MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

10 Okt 2008

Masalah Replika Dato' Seri Anwar Ibrahim



Masalah Replika Dato' Seri Anwar Ibrahim


Oleh Ust Nasrudin Hj Hasan At-tantawi

Berdasarkan pandangan yang dipegang oleh al-Malikiyyah yang turut dipegang oleh Ibn Hamdan dari kalangan ulama al-Hanabilah, replika Anwar adalah dibenarkan oleh Syarak.

Ini kerana patung yang diharamkan oleh Syarak berdasarkan ijtihad fuqahak di atas adalah apabila mempunyai keseluruhan ciri-ciri dibawah:

Patung yang dibuat adalah berbayang (tiga dimensi). Ini dijelaskan oleh kata-kata Ibnu Hamdan yang merupakan salah seorang ulama daripada al-Hanabilah :

المراد بالصّورة أي : المحرّمة ما كان لها جسم مصنوع له طول وعرض وعمق
dikehendaki dengan makna gambar yang diharamkan ialah satu jisim yang dicipta mempunyai panjang , lebar dan dalamnya ( 3 dimensi )

Sekiranya tidak mempunyai tiga dimensi, maka hukumnya tidaklah haram sebaliknya hanyalah makruh.

Patung yang mempunyai tiga dimensi tersebut adalah patung yang sempurna yang seandainya hidup, dia akan boleh hidup. Maka sekiranya patung 3 dimensi tersebut hanyalah kepala sahaja, atau kepala dan dada sahaja, atau patung tanpa kepala, maka hukumnya tidak sampai ke peringkat haram kerana tiada seorangpun yang mampu untuk hidup sekiranya dia hanya mempunyai kepala, atau hanya mempunyai kepala dan dada atau tidak mempunyai kepala.


Namun sekiranya patung tiga dimensi tersebut hanyalah tidak mempunyai tangan dan kaki contohnya, maka hukumnya adalah haram kerana manusia ataupun haiwan dapat hidup sekalipun tanpa tangan dan kaki.

Patung yang mempunyai 2 ciri di atas dibuat daripada benda yang kekal seperti kayu, batu, besi dan sebagainya. Sekiranya ia dibuat daripada benda yang tidak kekal seperti kulit buah tembikai, lilin, ulian tepung dan sebagainya, maka hukumnya adalah tidak haram.

Replika tersebut tidak mempunyai bayang. Bayang yang dimaksudkan di sini adalah berbentuk tiga dimensi. Ia hanyalah seperti lukisan manusia di atas kertas, tenunan di atas kain dan ukiran yang dipahat di atas batu ataupun kayu.

Walau bagaimanapun hukum replika Anwar adalah makruh disebabkan seluruh jasad Anwar digambarkan. Namun sekiranya replika Anwar hanyalah kepala sahaja ataupun bahagian-bahagian jasad yang sekiranya dianggap hidup, ia tidak akan mampu hidup, maka hukum makruh tadi akan hilang. Ini bermakna sekiranya gambar replika Anwar hanyalah gambar kepala hingga ke dada sahaja, hukumnya adalah tidak makruh di sisi mazhab al-Malikiyyah.

Replika Anuar Dalam Pandangan Mazhab Yang Lain

Dalam mazhab al-hanafiyyah, al-Shafieyyah dan al-Hanabilah, hukum membuat replika Anwar adalah haram sama sekali. Ini kerana berdasarkan dua mazhab ini, sebarang lukisan atau arca yang menggambarkan makhluk yang bernyawa adalah haram.

Kesimpulan:

1. Dalam masalah replika Anwar , para ulama berbeza pandangan dalam masalah ini. Maka adalah satu tindakan yang salah untuk kita memaksa manusia mengharamkan replika Anwar demi untuk meraikan khilaf fuqaha dalam berijtihad. Kaedah mengatakan:

الاجْتِهَادُ لاَ يُنْقَضُ بِالاجْتِهَادِ
Ijtihad tidak terpadam dengan ijtihad yang lain


2. Replika Anwar di sisi al-Malikiyyah tetap hukumnya makruh.

3. Masyarakat perlu dijelaskan bahawa dasar perjuangan bukanlah disebabkan individu. Perjuangan adalah dengan berdasarkan wahyu.

Rasulullah pernah bersabda:

أَلا إِنَّ رَحَى الإِسْلامِ دَائِرَةٌ فَدُورُوا مع الْكِتَابِ حَيْثُ دَارَ[1]
Ketahuilah , sesungguhnya roda Islam itu senantiasa berputar maka hendaklah kamu berputar( bergerak ) bersama al quran mengikut putaran Islam

Sayyidina Ali pernah berkata:

لا تَعْرفِ الحقَّ بالرجال . اعْرِفِ الحقَّ تعرفُ أهلَه[2]
Jangan engkau kenali kebenaran itu melalui orangnya ( yg mendakwa ia benar ) tetapi kenali kebenaran itu sendiri nescaya engkau akan kenal siapa orangnya yang benar .


4. Tindakan mendewa-dewakan seseorang bukanlah satu sikap yang baik. Islam mengajar manusia agar bersikap adil terhadap menilai manusia. Sokongan terhadap seseorang hanyalah apabila kebenaran bersamanya. Allah Taala berfirman:


"Hai orang - orang yang beriman , hendaklah kamu jadi orang - orang yang selalu menegakkan kebenaran kerana Allah swt. , menjadi saksi dengan adil . Dan janganlah sekali - kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum , mendorong kamu untuk berlaku tidak adil . Berlaku adillah kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa . Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan" - Al Maaidah Ayat : 8


Cadangan saya terhadap Dato' Seri Anwar


Berkait isu replika ini , sebagaimana yang telah saya jelaskan di atas , ia termasuk dalam urusan khilaf di kalangan ulama'. Namun bagi pihak Dato' Seri Anwar demi mengelak berlakunya taasub dan mendewa - dewakan sesama manusia khasnya terhadap dirinya sendiri , beliau boleh menasihatkan agar orang - orangnya segera menurunkan replika beliau.


Justeru replika tersebut sangat berbeza dengan iklan atau gambar yang berada pada billboard. Pasti sahaja iklan - iklan tersebut biarpun besar saiznya tidak fokus kepada membesar dan memuliakan gambar orang tertentu melainkan fokus kepada suatu yang diklankan .


Tetapi replika Dato' Seri Anwar tidak merujuk kepada suatu yang lain melainkan kepada zat Dato' Seri Anwar sendiri . Saya juga tidak melihat keperluan lain replika itu didirikan sedemikian besar dan tingginya kecuali lahir dari rasa terlalu memuliakannya.


Lantaran itu saya cadangkan agar Dato' Seri Anwar sendiri meminta agar replika tersebut diturunkan sebelum gejala mendewa - dewakan pemimpin kian membarah dan akhirnya menyumbang kepada pemujaan yang merosakkan aqidah . So isunya buka replika tetapi kesan dari pemasangan replika tersebut , pula dibangunkan di Batu Caves.

sumber - Tranungkite

12 ulasan:

TAMING SARI berkata...

Salam...

Astaffirullah...

Knpalh mslh replika DSAI itu yg sibuk dicarikan fatwa.. Sibuk mencari hadis dan kitab yg membenarkannya..

kami nie jahil, jgn cuba sesatkan kami lagi..

setahu kami, bukan sahaja mnyimpan patung, gmbar pn xboleh dlm Islam.

Untuk ape patung anwar di buat? Nak jd mcm heatler?, mcm saddam hussin?

bertaubatlah org PAS oiii

jgn menegakkan benang yg basah..

ikhlas,
taming sari,
www.empayar-malaya.blogspot.com

Haris Hauzah berkata...

saya juga istighfar panjang bila membaca komen si taming sari...

saudara,
setiap permasalahan pasti ada penjelasannya & setiap penjelasan haruslah bersandar kepada hujah & dalil yang bersumber pada kitab Allah dan hadith rasulullah...

saudara sendiri mengaku dengan kata :- "kami ni jahil", jadi mengapa mahu 'ponggah' bila ada 'alim' yang datang beri hujah...

boleh juga kalau saudara mahu 'ponggah', tapi bidaslah juga dengan hujah dan bukan dengan hanya guna perkataan 'setahu kami', main tak boleh itu tak boleh ini. Inilah yang membarah dalam kalangan ummat Islam khususnya di Malaysia mutakhir ini.
Soal hukum hanya main cedok main celup, hanya main setahu dan rasa-rasa...

mari kita berterima kasih kepada ybhg. ustaz Nasrudin Hj Hasan At-tantawi atas penjelasannya (kerana yang penting beliau tidak bias)...

reti...?

Amz CamPro berkata...

AKU SETUJU! JGN TEGAKKAN BENANG YANG BASAH...AKU DAH CERITA DAH ARTIKEL PASAL NI...SETAHU AKU GBR PUN TAK DIGALAKKAN MALAH NAK JATUH HARAM...LAWATI BLOG AKU amzcampro.blogspot.com...

tiamia berkata...

Hanya orang yang angkuh akan mengangkat dirinya sendiri tinggi-tinggi. Kalau makkal sakti dah jadi cetusan bibirnya sehari-hari apalh pada patung padanya. Eloklah dia baca tafsir albaqarah banyak-banyak dan renungkannya.

Joyah berkata...

Salam,

Bagus kerana kalian semua dari kalangan orang-orang yang berilmu dan tidak hanya menerima suapan orang lain tanpa berfikir. Itulah salah satu motif utama blog ini, supaya kita semua BERFIKIR.

wallahua'alam

Ahmad Zack berkata...

Assalamualaikum,

Petikan penulisan Ust Nasrudin mengenai Hukum Replika DSAI

"hukum replika Anwar adalah makruh disebabkan seluruh jasad Anwar digambarkan... di sisi mazhab al-Malikiyyah.."


"Dalam mazhab al-hanafiyyah, al-Shafieyyah dan al-Hanabilah, hukum membuat replika Anwar adalah haram sama sekali. Ini kerana berdasarkan dua mazhab ini, sebarang lukisan atau arca yang menggambarkan makhluk yang bernyawa adalah haram"

KESIMPULAN HUKUM REPLIKA DSAI IKUT MAZHAB (daripada huraian Ust Nasrudin)

Mazhab Maliki - Makruh
Mazhab Hanafi - Haram
Mazhab Syafie - Haram
Mazhab Hanbali - Haram

3 Haram 1 Makruh tu...

Kat Malaysia ni kita Ikut Mazhab Syafie... Mazhab Syafie kata Replika DSAI tu Haram... jadi tak payahlah nak tegakkan benang basah.. faham-fahamlah sendiri...

Agaknya kenapa Tuan Guru Nik Aziz pun tak komen apa-apa pasal replika ni...

Waullahua'lam

sumandak bayu berkata...

Ajaran dah nak menyesatkan kita ni BRO cepat-cepatlah taubat...

Panglima Perang Cyber berkata...

Jika benar benar berfikir tentu umat Islam tak jadi macam ni...

Peliknya Anwar tidak sudi suruh turunkan 'patung' beliau di sana.

Bukankah dua patah perkata - minta turunkan - dapat selesaikan benda ni ?

adakah Anwar bakal membina tugu lagi besar jika berkuasa nanti ?

Nauzubillah min zalik

TAMING SARI berkata...

Salam haris Hauzah..

Wah.. bijak sungguh tuan berkata2. Hamba nie mengaku jahil sbb yg maaha kaya dgn ilmu hnya Allah.

Lihatlah, hampir semua komen mnyokong sy namun tuan sorang shja yang sebulu dengan orang PAS menyokong Anwar dan Kuncu2nya.

Buka mata dan buka minda le tuan, jgn hanya pandai memberi tapi tidak menerima.

Muhasabah diri tu.. jgn kononnya bijak dan yakin diri tu bijak.

Ikhlas,
taming sari
www.empayar-malaya.blogspot.com

agas berkata...

Boleh saman ini - RM30 juta # ini satu lg penipuan guna nama Ust Nasarin - ini kerja UMNO. jahat sungguh mereka yg tak sedar diri ini + dah nak terkubur jahat lg ...menatang ini

adam berkata...

Asal apa saje yg dibuat Al-Juburi dan kuncu2nya semua ok yea Agas? Walaupun sah terang lagi bersuluh hukumnya haram dan kelentung, namun tetap dipertahankan rite?

Dah sahlah...ni politic orang yang taksub...sepatutnya tak kira siapa, yang baik utk negara dan rakyat walau disuarakan oleh party mana waima party cibai oopss cabai pun boleh dipertimbangkan..ni tidak, asal saje disuarakan oleh lawan semuanya tak betul...plz lah..

U and him..just the same....

zek berkata...

Salam Adam

Org mcm agas ni cuma hafal beberapa patah perkataan. Terutamanya KONSPIRASI, FITNAH, PENIPUAN,BODOH, SIAL dan byk lagi yg semuanya NEGATIF. Jadi jgnla hairan jika dia melihat dunia ini dengan pandangan yg negatif. Dunia dia sepatutnya di blog nuar disana bersama-sama rakan senasib tapi dia nampaknya lebih selesa disini. Mungkin minda bawah sedar dia sedar bahawa diblog nuar penuh dgn penipuan dan kepalsuan lalu menyebabkan dia membawa diri ke blog anti nuar ini. Maafkan lah dia.