MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

18 Nov 2008

Tokoh Amerika : Anwar Ibrahim dan Al Gore

Al Gore, bekas Naib Presiden Amerika Syarikat sedang berkata sesuatu kepada Anwar Ibrahim sambil diperhatikan oleh Ali Al Kamali (Pengarah Urusan Datamatix) dan Mary Robinson, bekas Perdana Menteri Ireland 1990-1997). Gambar di atas dirakam pada 18 Nov 2006 di Bustan Al-Arab Hotel Dubai, ketika Al Gore merasmikan majlis penyampaian Anugerah Middle East “3rd Banking Excellent Award” anjuran Datamatix, badan pemikir Amerika di Timur Tengah


Tokoh Amerika : Anwar Ibrahim dan Al Gore


Oleh: AIDC

Rencana berikutnya merupakan beberapa tulisan yang berkaitan dengan tokoh-tokoh Amerika yang dibuat secara bersiri. Untuk siri yang pertama, ditulis satu rencana khusus berkenaan dengan hubungan Anwar Ibrahim dengan Al Gore, bekas Naib Presiden Amerika Syarikat.

Secara ringkas hubungan mereka berdua boleh dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu hubungan ketika Anwar jadi TPM (1994-1998); hubungan semasa Anwar dipenjarakan (1998-2004) dan hubungan selepas Anwar dibebaskan (2004-2007)

Hubungan Anwar ketika jadi TPM (1994-1998)

Al Gore atau nama penuhnya Albert Arnold Al Gore adalah bekas Naib Presiden Amerika Syarikat (1993-2001), seorang berketurunan Yahudi yang menjadi rakan sekutu Bill Clinton daripada parti Demokrat.

Pasukan Presiden Clinton dan Naib Presiden Al Gore dari pari Demokrat mengambil alih dari pemerintahan Republikan yang mengekalkan kuasa dua penggal berturut-turut, iaitu di bawah Ronald Reagan (1981–1989) dan George H. W. Bush (1989–1993) - ayah kepada George W. Bush.

Ketika Clinton dan Al Gore berkuasa di Amerika pada tahun 1993 - 2001, Anwar Ibrahim dari Malaysia pula sedang mendaki hireaki politik dalam kerajaan sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri.

Anwar Ibrahim, berbeza pendekatan dengan bekas-bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang lain, termasuk Musa Hitam dan Ghafar Baba. Kedua-dua bekas TPM ini lebih menumpukan masalah dalaman negara, tetapi Anwar Ibrahim menumpukan kepada luar negara, khususnya Barat. Kedua-dua bekas TPM tidak mempunyai badan pemikir khusus untuk melobi karier politiknya, tetapi Anwar menubuhkan Institut Kajian Dasar (IKD) pada tahun 1985.

Anwar melalui badan pemikirnya IKD menumpukan program mendekati Barat khususnya Amerika Syarikat bermula pada tahun 1994, kerana menurut teorinya untuk menjadi Perdana Menteri yang berkesan mestilah 'mendapat restu' daripada Amerika.

Kamaruddin Jaafar, sahabat baik Anwar dalam ABIM yang menjadi pengerusi IKD, melaksanakan siri-siri lobi nama Anwar kepada Amerika melalui projek "Dailog Pasifik" dengan kerjasama badan pemikir luar negara Amerika yang berpusat Taiwan iaitu di Asia Pacific Policy Centre (APPC).

Peneraju APPC adalah Douglas H. Paal. Pada masa itu beliau juga merupakan Pengarah American Institute di Taiwan. Beliau juga bekas penganalisis kanan untuk CIA di Jabatan Negara Amerika. Sekarang Douglas Paal telah kembali ke Amerika dan berkhidmat sebagai Naib Pengerusi Carnegie Endowment For International Peace. Klik di sini

Kerjasama IKD dan APPC telah berjaya melaksanakan projek-projek dailog mega di Malaysia iaitu Dailog Pasifik I di Pulau Pinang (1994), Dailog Pasifik II (1996), Dailog Pasifik III (1996) dan Dailog Pasifik IV (1998). Kesemua Dailog Pasifik II, III dan IV diadakan di Kuala Lumpur.

Projek "Dailog Pasifik" atau lebih tepat "Projek Dailog badan pemikir Anwar dengan Amerika" telah menjaya menaikkan imej Anwar Ibrahim di kaca mata Amerika Syarikat, kerana hampir kesemua Dailog Pasifik itu dikunjungi oleh wakil-wakil Amerika iaitu William Cohen (Setiausaha Pertahanan Amerika), Madeline Al Bright (Setiausaha Negara Amerika), Senator Sam Nunn dan Henry Kissingger (Bekas Setiausaha Negara).

Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan William Cohen, Setiausaha Pertahanan Amerika. William Cohen hadir ke Malaysia atas jemputan IKD yang menganjurkan Dailog Pasifik, 1998.



Sudah tentu kedatangan William Cohen, Madeline Al Bright dan senator Sam Nunn ke Malaysia menghadiri program IKD di Malaysia, di bawah pengetahuan dan restu Al Gore dan Clinton, kerana ketiga-tiga mereka adalah pegawai-pegawai di bawah regim pemerintahan Demokrat Presiden Clinton.

Untuk mengukuhkan lagi kerjasama IKD dan Amerika, pada tahun 1997, IKD telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan satu lagi badan pemikir Amerika iaitu The Heritage Foundation Washington pada 26 Jun 1997. Perjanjian kerjasama itu diadakan di Kuala Lumpur dengan disaksikan oleh Anwar Ibrahim dan Dr David Brown (Pengerusi Heritage Foundation).

Semua perancangan-perancangan mengukuhkan nama Anwar di kaca mata Amerika sebagai persediaan untuk meraikan Anwar menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Tetapi, tragedi 2 September 1998, melenyapkan impian Anwar dan Amerika, apabila pada tarikh itu Anwar dipecat daripada UMNO, sekaligus terlucutlah jawatannya sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Al Gore, Naib Presiden Amerika, semasa Forum Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Kuala Lumpur pada 16 November 1998, telah mengambil peluang mengecam kerajaan Malaysia kerana memecat Anwar Ibrahim dan memuji-muji keberanian rakyat Malaysia yang ketika itu berarak di jalan raya menyokong perjuangan REFORMASI.

Barangkali ketika itu Al Gore berpendapat dengan menunjukkan sokongan terbuka Amerika kepada Reformasi Anwar akan lebih menyemarakkan lagi gelombang reformasi rakyat menumbangkan kerajaan Malaysia pimpinan Dr Mahathir.

Mungkin Al Gore mengharapkan dengan kebangkitan rakyat itu, Dr Mahathir akan segera tumbang dan Kerajaan Rakyat kembali berkuasa dan segera membebaskan Anwar untuk dinobatkan semula menjadi PM.

Malangnya, harapan Al Gore tidak menjadi kenyataan, malah anak buahnya kekal ditahan di penjara dan rakyat kembali menyokong Dr Mahathir.





Hubungan semasa Anwar dipenjarakan (1998-2004)

Anwar telah dipenjarakan kerana didapati bersalah menggunakan kuasanya sebagai TPM merasuah pegawai polis untuk menutup skandalnya dan didapati bersalah meliwat bekas pemandunya Azizan Abu Bakar.

Pada tahun 2000, Al Gore telah mengeluarkan kenyataan mengecam perbicaraan ke atas bekas TPM Malaysia itu yang dianggap tidak adil. Klik di sini

Al Gore yang meminati Anwar terus menerus mengecam Dr Mahathir dan Malaysia di peringkat antarabangsa. Klik di sini


Hubungan selepas Anwar dibebaskan (2004-2008)

Selepas Anwar dibebaskan dari penjara Sungai Buloh pada 2004, beliau telah berhijrah di United Kingdom dengan menjadi pensyarah pelawat di St. Anthony’s College, Oxford UK (2004-2005). Posisi Anwar di UK diatur oleh salah seorang kawan baiknya, Chris Patten, yang pernah bertugas di Hong Kong.

Di United Kingdom juga merupakan pengkalan utama parti Demokrat Amerika, setelah kumpulan Demokrat Clinton-Al Gore tewas kepada kumpulan Republikan Bush-Dick Cheney.

Berpengkalan di UK, kumpulan Demokrat mempunyai dua pemikirnya iaitu Generation Investment Management Group dan AccountAbility (Institute of Social and Ethical AccountAbility).

Dengan status sebagai pensyarah pelawat St. Anthony College di Oxford, UK, Anwar bertemu dan berbincang semula dengan Al Gore mengenai masa depan dan karier politiknya.

Pada 23 Februari 2005, Al Gore telah mengundang Anwar Ibrahim dan Mary Robinson (bekas Presiden Ireland, 1990-1997) untuk majlis makan malam di London.

Hasil perbincangan, Al Gore telah melantik Anwar , sebagai Lembaga Penasihat, Generation Investment Management Group yang berpengkalan di London dan Washington.

Generation Investment Management dimiliki oleh Al Gore sebagai Pengerusi, dan David Blood — dahulunya ketua pegawai Goldman Sachs Asset Management — adalah CEO. Pasangan mereka diberi jolokannya, "Darah Dan Gore.". Klik di sini

Manakala AccountAbility dilancarkan pada tahun 1996 sebagai the Institute for Social and Ethical AccountAbility, di London dan Washington. Pada 30 Mac 2006, Anwar telah dilantik sebagai Presiden Kehormat AccountAbility oleh Simon Zadek, Ketua Eksekutif AccountAbility.



Foto atas : Anwar Ibrahim anjurkan makan malam khas kepada Simon Zadek di Kuala Lumpur pada 17 Disember 2006. Foto bawah : Tan Sri Navaratnam, Presiden Transparency International Malaysia (TIM),Simon Zadek dan Tian Chua, Ketua Penerangan PKR dalam majlis makan malam anjuran Anwar. Hampir kesemua aktivis utama PKR hadir dalam majlis itu. Sumber foto klik di sini




Badan ini ditaja oleh USAID (United State Agency For International Development) dan BAT (British America Tobacco)

Simon Zadek adalah anak buah Al Gore,dilantik sebagai Ahli Lembaga Penasihat untuk Generation Investment Management dan felow kanan di the Centre for Government and Business of Harvard University’s Kennedy School. Klik di sini


Maklumat lanjut baca artikel "Gore’s Racist Assault Against Malaysia". Klik di sini


Selain di UK, Al Gore juga turut memiliki badan pemikirnya di Timur Tengah yang dinamakan Datamatix.

Badan pemikir Datamatix berpengkalan di Dubai, UAE diketuai oleh anak buah Al Gore iaitu Ali Al Kamali sebagai Pengarah Urusan.

Pada 25 Mei 2005, Datamatix menganugerahi Anwar Ibrahim sebagai ‘Datamatix Global Visionary Award’ dalam program ‘Middle East Excellent Award’ anjuran badan pemikir proksi parti Demokrat Amerika itu.



Foto atas : Al Gore menerima anugerah ‘The Lifetime Achievement Award’ daripada Mr. Mohd Al Gergawi, (Chairman - Dubai Holdings) sambil diperhatikan oleh Ali Al Kamali (Pengarah Urusan Datamatix). Foto tengah : Dua orang anak buah Al Gore, Anwar dan Mary Robinson sedang bersalam dengan peserta Timur Tengah anjuran Datamatix. Foto bawah : Dua orang anak buah Al Gore yang berperanan di dunia Islam, Anwar Ibrahim dan Ali Al Kamali. Anwar bersama Ali Al Kamali dalam program ‘Forum Global Government & Business Leaders’ yang diadakan di Dubai pada 24 September 2005.



Rangkaian Datamatix banyak terlibat dalam urusan perniagaan di Timur Tengah. Pada 11-13 Februari 2006, dianjurkan ‘ Jeddah Economic Forum 2006’ di Jeddah Hilton. Dalam program itu Al Gore dan Anwar turut dijemput hadir.

Anwar adalah salah seorang ahli Lembaga Pengarah Yayasan Timur Barat (East West Foundation) yang berpusat di Amerika Syarikat dengan diketuai Gore sendiri. Peranan yayasan ini kononnya adalah mencari titik pertemuan di antara Islam dan Barat selepas insiden 11 September. Pertemuan mereka adalah berkala 2 hingga 3 bulan sekali di AS dan Anwar menerima gaji bulanan yang lumayan dari yayasan tersebut.

Bukti rapatnya hubungan mereka berdua, dinukilkan sendiri oleh Anwar di dalam blognya, 15 Oktober 2007, Anwar ucap syabas kepada Al Gore kerana menerima hadiah Novel Keamanan daripada PBB. Klik sini

Pada 19 Julai 2007, Al Gore mengirim sebuah buku karangannya kepada Anwar bertajuk "The Assault On Reason". Dalam buku itu Al Gore mengkritik pemerintahan Republikan pimpinan Bush dan Dick Cheney, dalam isu Iraq, masyarakat dunia, masalah pelampau Islam, Kristian, Hindu dan Yahudi. Klik di sini

Pada 8 Ogos 2007, Anwar menulis, "Al Gore mengundang saya untuk sarapan di Singapura semalam. Saya mempelawa beberapa teman dekat serantau termasuk senator kanan Filipina Ed Andara, pengusaha TransTV Indonesia Chairul Tandjung dan Setiausaha Agung KeADILan, Tan Sri Khalid.Saya merujuk kepada buku beliau yang baru dilancarkan, “An Assault On Reason” mendedahkan kepincangan pentadbiran Bush dan media Amerika". Klik di sini

Pada 6 Ogos 2008, Al Gore menghantar perutusan menyokong Anwar menghadapi dakwaan meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan. Klik di sini


AIDC
18 November 2008

































Tiada ulasan: