MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

19 Okt 2008

Tubuh Suruhanjaya Bebas : Siasat agenda Anwar Ibrahim



Tubuh Suruhanjaya Bebas : Siasat agenda Anwar Ibrahim


CADANGAN agar ditubuhkan Suruhan Jaya Bebas oleh Tan Sri Isa Samad harus diambil perhatian. Benar bahawa rakyat semakin keliru dan kekeliruan ini memberi manfaat kepada Anwar Ibrahim.

Taktik mengelirukan rakyat dan akhirnya dapat menyembunyikan fakta sebenar semakin mengancam keharmonian negara ini. Bagi menyelesaikan masalah ini secara menyeluruh tubuhkan Suruhan Jaya Bebas dan secara tidak langsung rakyat akan dapat menilai siapa sebenarnya Anwar Ibrahim dan apakah sebenarnya sandiwara demi sandiwara yang dirancang hingga menggugah kedudukan negara.

Tindakan Anwar sejak akhir-akhir ini begitu membimbangkan dan ada usaha dilihat bahawa Anwar cuba mengaburi mata undang-undang negara kepada pihak luar untuk dilihat bahawa wujud unsur-unsur campurtangan ekskutif terhadap kehakiman dan akhirnya sekiranya siasatan ataupun hukuman tidak memihak kepada beliau, beliau akan menuduh kerajaan merancang segala bentuk konspirasi bagi menidakkan hak beliau.

Berikut adalah kenyataan Media Oleh Tan Sri Isa Samad

TUBUH SURUHANJAYA TANGANI KARENAH ANWAR

SAYA ingin mencadangkan agar kerajaan menubuhkan sebuah Suruhanjaya Bebas bagi menyiasat semua aspek yang melibatkan isu dakwaan liwat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga isu-isu sampingan yang berkaitan dengan kes tersebut.

Saya berpendapat, rakyat makin keliru dengan tipu daya dan helah politik yang digunakan untuk menutup fakta yang berlaku. Malah berdasarkan kepada kenyataan yang dibuat oleh pihak Anwar dan juga pemimpin partinya, PKR, mereka seolah-olah tidak yakin dengan sistem perundangan yang ada di negara ini.

Maka dengan sebab itu, saya cadangan kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Bebas yang keanggotaannya terdiri daripada kalangan pengamal undang-undang, golongan agama, kalangan profesional / akademik dan juga tokoh masyarakat yang disegani bagi menyiasat dakwaan berkenaan secara telus dan adil.

Saya berpendapat kerajaan wajar menubuhkan suruhanjaya ini atas alasan berikut :

1. Laporan polis yang dibuat oleh seorang pemuda yang mendakwa diliwat Anwar dikatakan adalah satu konspirasi dan diatur untuk menyekat kebangkitan politik Anwar;

2. Apabila ada laporan polis itu, Anwar segera mendakwa ada bukti penglibatan Ketua Polis Negara dan Peguam Negara memalsukan bukti dalam kes beliau dipukul oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor. Ini bertujuan untuk menimbulkan keraguan serta memberikan persepsi bahawa siasatan polis sekarang mungkin juga akan ada pemalsuan.

3. Apabila ada Akuan Bersumpah yang memihak kepada Anwar, ia akan digunakan dengan sepenuhnya untuk membuktikan wujudnya konspirasi tetapi apabila pihak yang membuat Akuan Bersumpah menjelaskan beliau berada dalam keadaan tertekan dan menarik balik Akuan Bersumpah itu, pemimpin kerajaan dituduh memaksa penarikan itu dibuat.

Berdasarkan faktor yang dinyatakan di atas, jelas, semua saluran perundangan jika tidak memihak kepada diri mereka akan dikaitkan dengan konspirasi dan muncul pula tuduhan-tuduhan lain kepada pemimpin kerajaan dengan pelbagai tuduhan yang tidak masuk akal.

Malah, saya melihat cara Anwar dan partinya bertindak amat membahayakan negara kerana cuba memberikan gambaran sistem perundangan negara ini boleh diperalatkan oleh pemimpin negara dan sudah tentu ia akan mengundang reaksi pihak antarabangsa khususnya negara seperti Amerika Syarikat.

Mungkin ini yang dikehendaki oleh Anwar. Apabila ada campur tangan pihak luar, faktanya ada laporan polis yang mendakwa beliau meliwat akan tenggelam tetapi timbul pula isu baru kepada negara.

Dengan itu saya cadangkan kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Bebas bagi menyiasat semua aspek berhubung dakwaan liwat dan isu-isu sampingan yang timbul ekoran dakwaan liwat berkenaan.

Terima kasih.


sumber - malaysia hariini.com


1 ulasan:

azrinblog berkata...

hidup anwar!!!

http://www.azrinblog2u.com