MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

19 Okt 2008

Jika Anwar Ibrahim jadi PM, malapetaka besar kepada rakyat Malaysia - Dr Chandra



Jika Anwar Ibrahim jadi PM, malapetaka besar kepada rakyat Malaysia - Dr Chandra


PETALING JAYA: "Jika Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, ia bakal mengundang satu malapetaka yang menyeluruh bagi Malaysia."

Itu adalah adalah jawapan luhur daripada bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Nasional, Prof Dr Chandra Muzaffar , sayap kanan dan individu yang amat dipercayai oleh Anwar , setelah bertahun-tahun berdiam diri, apabila ditanya mengenai de facto leader Parti Keadilan Rakyat didalam sebuah forum di sini, semalam.

Ditanya mengapa beliau mengambil keputusan untuk mula bersuara, Chandra berkata bahawa kian jelas, rakyat sedang ditipu oleh Anwar.

“Saya sudah bersedia bagi kenyataan yang berekod supaya rakyat tidak akan terus ditipu,” kata beliau.

Chandra, seorang ahli akademik yang mengasaskan pergerakan reformasi Aliran dan juga yang dahulunya pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), adalah di antara golongan profesional dan intelektual yang membentuk Keadilan kerana berang dengan pemecatan Anwar daripada jawatan timbalan perdana menteri, penganiayaan terhadap beliau (Anwar) yang dilakukan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor serta, dalam waktu yang sama menghadapi tuduhan meliwat.

Beliau merupakan Timbalan Presiden bagi isteri Anwar, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dari April 1999 sehingga dia meletakkan jawatan atas sebab perbezaan-perbezaan dengan parti pada Disember 2005. Dalam pilihanraya pada tahun 1999, beliau bertanding sebagai calon Keadilan, namun tewas.

Sejak dari itu, Chandra telah menolak daripada membuat sebarang kenyataan terbuka mengenai sebab-sebab beliau meninggalkan parti dan juga enggan bersuara mengenai perbezaan-perbezaan beliau dengan Anwar.

Semalam Chandra memberitahu bahawa di sebalik kebolehan Anwar sebagai pemidato yang memukau, beliau kini bercakap sesuatu yang amat berbeza dari waktu beliau bersama kerajaan.

Chandra berkata, ramai rakyat bukan Melayu di negara ini sedang dipermainkan oleh Anwar, yang berpendirian pelbagai budaya.

“Hari ini beliau memiliki imej yang berbeza dan amat menyedihkan kerana ramai yang bukan Melayu percaya akan kata-kata beliau. Hari ini, beliau mahu menghapuskan DEB (Dasar Ekonomi Baru) dan itu merupakan alunan irama indah ditelinga mereka"

“Kita begitu bersifat perkauman sehingga tidak mampu untuk menilai seseorang itu secara objektif”, kata Chandra, yang merupakan antara lima orang speaker di The Star-Asian Centre for Media Studies Public Forum bagi pilihanraya 2008 yang diadakan di Menara Star semalam.

Chandra berkata, semasa Anwar menjadi Menteri Pelajaran dahulu, beliau telah mengubah terma Bahasa Malaysia kepada Bahasa Melayu yang membawa kepincangan kepada integrasi nasional.

“Tunku Abdul Rahman mahu penggunaan Bahasa Malaysia bagi menyatukan seluruh masyarakat dan beliau (Anwar) mendesak penggunaan Bahasa Melayu atas dasar sistem sekolah,” ujar Chandra.

"Kerajaan telah kembali menggunakan terma Bahasa Malaysia sejak tahun lepas.
Anwar (semasa beliau menjadi menteri Pendidikan) juga bertanggungjawab melantik pegawai bukan Cina bertugas di sekolah-sekolah Cina, yang mana menjurus kepada krisis politik pada tahun 1987”,
kata Chandra.

Beliau menambah, ramai orang lupa peranan yang dimainkan oleh Anwar dalam menyelesaikan pertikaian antara Hindu dan Muslim di Kampung Jawa, Pulau Pinang.

“Anwar mengatakan bahawa beliau akan memastikan bahawa loceng-loceng kuil di Malaysia tidak akan berbunyi lagi jika kata-katanya tidak diterima,” kata Chandra.

Bercakap mengenai masa depan Malaysia, Chandra berkata, kualiti yang paling penting bagi pemimpin negara yang mempunyai pelbagai bangsa ialah kejujuran dan konsisten.

“Apabila seorang pemimpin bercakap mengenai isu etnik yang sensitif, beliau wajib menyampaikan maksud yang sama kepada bangsa bukan Melayu sebagaimana yang telah diucapkan kepada bangsa Melayu. Anda tidak boleh bermain dengan isu ini kerana ia adalah sangat merbahaya,” ujar beliau.

Chandra juga berkata, walaupun Barisan Nasional punya kekurangan, tidak ada gabungan lain yang berwawasan dan berdaya maju dalam negara ini.

Beliau teringat ‘pengalaman pahit’ dalam percubaan untuk membina pakatan pembangkang yang terdiri dari PAS, DAP, Parti Keadilan dan Parti Rakyat Malaysia (PRM), dinamakan sebagai Barisan Alternatif (BA), di mana tugasnya adalah untuk merangka Manifesto Malaysia Adil bagi pilihanraya tahun 1999.

“BA telah menunjukkan prestasi yang cemerlang, tetapi selepas pilihanraya, PAS memutuskan untuk melaksanakan Islam yang sangat konservatif di Terengganu dan ini menjadikan keadaan amat sukar bagi kami.”


“DAP memberi penekanan kepada sekularism yang agresif tanpa memahami peranan agama di Malaysia. Satu jurang yang amat dalam telah wujud di mana pembangkang tidak mampu untuk memilih jalan tengah dan saya fikir mereka tidak akan dapat melakukannya untuk tahun-tahun yang akan datang,”
kata Chandra.

Nota : Terjemahan sumber asal dari The New Straight Times Online, disalin semula dalam blog, Warong Kopi, pada 4 Mac 2008, bertajuk, "If Datuk Seri Anwar Ibrahim becomes the Prime Minister, it will be an unmitigated disaster for Malaysia."


Tiada ulasan: