MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

13 Okt 2008

Pembangkang 'henti' sementara usul tak percaya PM

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata pembangkang akan 'menghentikan' sementara usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Dewan Rakyat, bagi memberi tumpuan kepada perbahasan Belanjawan 2009


"Fokus kita sekarang ialah Belanjawan 2009 perlu dibentangkan semula kerana ia sudah tidak relevan dengan keadaan ekonomi semasa," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Beliau berkata, usul undi tidak percaya tidak akan dibincangkan kerana soal belanjawan yang perlu dibentangkan semula kini menjadi keutamaan pembangkang.

Anwar berkata, soal tarikh baru untuk menubuhkan kerajaan juga bukan menjadi keutamaan Pakatan Rakyat sekarang.

"Tidak.. saya tidak akan bagi tarikh (baru)," katanya yang sebelum ini memberi tarikh 16 September lalu dan baru-baru ini selepas Aidiladha untuk menubuhkan kerajaan Pusat.

Sumber: Berita Harian Online

Tiada ulasan: