MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

13 Okt 2008

Anwar bukan pemimpin, tetapi pengkhianat rakyat!

Anwar Ibrahim bersama Sandra Day O’Connor, bekas hakim Amerika Syarikat (no 3 dari kanan) dalam mesyuarat Foundation For The Future (FFF). FFF adalah tajaan Amerika untuk mencari jalan menyebarkan 'fahaman demokrasi Amerika' ke dunia Islam.


Anwar bukan pemimpin, tetapi pengkhianat rakyat!

oleh: Putera_Adnan

Patut ker Anwar pimpin reformasi? Sebenarnya Anwar tidak layak langsung menjadi rakyat Malaysia. Kenapa? Sehinggakan DSAI begitu istimewa sampai semua Badan Risikan Negara Asing sanggup menyalurkan segala maklumat kepada DSAI? Kenapa Tun Dr Mahathir beritahu dahulu bahawa Anwar mengancam keselamatan negara?


Kerana Anwar sanggup menjadi boneka negara asing menyalurkan maklumat keselamatan dan rahsia negara kepada pihak luar. Adakah itu tindakan seorang PATRIOTIK? Tidak, Itu adalah tindakan seorang yang mementingkan diri sendiri. Siapa yang membantu dari segi segala kewangan Anwar? Semuanya dari sumber luar negara.

Celikkan mata bahawa DSAI sebenarnya seorang pengkhianat negara dan rendah moralnya. Sanggup berkompromi untuk menurunkan darjat AGAMA ISLAM YANG SUCI DAN BANGSA MELAYU semata-mata kepentingan politik, dan dia berjaya kerana sokongan MELAYU yang mudah lupa. Persoalan utama: Adakah semasa pemerintahan Tun Dr Mahathir, rakyat mengalami kesempitan hidup akibat ekonomi yang tidak stabil?

Adakah semasa Tun Dr Mahathir jadi PM ekonomi Malaysia tidak berkembang? Adakah kerana Tun Dr Mahathir memecat Anwar satu kesilapan beliau sedangkan Timbalan Beliau sudah silih berganti tetapi tidak ada yang gila meroyan gila kuasa seperti Anwar Ibrahim? Adakah Anwar layak memegang portfolio Menteri Kewangan sedangkan dia sendiri tidak habis belajar (kalau belajar pun sastera).

Benarkah semasa Anwar jadi Menteri Kewangan dan TPM tidak ada projek yg diberi kepada kroni-kroninya? Semuanya bohong belaka. Rambut saja sama hitam. Tapi hati yang busuk siapa yang tahu (Iskandar - komentator blog Pokka)

Anwar bukan seorang pejuang berani mati. Anwar hanya seorang pejuang retorikal yang akan berapi-api ucapan beliau tapi hilang bila timbul sebarang konfrontasi terbuka. Tragedi Baling pada tahun 70-an membuktikan sikap beliau. Beliau berucap berapi-api namun hilang dalam arus demontrasi besar-besaran pelajar. Malangnya, Anwar tiada keberanian dan semangat perjuangan tulen untuk berkata demikian. Anwar hanyalah opportunis.

Beliau bercakap soal korupsi dan keadilan hanyalah apabila dipecat dan didakwa di mahkamah. Untuk apa ini jika bukan untuk menyelamatkan dirinya? Berpuluh tahun dalam kerajaan, mengetuai Jawatankuasa Anti Rasuah Kabinet, menjadi pemangku Perdana Menteri Selama dua bulan apa yang dilakukannya? Hanya mencari jalan untuk membunuh musuh politiknya sendiri yang mana DSAI yang mengancam kedudukannya. Begini ker cara kepimpinan seorang pemimpin yang di kagumi.

Kini beliau bersama DAP dan PAS kerana parti tersebut memberi keuntungan kepada beliau. Kini beliau bercakap soal pembaharuan kehakiman dan keadilan (justice) kerana itu modal politik beliau. Jika esok beliau ditawarkan masuk UMNO dengan kedudukan tertentu, pastinya UMNO dan BN akan menjadi baik segalanya. Maka bercakaplah beliau soal penyatuan Melayu, kepentingan orang Melayu dan Islam sederhana.

Reformasi Anwar? Semuanya lakonan untuk diri sendiri.

sumber - Sahabatmantap.wordpress.com

3 ulasan:

Cheguman berkata...

Bagi yg rajin menyemak kembali perjalanaan politik beliau akan mengesan taktik beliau.

Bagi yg lama menyokong beliau akhirnya akan merasa kebosanan dan rasa ingin 'keluar' dari corak yg begitu.

Bagi yg kagum dan ingin mencontohi beliau akhirnya mendapati bahawa ianya sesuatu yg tidak begitu sukar. Itu sebabnya kita dapati ramai yg terbawa-bawa dgn cara beliau berpidato, dan ia berkesan.

sumandak bayu berkata...

Kalo part pidato Sumandak pun kagum gak Bro Anwar ni tu sebab ramai anak-anak buah yang ikut cara dia bercakap....

Tapi orang kata setakat padanai berpidato tapi tarak ada hasil susah gak... Skang rakyat Malaysia bukan nak tengok orang pandai caka je... tapi orang nak tengok bukti boleh jadi atau tak.... NI BARU DI CAKAP ADA HASIL Bro....

Ahmad Zack berkata...

Betul tu...

aku sokong... Jika esok beliau ditawarkan masuk UMNO dengan jawatan PERDANA MENTERI MALAYSIA, pastinya UMNO dan BN akan menjadi baik segalanya. Maka bercakaplah beliau soal penyatuan Melayu, kepentingan orang Melayu dan Islam sederhana.

Lepas tu lingkuplah negara dan rakyat hidup dalam cengkaman amerika kapitalis...

Reformasi Anwar? Semuanya lakonan untuk diri sendiri.