MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

24 Sep 2008

Tukar kerajaan, masih dalam perancangan - Anwar


Tukar kerajaan, masih dalam perancangan - Anwar

Sep 24, 08 12:01pm
Setelah gagal dalam projeknya untuk mengambil alih kerajaan pada 16 September dan semalam, PKR mula mengendurkan langkahnya selepas bertemu tokoh-tokoh utama PAS dan DAP.

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pihaknya akan "terus mengejar matlamat kami dengan berhati-hati" dan "tidak terpancing untuk bertindak tergesa-gesa" yang boleh membawa keadaan tidak stabil dan tidak menentu dalam negara.

Seperti perdana menteri, penasihat PKR itu turut menafikan wujudnya rundingan antara Pakatan Rakyat dengan kerajaan melalui pihak ketiga bagi proses penggantian kerajaan pusat.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini dilaporkan mengecam kenyataan ketua penerangan PKR Tian Chua yang dipetik sebagai berkata "orang tengah" kini sedang berbincang dalam langkah Pakatan Rakyat menumbangkan BN.

Abdullah menyifatkan kenyataan itu "paling gila" pernah didengarnya, Anwar pula berkata beliau "tidak tahu-menahu" tentang rundingan seumpama itu yang menurutnya sebagai "tersalah tafsir".

Anwar mengadakan pertemuan tertutup dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Kota Bharu semalam berhubung projek penggantian kuasa yang digembar-gemburnya akan berlaku menjelang 16 September lalu.

Setelah gagal berbuat demikian, mantan timbalan perdana menteri itu menggesa Abdullah mengadakan sidang khas Parlimen semalam untuk membincangkan perkara itu tetapi permohonan itu ditolak mentah-mentah oleh perdana menteri.

Anwar juga mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di Kuala Lumpur berhubung perkara yang sama malam tadi.

"Kami juga berbincang langkah-langkah seterusnya yang sepatutnya Pakatan Rakyat ambil dalam usaha membentuk kerajaan baru yang mencerminkan sokongan majoriti anggota-anggota parlimen," kata Anwar dalam satu kenyataan.

Beliau menyifatkan keengganan Abdullah mengadakan sidang tergempar Dewan Rakyat sebagai satu tindakan Umno "mensabotaj dan membantutkan proses demokrasi."

Pakatan Rakyat juga merancang menghadap Yang di-Pertuan Agong berhubung projek undi tidak percaya terhadap perdana menteri.

Bagaimanapun PKR semalam memberitahu Malaysiakini, surat sedemikian belum diutuskan kepada Istana Negara.

sumber - Malaysiakini

Pakatan belum utus surat kepada Agong


Jimadie Shah Othman | Sep 23, 08 2:29pm
Pakatan Rakyat belum mengutus surat kepada Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk menyerahkan senarai nama ahli parlimen BN yang menyokong gabungan pembangkang sebelum membentuk kerajaan baru.

Anggota sekretariat Pakatan Rakyat, Johari Abdul yang diberi tanggungjawab menyerahkan surat itu berkata, beliau sedang menunggu arahan untuk berbuat demikian.

Beliau yang juga ahli parlimen Sungai Petani menambah, apabila ketiga-tiga pemimpin tertinggi PKR, DAP dan PAS memberikan arahan, beliau akan menghantarnya.

Johari berkata, beliau bagaimanapun tidak mengetahui isu kandungan surat itu.

“Saya cuma tukang hantar, orang suruh hantar saya hantar,” kata bekas ketua perhubungan PKR Kedah kepada Malaysiakini hari ini.

Mengulas sama ada surat kepada baginda menjadi sebahagian starategi Pakatan untuk mengambil alih pentadbiran daripada kerajaan BN, Johari berkata:

“Ada sebab kita letakkan 23 September (sebagai tarikh akhir untuk panggil sidang khas parlimen).

"Kalau (perdana menteri) Datuk Seri Abdullah (Ahmad Badawi) gagal – hari ini sudah berakhir – kita ada strategi selepas 23 September. Kita ada rancangan.”

Ketua penerangan PKR Tian Chua ketika dihubungi enggan mengulas lanjut perkara itu.

Tambahnya, tidak ada pemimpin Pakatan yang bercakap tentang perkara itu dan "persoalan ini tidak wujud."

Mereka diminta mengesahkan kenyataan ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Mujahid Yusof Rawa yang dilaporkan menyebut Pakatan Rakyat telah mengutuskan surat rasmi bagi memohon mengadap Seri Paduka minggu lepas.

Beliau yang juga ahli parlimen Parit Buntar berkata, Pakatan Rakyat bergantung kepada Istana Negara untuk menasihatkan perdana menteri supaya memanggil sidang khas Parlimen untuk berdepan dengan usul tidak percaya yang mahu dibentangkan oleh pembangkang.

Malaysiakini hari ini difahamkan surat kepada baginda telah disediakan.

sumber - Malaysiakini

2 ulasan:

Nuar Al Kelentong berkata...

Dia sendiri tahu yang perangai dia lah yang menyebabkan ekonomi negara tergugat.. awat kalut sangat dia nk jadi PM ni.. ada kemungkinan dia bertungkus lumus mahu jadi PM mungkin disebabkan masalah ekonomi yang melanda dunia.. Bila dia jadi PM, dia boleh buat LOAN dengan IMF (yang tertangguh sejak tahun 1998).. Atau berkemungkinan dia telah buat LOAN peribadi dengan IMF dan cagarannya ialah Malaysia, tapi bila ditendang pada tahun 1998.. cagaran itu hilang dan dia perlu mendapatkan balik Malaysia untuk IMF..

Sian bang Nuar...

~Nuar Al Kelentong~

merong mahawangsa berkata...

Kawan kita yang sorang ni agaknya dah nyanyuk@gila meroyan kot. Lepas gagal dalam usaha pada 99 dulu tidoq pun x lena agaknya, asyik dok mimpi jalan ataih kapet merah sambil diiringi George Bush, tu yang buat apa xdak pikiaq dah lantak la negara nak kacau bilau ka apa ka janji malaysia aku punya.. Dah dapat nanti tau la nak buat lagu mana..Yang syoknya puak-puak bulan purnama pun pakat dok syok sama, pakat dok tidoq tak lena jugak berangan nak ckp sebagai menteri la tu... Pikiaq la Pikiaq la pasai otak tuhan bagi suruh pikiaq bukan jadi pak turut... Wallahhualam