MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

6 Okt 2008

PKR enggan turunkan replika gergasi Anwar



PKR enggan turunkan replika gergasi Anwar


Jimadie Shah Othman | Oct 6, 08 2:46pm

Gambar besar Datuk Seri Anwar Ibrahim setinggi 12 meter dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Caves tidak akan diturunkan walaupun dianggap "berunsur keberhalaan" dan "perlu dihapuskan dengan segera."

Gambar yang diperbuat daripada papan lapis itu dinaikkan 28 September oleh sekumpulan penyokong PKR bagi menyambut Aidilfitri diletakkan di sebuah simpang depan Wisma Keringat dengan kelulusan Majlis Perbandaran Selayang.



Wakil rakyat PKR kawasan itu Amiruddin Shari berkata ia akan diturunkan apabila permit kelulusannya tamat tempoh tidak lama lagi.

Bagaimanapun beliau, yang turut merasmikan penegakan gambar Anwar berbaju biru muda sedang tersenyum sambil mengangkat tangan kanan itu, tidak pasti bila tarikh tamat permit tersebut.

"Apabila tamat tempoh yang dibenarkan, kita akan turunkan. Saya tidak pasti berapa lama, tetapi seingat saya, permitnya tidak sampai sebulan," katanya kepada Malaysiakini, mengulas kenyataan mufti Perlis di sebuah akhbar hari ini.

Amiruddin Shari, (kiri) ADUN Batu Gaves mendongak melihat betapa besarnya replika gergasi Anwar, selepas majlis perasmian yang dilakukannya. Amiruddin sebelum ini adalah pegawai IKD, sebuah badan pemikir Anwar Ibrahim.



Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata Islam melarang penganutnya menjadikan objek manusia seperti replika yang besar untuk diagungkan oleh pengikut masing-masing kerana menjurus kepada unsur mengagungkan sesama manusia lebih daripada had yang sepatutnya.

Amiruddin, yang juga naib ketua Angkatan Muda Keadilan, bagaimanapun menafikan wujud aktiviti keberhalaan di tempat tersebut.

"Tidak timbul bantahan pada waktu ia dibina. Perkara ini hanya muncul apabila wujud persepsi umum selepas beberapa pihak memberikan pandangan," katanya.

Terdapat satu berhala di perjuru kiri (bersebelahan motorsikal) semasa pembinaan replika Anwar itu. Apakah pembinaan replika Anwar mengambil 'semangat' seperti berhala yang dipaparkan dalam foto itu. Klik pada foto untuk besarkan imej dan melihat lebih jelas berhala itu


"Tidak pernah wujud aktiviti keberhalaan di tempat itu. Mungkin mufti menganggapnya sebagai patung. Saya hormat pandangan beliau, tetapi terdapat juga pandangan-pandangan lain. Perkara ini khilaf (berbeza pandangan tentang isu syarak)."


sumber - Malaysiakini.com

2 ulasan:

IPOH MALAY berkata...

haha... biarkan.. PKR dan PAS kan dah masuk hindu...

dorang dah berjinak-jinak menyembah berhala..

dewa anuwa..

harghhh ptuiii sama musyrikin!!

Jamo berkata...

Batu Cave, Putrajaya Anwar..

Akhirnya dengan bangganya, Kerajaan Langit Anwar bertapak di Batu Cave rupanya setelah di Putrajaya tak menjadi.. akan tetapi tak akan kekal lama disebabkan tempoh permit..