MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

8 Okt 2008

Kes Anwar semakin sejuk, kes tumbuk pula yang panas...

GADUH... Rakaman dua lelaki berbalas tumbukan di pintu masuk Mahkamah Sesyen 1 di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur hari ini. Insiden pukul 11.25 pagi itu, berlaku ketika berlangsungnya prosiding kes liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kejadian berlaku apabila seorang lelaki berusia 20-an yang memakai pas media berselisih faham dan saling bertumbuk dengan seorang lelaki berusia 40-an dipercayai penyokong Anwar. Anggota polis yang mengawal keadaan di mahkamah kemudian bertindak menahan kedua-dua mereka untuk diambil keterangan. -foto BERNAMA

Kes Anwar semakin sejuk, kes tumbuk pula yang panas...


Jika tiada insiden dua lelaki bertumbuk di depan pintu Mahkamah Sesyen Jenayah 1 di kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, Selasa tiada yang menarik bagi petugas media yang hadir membuat liputan prosiding kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Suasana kompleks mahkamah itu lenggang, tiada kesukaran memakir kenderaan dan tiada anggota trafik mengawal lalu lintas seperti tiga prosiding sebelum ini.

Barangkali kerana mood raya atau sudah jemu, tiada orang ramai atau penyokong Ketua Pembangkang itu menunggu Anwar yang tiba ke mahkamah jam 9.43 pagi untuk mendengar keputusan hakim Mahkamah Sesyen sama ada memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi.

Hanya kira-kira 15 penyokong setia Anwar menunggu dan menyambut ketibaan beliau. Selain itu hanya ada lebih kurang 20 jurugambar dan jurukamera dan kali ini mereka tidak perlu berasak-asak merakam gambar ahli Parlimen Permatang Pauh itu yang tiba ditemani isteri, Datin Seri Wan Azizah Ismail.

Bagaimanapun sehingga jam 11.45 pagi, tiada keputusan dibuat Hakim S.M. Komathy Suppiah kerana peguam dan pendakwa raya terus berhujah mempertahankan kes masing-masing.

Peguam Anwar menjadikan kesahihan sijil yang ditandatangani Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang sedang disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR) selain arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya Abdul Gani tidak mencampuri kes liwat Anwar terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun lalu.

Bagaimanapun, hakim berkenaan memutuskan yang ia mempunyai budi bicara untuk memerintahkan pemindahan kes liwat Anwar ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan menentukan kesahihan sijil berkenaan.

Anwar dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun.

Jika sabit kesalahan, penasihat PKR itu menghadapi hukuman penjara maksimum 20 tahun mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang juga memperuntukkan hukuman sebatan tetapi hanya terpakai kepada seseorang yang berumur bawah 50 tahun.

Sehingga prosiding ditangguhkan kira-kira jam 4 petang, belum ada keputusan mengenai kes itu yang akan disambung jam 11 pagi Rabu.

Anwar pada sidang media ketika ditanya ‘sambutan dingin’ diterimanya kali ini, memberi alasan beliau sedia maklum mengenainya kerana penyokongnya tahu hari ini hanya untuk mendengar keputusan oleh Hakim S.M Komathy.

Bagaimanapun sehari sebelum itu laman web beliau telah menyeru para penyokong datang beramai-ramai ke mahkamah.

Dalam sidang media kali ini, Anwar nampak macam sudah ‘tekan brek’ bila ditanya mengenai rancangannya mengambil alih kerajaan dengan berharap ahli parlimen Barisan Nasional (BN) lompat parti setelah pelan 16 September tidak jadi kenyataan.

Sementara itu insiden tumbuk menumbuk berlaku antara dua lelaki,seorang pemimpin PKR dengan seorang petugas sebuah syarikat televisyen swasta pada jam 11.25 pagi.

Kejadian berlaku berhampiran dengan pintu masuk kamar mahkamah sesyen yang mendengar kes Anwar itu dan mencetuskan sikit kekecohan.

Para anggota polis di situ terus menahan kedua mereka.Bagaimana kes itu selesai apabila kedua mereka saling bermaafaan.- 7/10/2008

sumber - Agendadaily.com






Tiada ulasan: