MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

9 Okt 2008

Mahkamah Sesyen memutuskan untuk menyambung sesi penghujahan pada 31 Oktober depan

Oeh ARIFUDDIN ISHAK

[DIKEMAS KINI] KUALA LUMPUR: Selepas tiga hari pihak pembelaan berhujah berhubung bantahan mengenai kesahihan sijil pemindahan ke Mahkamah Tinggi yang ditandatangani Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, Mahkamah Sesyen hari ini memutuskan untuk menyambung sesi penghujahan pada 31 Oktober depan.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim S.M. Komathy Suppiah setelah mempertimbangkan pemintaan pihak pembelaan yang diketuai Sulaiman Abdullah kerana anak guamnya akan menghadiri persidangan Dewan Rakyat bermula Isnin depan.



Hakim juga mengarahkan supaya arahan yang dikeluarkan semalam bagi mengenepikan afidavit Datuk Seri Anwar Ibrahim termasuk laporan-laporan akhbar yang memetik kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar yang mengatakan Peguam Negara tidak boleh terlibat dalam kes liwat ini agar tidak disiarkan di media ditarik balik.

Keputusan itu dibuat selepas mahkamah kembali bersidang pada pukul 3.10 petang tadi.

Sebelum itu, prosiding pada sebelah pagi tadi bermula dengan Sulaiman berhujuah untuk meminta hakim menarik balik arahan kepada media yang dilarang menyiarkan afidavit Anwar mengenai pertuduhan terhadap Abdul Gani.

Bagaimanapun Timbalan Kanan Pendakwa Raya, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berkata arahan itu hanya digunapakai hingga prosidingnya selesai.

Alasan yang diberikan pihak pendakwa itu ialah terdapat media yang salah melaporkan fakta di dalam prosiding bantahan awal permohonan pendakwa raya untuk memindahkan kes liwat ini ke Mahkamah Tinggi.

Sulaiman akan kembali berhujah pada 31 Oktober depan.

Sumber: mStar Online

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam,

kenapalah asyik asyik tunda tunda tunda..bila la kes liwat sebenar nak dimulakan..

sumandak bayu berkata...

dah menjadi kebiasaan apabila peguam bela dapat mengemukakan alasan kenapa nak tunda nilah namanya negara demokrasi.... Sistem kehakiman kita bertindak resional dan akan pertimbangkan setiap hujah kedua-dua pihak...

Kes macam ni memang ambik masa.... Kita kena bersabar lah tengok kes ni...

Truth prevails berkata...

..another hide and seek!!

..another joke

If anyone read about OJ Simpson,sentenced to life imprisonment after found guilty for arm robbery recently, 13 yrs after being 'a free man' on charges of double murder of his x-wife and a boyfriend....

Truth prevails berkata...

C'mon lah...

Either nak tunggu kena suap atau another conspiracy?

Emm..sounds like 'Da Vinci Code!..

Truth prevails berkata...

Copy paste from The Alleged Victim via Google Reader.The actual posting has been deleted from the blog.
----------------------------------

8 Oct 2008 (16 hours ago)
Menghitung Hari...
from Demi Allah, Agama, Bangsa dan Negara by Saiful Bukhari

Email Surat Perletakan Jawatan pada 27/6/08 kepada DSAI dan juga respon beliau.


Saya masih ternanti-nanti bila saya akan dipanggil untuk memberi keterangan di mahkamah. Kini sudah 3 bulan setengah lamanya selepas saya membuat laporan pada 28/6/08. Tidak mengapalah, mungkin ada hikmahnya. Saya hanya mampu berdoa.

Flashback :

Masih saya ingat, selepas saya membuat laporan satu demi satu dakwaan dilempar keatas saya. Diantaranya ialah dengan mengatakan bahawa saya ni hanya seorang "pembancuh kopi" dan sukarelawan di pejabat. Walhal tugas saya lebih daripada itu. Email di atas merupakan Surat Perletakan Jawatan saya ditolak beliau. Baca dan analisis lah sendiri. Ia juga pernah disiarkan di media pada bulan julai lalu.

Sekian.


SAIFUL BUKHARI

NORA berkata...

Salam True Heart Finder...

Kes ini akan ditunda2 sehingga kita semua terlupa apa motif sebenar perbicaraan tersebut. Dan memungkinkan mereka mencari sebab2 serta create issue2 lain untuk disensasikan satu dunia. Dah boleh di agak jalan ceritanya, kan... seperti filem Tamil serta Hindi... sama saja plot cerita. Pasangan bercinta mendapat halangan dari keluarga, kerana sang lelaki atau perempuan dari kasta rendah, dibantu juga dek samseng2 jalanan... diselang seli dgn lagu-lagu... berlaria-larian di gunung ganang dan taman bunga ... tukar baju 9 kali bagi setiap lagu .... satu cerita ada 12 lagu ...akhiran cerita, sijahat akan masuk penjara dan sibaik bersama2 kekasih hingga keakhir hayat.Keluarga juga turut merestui hubungan yang suci itu.

AIDC berkata...

True Heart Finder dan Joyah berkongsi rasa bosan kerana tunda perkara remeh temeh.

sumandak bayu kata bersabar, kerana itu membuktikan ketelusan dalam bidang kehakiman di Malaysia masih terjamin, walaupun Anwar sering memperburukkan badan itu..

Barangkali apa yang cuba disimpulkan Sumandak, kebenaran akan muncul juga walaupun ambil masa lama.

Rasa saya pula hampir sama dgn rasa True Heart Finder dan Joyah. Tak tau apakah rasa ini juga dikongsi dengan pelayar yang lain..

Makin lama bertangguh, makin bosan orang mahu ikuti kes Anwar..meleret2 bincang isu lain yang tak sepatutnya dibincang, akhirnya isu asas tenggelam..

Barangkali apakah itu, yang cuba dibuat Anwar melalui peguambelanya supaya perkara pokok tenggelam dgn perkara lain..

Arena pendakwaan itu bukan soal Ghani Patail, tetapi soal liwat Anwar Saiful dan nampaknya Anwar lebih cenderung nak pergunakan pentas mahkamah mempersoalkan isu2 lain yang tak ada kaitan dgn isu liwatnya..

Seingat saya, faktor inilah anwar dan penguambelanya tewas dalam kedua-dua kes pada tahun 1998.

Pertuduhan lain. Anwar jawab lain.
Dr Khir Toyo kata, 'lain bengkak, lain diubatnya'

Tahun 1998, pendakwa kata, betulkah kamu (Anwar) merasuah & meliwat ?

Tetapi Anwar tidak menjawab betul atau tidak, sebaliknya beliau menjawab 'semua ini 'teori konspirasi'

Walaupun, penghuraian Anwar 'teori konspirasi' membawa maksud tersirat adalah 'tidak' tetapi jawapan tidak itu kabur, kerana Anwar dan peguambelanya lebih menghabiskan masa huraikan teori konspirasi.

Sepatutnya, jawab dulu tidak, dengan bukti2 yang konkrit, alibi, bukti2 etc..teori konspirasi tak perlu..kerana tak termasuk silibus jawapan..

Seperti soalan peperiksaan. Soalan bertanya, adakah kamu merasuah? Kalau dijawap, 'teori konspirasi', saya kira pelajar itu memang patut gagal peperiksaan, kerana tak faham soalan..

Terima kasih Adam kerana menulis tentang carian di internet hubungan saiful dan Anwar..

Untuk pengetahuan Adam, saya juga menerima email drp Saiful berkenaan persoalan itu..

Saiful beri keratan emailnya bersama Anwar dan minta saya fikirkan..

Saya faham apa maksud Saiful itu, dan saya masih memikirkan misteri di sebalik email antara Saiful dan Anwar..

Sekiranya Saiful membaca tulisan saya ini, saya perlu sedikit bantuan lain, utk saya fahami lebih mendalam..

p.s..utk nurilhami. terima kasih hantar email peribadi. maaf tak dapat jawap dgn kadar segera. agak kesuntukan masa. isnya allah akan dijawab dlm masa terdekat..

AIDC

wokyoh berkata...

umpama sulaiman bawa kereta buruk.kereta tak bergerak bila minyak habis.orang pun tolong la tolak kereta tu ke stesyen minyak.bila sampai kat stesyen minyak petronas sulaiman tak mau juga isi minyak.dia kata minyak petronas tak elok la,nanti enjin cepat rosak la,mahal la,budak jurupam tak jambu la,lagipun petronas ada sher dengan kerajaan ..tak nak subahat la...bla bla bla...sampai orang lain dok tunggu kat belakang berbaris-baris...tapi sulaiman tak hirau...terus bagi hujahnya....dia kata kalau minyak shell dia sanggup isi...bla bla bla...lalu orang belakang dia mula bising,ada yang bunyikan hon dan sebagainya...dahlah kereta buruk...banyak cakap pulak...maka tauke stesyen petronas pun keluar dan tanya sulaiman...
"eh encik...apa masalah???.." dia pun terus berhujah....bla bla bla..lalu bila bosan mendengar si tauke kata..."ok la encik...sila alih kereta dan duduk tepi sana dulu ye....orang lain nak isi minyak juga"....lalu sulaiman pun tolak kereta buruk dia ketepi...dok tercegat tepi kereta sambil mulutnya tak henti-henti bergerak...mengomen gamaknya....

ada seorang budak kecil..keluar tandas stesyen minyak ,lalu menyapa sulaiman..."kenapa pakcik saya tengok dari tadi lagi dok tercegat je kat situ...pakcik nak kencing ke?"...."aku dah kencing dia orang dah tadi...ha ha ha.."...budak tu pun hairan sambil garu garu kepala..."pakcik ni ada duit ke tidak nak isi minyak ni???".... sulaiman yang sedang ketawa terbahak bahak tadi terkejut dan mukanya terus pucat....alamak kantoi aku kali ni...aku memang tak ada duit ni sebenarnya....macammana budak ni tau ha...budak tu pun kata..."tu la pakcik..kalau nak duit cakap nak duit awal awal...senang...abis cerita.jangan dok banyak auta pulak" budak kecil yang bijak itu pun terus berlalu...sambil berlari kekereta ayahnya...anak kecil itu kata.." pakcik..besar nanti saya nak jadi PM...nak ganti paklah...dia tu teruk juga...bye.." sulaiman terkedu dengan ucapan budak itu...

budak itu pun meraung dari jauh.." pakcik,minyak dan stesyen minyak tak bersalah...kereta habis minyak kena isi minyak...kalau tak, kereta tak boleh jalan...dok la pakcik kat situ sampai esok...byyyyeeee!!!"