MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

8 Okt 2008

Kes Liwat Anwar : Penghujahan bersambung hari ini

08/10/2008 11:54am

KUALA LUMPUR 8 Okt. - Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendengar hujahan lanjut peguam bela Sulaiman Abdullah berhubung bantahan kesahihan sijil perakuan yang ditandatangani oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Hujahan tersebut didengar di hadapan hakim S.M. Komathy Suppiah pada pukul 11 pagi ini.

Sijil itu dikemukakan dalam usaha pihak pendakwaan memohon memindahkan perbicaraan kes liwat Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Mahkamah Tinggi di bawah peruntukan Seksyen 418A Kanun Tatacara Jenayah.

Anwar, 61, kini Ketua Pembangkang di Parlimen mengaku tidak bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 23, pada 26 Jun 2008 antara pukul 3.01 dan 4.30 petang di Unit 11-5-1, Desa Damansara Kondominium No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini. -

Pada prosiding hari kelima hari ini, Anwar yang sentiasa ditemani isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismailmasuk ke dalam bilik mahkamah pada pukul 10.56 pagi.

- Utusan

+++++Artikel setakat ini sahaja+++++




Tiada ulasan: