MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

7 Okt 2008

Anwar hadir di mahkamah untuk kes liwat pagi ini

KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghadapi tuduhan meliwat bekas pembantunya, tiba di Mahkamah Sesyen di sini, jam 9.50 pagi ini.

Mahkamah hari ini akan memutuskan sama ada kes Ahli Parlimen Permatang Pauh itu akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi, atau sebaliknya.

Anwar tiba dengan memakai kot kelabu, diiringi isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan beberapa peguamannya serta hanya kira-kira 10 penyokongnya yang berkumpul di pekarangan mahkamah.

Pada 25 September lalu, Hakim SM Komathy Suppiah, berkata beliau memerlukan masa dua minggu untuk meneliti hujahan pendakwaan dan pembelaan.

Sebelum itu, Ketua Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden membuat bantahan awal terhadap permohonan pembelaan supaya kes itu tidak dipindahkan ke Mahkamah Tinggi dan terus didengar di hadapan Komathy.

Mohd Yusof memohon ia dipindahkan atas alasan Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa lebih meluas untuk mendengar perbicaraan kes itu.

Anwar, 61, didakwa dengan sengaja melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara jam 3.01 dan 4.30 petang, 26 Jun lalu.


3 ulasan:

wokyoh berkata...

10 orang penyokong je???
semakin sedikit ke penyokong Bapak Auta Malaya (BAM)ni???
tak bawa patung replika gergasi sama ke???
sekor replika tu dah boleh wakili 10 orang.

Truth prevails berkata...

Told ya....his supporters are decreasing in numbers as day passes by...I, onced quite obsessed with him, but not anymore!!

Anwar is just an Orator..was and always be...

Tanpa Nama berkata...

ha haaa, mana pergi penjilat penjilat Anwar?????

mana pergi pergi puak puak kopiah putih?

http://medan-info-kita.blogspot.com