KUALA LUMPUR 9 Okt. – Mahkamah Seksyen petang ini memutuskan mengubah perintah larangan terhadap media untuk menyiarkan pernyataan tuntutan dalam afidavit kes Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Hakim S.M. Komathy Suppiah membuat keputusan itu dengan mengguna pakai Kaedah 41, Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1990 bahawa pernyataan-pernyataan tuntutan dalam afidavit Ahli Parlimen Permatang Pauh itu diterima sebagai keterangan oleh mahkamah.
Beliau berkata, sehubungan itu perintah yang beliau keluarkan semalam itu digugurkan.
Pada prosiding kes liwat Anwar yang masuk hari keenam hari ini, peguam bela Anwar, Sulaiman Abdullah memohon supaya mahkamah mengubah semula keputusan yang telah dibuat semalam.
Hujahan berhubung perkara itu mengambil masa sepanjang prosiding pada sebelah pagi.
Sumber: Utusan
3 ulasan:
Memang sesuai kes ni mendapat liputan dari media... jadi ta ada lagi persoalan yang sistem kehakiman kita tak releven oleh BRO ANWAR dan kunco-kunconya.
Salam.... inilah jadinya kalau terlalu banyak pengaruh filem Tamil. Semalam cakap gitu, hari ni cakap gini, esok entah apa pula ceritanya.
Syabas sumandak bayu dan joyah kerana buat komen hampir semua artikel yang disajikan..
Tiada ucapan lain yang boleh ditulis selain drp perkataan terima kasih, kerana sudi membaca setiap artikel yang dipaparkan..
Barangkali kalian adalah pembaca teliti, dari ayat ke ayat dan barisan ke baris..kalau benar alhamdulillah, masih ada pihak yang menghargai apa yang ditulis..
bercakap soal sumbangan..menulis komen pun adalah sumbangan yang sgt besar kepada blog ini, kerana kita digerakkan hati utk baca dan turut lontar idea, apa yang kita rasa..
Saya pula, dapat merasa dan lebih memahami, apabila pelayar meluahkan apa yang dirasa..
terima kasih sekali lagi
AIDC
Catat Ulasan