MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

7 Okt 2008

'Sedekah' seks: JAIP tubuh jawatankuasa siasatan hari ini


'Sedekah' seks: JAIP tubuh jawatankuasa siasatan hari ini

[DIKEMAS KINI] PETALING JAYA: Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) mengadakan mesyuarat khas hari ini bagi membentuk jawatankuasa bagi menyiasat kes habuan seks melibatkan bekas Ahli Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT), Zul Hassan dan rakannya.

Pengarahnya, Datuk Jamry Sury berkata, mesyuarat hari ini akan membincangkan cara terbaik bagi mewujudkan bidang tugas tertentu dalam menangani kes tersebut.

"Esok (hari ini) kita juga akan menentukan kaedah yang sesuai untuk kita mengumpulkan maklumat daripada sumber-sumber yang berkaitan," katanya kepada mStar Online.

Beliau berkata demikian bagi mengulas perkembangan terkini mengenai kes ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang meminta JAIP menyiasat dan mengambil tindakan ke atas orang tertentu yang telah memfitnah, menghina dan menganiayanya kerana didakwa terlibat dalam skandal seks membabitkan wanita dari China.

Zul mencetuskan kontroversi apabila menyamakan habuan seks dengan sedekah setelah mendakwa dirinya diperangkap oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR).


'Sedekah' seks kesilapan bahasa - PKR Perak

Minggu lalu Jamry berkata, pihaknya kan menyiasat semua pihak, termasuk wanita warga China dan lelaki bernama Mohamad Imran Abdullah, yang dikaitkan dalam pengakuan Zul bahawa beliau disogokkan dengan habuan seks yang disifatkannya "menerima kerana sedekah."

Siasatan itu bersangkut paut dengan laporan dibuat Zul dan ahli perniagaan Fairul Azrim Ismail terhadap Mohamad Imran bulan lalu.

Kata beliau, jawatankuasa berkenaan akan meneliti peruntukan di bawah enakmen-enakmen Syariah bagi membolehkan jabatannya mengambil tindakan susulan.

Zul dan ahli perniagaan Fairul membuat laporan di Jabatan Agam Islam Perak terhadap Mohammad Imran yang didakwa mendorong mereka melakukan perbuatan berdosa itu melibatkan seorang wanita dari China di sebuah apartmen di Batu Ferringhi, Pulau Pinang pada 14 Ogos lalu.

Zul membuat kenyataan mengaku ada menerima habuan khidmat seks, tetapi disifatkannya sebagai "sedekah" telah diarah supaya melepaskan kedudukannya dalam majlis tersebut.

Mohamad Imran merupakan pengadu dalam kes rasuah Zul dan empat yang lain.

Zul pula bersama-sama juruteknik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), Ruslan Sahat, dan dua anggota exco kerajaan negeri Perak dari PKR, Kapt (B) Mohd Osman Mohd Jailu dan Jamaluddin Mohd Radzi, serta bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Perak kawasan Bota juga dari PKR, Kapten (B) Usaili Alias, sedang menghadapi 16 tuduhan rasuah yang akan dibicarakan serentak selama tiga hari bermula 11 Februari depan di Mahkamah Sesyen di sini.

1 ulasan:

wokyoh berkata...

alahai...
satu kerja la pulak puak BPR buat perangkap.macam dah tak ada kerja lain la diaorang tu...

kena paggil amoi tu la pulak bagi penerangan dia...pertama sekali tanya pasport dia...dia masuk malaysia secara halal ke haram.
lepas tu tanya pulak dia bagi sedekah kat zul tu berapa kali..kalau dia bagi sekali zul bagi dia dua tiga kali...tu bukan sedekah la pulak jadinya...jadi macam saham ...modal sikit..pulangan lumayan sekali.

satu lagi...orang kerja majlis daerah ni kaya kaya la semua...hairan saya.daerah saya CC(ketua kerani) pun boleh pakai mercedes...rumah batu besar...banyaknye duit.
ahli majlis daerah...terdiri dari ayam ayam kurap pun boleh pergi meeting dekat
rusia,indonesia,mekah...
ada yang pergi meeting sambil buat umrah pun ada....hairan hairan ...dengan majlis daerah ni.....kalau dok kerja kat kerajaan...kemudahan tu hanya boleh dinikmati oleh golongan profesional atau ketua ketua jabatan je...
jadi tak hairanlah arwah dato zakaria dulu buat bapak segala istana....

masa dia meninggal anak dia buat buat la nangis ,keluar tv...minta halal hutang-piutang bapak dia dunia akhirat....nak tergelak jugak tengok...