MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

19 Okt 2008

Seribu Satu Soalan Buat saudara Anwar Ibrahim



Seribu Satu Soalan Buat saudara Anwar Ibrahim


A man is known by the company he keeps = Our character is reflected in our choice of friends.

The New Dictionary of Cultural Literacy, Third Edition. Edited by E.D. Hirsch, Jr., Joseph F. Kett, and James Trefil. Copyright © 2002 by Houghton Mifflin Company.


Saudara Anwar Ibrahim

Saya tidak memusuhi saudara secara peribadi . Saya menulis ini sebagai seorang Islam yang neutral dan anti-politik murahan serta mewakili masyarakat marhaen yang sudah bosan dan jelik akan sandiwara politik yang menyelubungi tanahair kita.

Pernah dalam nukilan saya yang lepas, saya ada bangkitkan tentang pegangan politik saudara dan hubungan saudara dengan kuasa-kuasa luar tertentu.

Saya tidak ingin menyentuh akan kes undang-undang yang saudara hadapi. Itu pada hemat saya paling elok diselesaikan di kamar Mahkamah Syariah dan pihak yang bersalah menerima hukuman. Justeru itu, apa jua sandiwara yang dimainkan oleh pihak tertentu berhubung kes berkenaan adalah fitnah semata-mata sehingga dibuktikan benar.

Persoalan yang saya ajukkan pada saudara adalah berhubung maslahat yang dihadapi Ummah dewasa ini di bumi Allah yang bergelar Malaysia ini. Saya berharap saudara tidak melatah atau berdalih dalam menjawab kemusykilan berikut.

Sepertimana saudara berkiblatkan kalimah : "lawan tetap lawan" diri ini pula menyahut bernaungkan panji-panji "benar tetap benar"!. Kita mulakan dengan senarai soalan berikut:

a) Apakah hubungan sebenar saudara dengan kuasa besar, Amerika Syarikat dalam konteks mencorak orde dunia baru? adakah saudara setuju dengan dasar Perang Salib moden yang dipelopori golongan neo-con AS dengan berselindung disebalik topeng demokrasi dan hak asasi?

b) Sehubungan dengan (a), pendirian anda berhubung kewujudan regim haram, Israel, di bumi Arab? Adakah saudara mengiyakkan atau menafikan sokongan kepada kewujudan Negara haram tersebut memandangkan anda adalah salah seorang yang menandatangani surat terbuka berhubung Sidang Kemuncak Annapolis.

c) Sejauh manakah saudara boleh memberi jaminan bahawa kerjasama dengan Parti Tindakan Demokratik (DAP) tidak akan menjejaskan kedudukan umat Islam di negara ini. Bukankah, dalam sidang perwakilan yang lepas, DAP dengan terang-terangan menolak perlaksanaan syariat dan mempertahankan kedudukan sekular sekarang berpandukan Perlembagaan yang sedia ada?

Bukankah ini sedikit sebanyak mirip dengan perjuangan golongan tertentu seperti Kumpulan Artikel 11 dan IFC ? Juga suara-suara sumbang dari pemimpin-pemimpin tertentu gerombolan2 tersebut jelas mencabar keutuhan agama Islam sebagai agama resmi Persekutuan menurut Artikel 3, Perlembagaan Persekutuan.

Adakah saudara sedia memberi jaminan bahawa kesucian dan keutuhan Islam dan institusi berkaitan tidak akan dinodai sekiranya saudara mewarisi tampuk pemerintahan kelak?



d) Kebelakangan ini, penulis blog tertentu seperti RPK dalam portal MTnya jelas mempersoalkan hukum hakam Islam serta memperlekehkan personalitas tokoh-tokoh tertentu yang berjuang menegakkan stariat Allah. Saya sedar penulis berkenaan ada berkempen sepentas dengan isteri saudara maupun secara individu untuk saudara dalam Pilihanraya kecil Permatang Pauh baru-baru ini apatah lagi memberi sokongan padunya kepada perjuangan saudara melalui nukilannya.

Sudikah saudara menjelaskan pendirian saudara berhubung penghinaan RPK terhadap agama Islam? atau dapatkah di tafsirkan bahawa diam saudara berhubung perkara tersebut menandakkan persetujuan tersirat saudara akan tindak tanduknya. Juga apakah pendirian saudara tentang penulis blog beraliran sekular liberal dan anti-hadeeth yang lain?

Adakah pendirian saudara diwarnai oleh hujah-hujah saudara dalam The Asian Renaissance yang boleh dipertikaikan itu? Kendatipun, saudara mendokong idealisma demokrasi, adakah ianya benar-benar dapat disuburkan dalam persekitran sosio-budaya yang serba kepincangan dan para pengundi mempunyai aksesibiliti yang terhad kepada sumber berita sahih (satu persoalan yang pernah ditonjolkan oleh Amartya Sen).


e) Adakah dasar ekonomi yang saudara canangkan realistik dalam persekitaran 'capital inflow' yang kian menyusut serta penyusutan ekonomi Amerika Syarikat yang menjadi pasaran ekspot yang kedua terbesar buat produk tempatan? Adakah hegemoni ekonomi Amerika akan berkembang di Malaysia dibawah pemerintahan saudara?

Bagaimana pula dengan pendekatan saudara bagi bagi mengurangkan jurang 'Gini Coefficient' yang kian melebar antara kaum dan intra-kaum? Apakah pegangan ekonomi oleh masyarakat Cina akan terus disuburkan atau satu paradigma baru akan dicorak bagi memastikan penyertaan samarata (equitable) semua kaum dalam aktiviti ekonomi? Adakah penggantungan kepada kuasa pasaran/market forces semata-mata bakal menentukkan kelestarian dan keboleh tahanan ekonomi pribumi?

Bagaimana pula pendirian saudara akan aliran keluar modal (capital outflow) melalui pemindahan modal (capital repatriation) oleh warga asing dan golongan comprador tempatan? Adakah kadar riba akan dinaikkan bagi menangani kemelut ekonomi kini sepertimana yang berlaku pada 1997/98.

e) Lebih penting lagi, adakah saudara berhasrat menegakkan sistem ekonomi Islam yang bebas riba? Adakah sistem matawang Malaysia akan bakal menggunakan sistem free float atau sistem fixed peg (samada hard or soft peg) atau managed float?

f) Adakah Asian Renaissance bakal menjadi leitmotif pentadbiran saudara ( jika saudara berjaya merampas takhta idaman dengan cara luar perlembagaan/extra consitutional). Bukan kah ini bercanggah dengan prinsip saudara utarakan dalam karya saudara itu? atau adakah matlamat menghalalkan cara?

Ada banyak lagi soalan yang ingin saya ajukkan kepada saudara memandangkan pihak saudara yakin akan menerajui pemerintahan negara dalam waktu terdekat (satu andaian yang saya amat sangsi).

Waima pun begitu, saya berharap saudara tidak kecut atau gelabah menjawab soalan-soalan diatas dan yang bakal menyusul nanti, inshaallah. Semoga saudara mengambil iktibar dari peristiwa-peristiwa silam yang pernah berlaku dalam bulan mulia ini dan insaf akan kekerdilan dan kefanaan diri saudara serta tunduk tawadduk kepada kebesaranNya.

Semoga Allah swt memberi taufik dan hidayahNya buat saudara sekeluarga.

Akhir kalam, jadikanlah AlQuran dan AsSunnah panduan saudara bukannya Asian Renaissance.

sumber - syamil-revert.blogspot.com


2 ulasan:

Truth prevails berkata...

Rasa2nya article ini juga elok di copy pastekan dalam comment section blog DSAI,tgk camne respond dia pada soalan dari rakyat biasa yang inginkan penjelasan...

odieneology berkata...

aku yakin, mesti dia tak approve komen ni kalo ko letak kat blog al juburi ni adam..pecaye ar..