MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

6 Okt 2008

Liwat : Pindah kes Anwar diketahui esok



Liwat : Pindah kes Anwar diketahui esok


KUALA LUMPUR 5 Okt. - Mahkamah Sesyen di sini memutuskan Selasa ini sama ada mengeluarkan perintah supaya perbicaraan kes Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Hakim S. M. Komathy Suppiah telah menangguhkan keputusannya sehingga 7 Oktober untuk menimbangkan hujah bantahan pihak pembelaan di atas permohonan pendakwaan bagi memindahkan perbicaraan kes Anwar ke Mahkamah Tinggi di bawah peruntukan Seksyen 418A Kanun Tatacara Jenayah.

Pihak pendakwaan pula yang diketuai Ketua Bahagian Pendakwaan Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden mengemukakan bantahan awal terhadap bantahan barisan 10 peguam bela termasuk seorang peguam syarie sebagai pemerhati mewakili bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

sumber - Utusan Malaysia


Tiada ulasan: