaulah bukan kerana itu,tentu saja tidak ada kekuatan bagi kita menghadapi mereka.Bilangan kita jelas kurang dari jumlah bilangan merekadan kelengkapan perang musuh jauh lebih baik dari kelengkapan perang kita.

Ketahuilah...disepanjang perjalanan kamu,ada malaikat malaikat penjaga yang mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.Jadi,merasa malulah terhadap mereka dan janganlah kamu melakukan maksiat sedangkan kamu berjuang dijalan Allah......."

cadangan saya buat aidc...ambil juga tokoh tokoh negara lain seperti estrada/aroyyo di filipina dan thaksin/samak di thailand serta hubungkait mereka dengan jaringan islam liberal/pluralisme dan agenda besar yahudi-zionis di nusantara ini atau di semenanjung emas ini...

wassalam....
salam perjuangan...
sangtawal sakranta....