MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

7 Okt 2008

Anwar hadir ke mahkamah dengar keputusan


Anwar hadir ke mahkamah dengar keputusan


07/10/2008 10:04am

KUALA LUMPUR 7 Okt. - Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghadapi tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, tiba di Mahkamah Sesyen di sini untuk mendengar keputusan sama ada perbicaraan kesnya dipindahkan ke Mahkamah Tinggi atau sebaliknya.

Bekas Perdana Menteri itu ditemani isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Ismail dan seorang daripada peguamnya, Sankara Nair.

Anwar memasuki bilik Mahkamah Sesyen pada pukul 9.48 pagi.

Beliau tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada pukul 7.43 pagi dan disambut oleh 10 orang penyokongnya.

Tiada kekecohan berlaku dengan kira-kira 100 anggota polis berkawal di kawasan tersebut.

Seperti tiga prosiding lalu, pihak polis masih mengekalkan kawalan keselamatan yang ketat apabila orang awam dan pemberita dikehendaki mendaftar dan mengambil pas di lobi tingkat satu sebelum menaiki lif untuk pergi ke bilik mahkamah di tingkat empat.

Bagaimanapun, suasana sambutan hari raya aidil fitri masih terasa apabila tidak banyak kes dijadualkan di mahkamah hari ini, para pemberita dan kakitangan saling bersalaman mengucapkan salam hari raya.

Anwar, 61, kini ketua pembangkang di Parlimen didakwa meliwat Mohd. Saiful Bukhari pada 26 Jun lalu, antara pukul 3.01 dan 4.30 petang di Unit 11-5-1, Desa Damansara Kondominium, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini. - Utusan

1 ulasan:

bzz berkata...

aik? 10 orang je penyokong?

Rugi la macam tu buat patung besar2...