MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

13 Okt 2008

PM: Tarikh baru pembangkang karut

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menganggap tarikh baru pembangkang untuk membentuk kerajaan persekutuan menjelang awal Disember sebagai 'karut' dan 'membuang masa'.

Perdana Menteri berkata, beliau tidak nampak sebarang sebab untuk anggota Barisan Nasional (BN) meninggalkan gabungan itu dan menyertai Pakatan Rakyat.


“Barisan Nasional ialah pemenang dalam pilihan raya umum lepas dan kami ada kerja yang perlu dibuat. Mungkin ada perbezaan pendapat di antara kami dan sesetengahnya bukan mudah untuk diselesaikan tetapi hakikatnya ialah kami telah diberikan amanah oleh rakyat.

“Kami membentuk kerajaan yang kuat dan kami akan terus lakukan apa yang kami mampu untuk membangunkan negara. Ini adalah satu peluang bagi parti, jadi kenapa pula ada yang mahu meninggalkan parti?” katanya.

Perdana Menteri yang ditemui selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Rantau AS-Islamik Dunia di sini berkata demikian kepada pemberita selepas diminta mengulas tarikh baru yang ditetapkan oleh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk merampas kuasa daripada BN.

Selepas gagal mengambil alih kerajaan pada tarikh 16 September seperti disasarkan sebelum ini, Anwar menetapkan 8 Disember sebegai tarikh baru dan mendakwa beliau mempunyai cukup bilangan anggota Parlimen BN yang akan berpaling tadah untuk menyertainya untuk membentuk kerajaan sebelum Hari Raya Haji yang dijangka disambut pada tarikh itu.

“Semuanya karut tetapi tetap mencanangkan perkara itu kerana itu merupakan satu-satunya cara beliau mendapatkan perhatian. Saya fikir anda semua hanya membazirkan masa anda semua,” katanya. - Bernama

Sumber: Berita Harian Online


2 ulasan:

NORA berkata...

Salam...

Bagus la Pak Lah perasan yang Anwar selama ni dok mengarut. Jadi para media, tolong jangan mensensasikan berita PM Mat Jenin sebab post PM Jenin masih belum dicreate dalam Malaysian Cabinet, dan juga Sky Cabinet. Jangan buang masa anda... Fokus pada isue2 yang lebih penting dan membina minda.

wassalam

QasehNuryz berkata...

abe nuar ni suker merepek2,x abes2 nk cetus tarikh2 baru..ni msti sbb hobi suke mkn kerepek..ngee;p