MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

24 Sep 2008

Barisan Bertindak Gombak buat laporan polis terhadap Anwar

KUALA LUMPUR: Barisan Bertindak Gombak yang diwakili beberapa pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan (NGO) daerah itu hari ini membuat laporan polis terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa mengganggu-gugat kestabilan negara.

Laporan dibuat Ketua Setiausahanya, Mohd Mustafa Latiff di Balai Polis Batu 6, Gombak, jam 10.35 pagi ini.

Mohd Mustafa yang ditemui pemberita selepas itu berkata, mereka membuat laporan polis untuk mendesak polis dan kerajaan agar menjalankan siasatan terhadap Anwar yang didakwa mereka telah mewujudkan pelbagai prasangka negatif rakyat terhadap kepimpinan kerajaan.

“Kami membuat laporan ini supaya polis dapat menjalankan siasatan yang sewajarnya ke atas beliau. Ini kerana kepemimpinan Anwar bukan sahaja menganggu-gugat kestabilan negara tetapi juga mengelirukan pemikiran rakyat dengan beberapa kenyataannya seperti isu Ahli Parlimen BN (Barisan Nasional) yang keluar parti... sedangkan perkara itu adalah tidak benar.

“Beliau (Anwar) seharusnya disiasat mengikut Akta Hasutan dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana kenyataannya telah menimbulkan keresahan di kalangan rakyat terutamanya berhubung isu mengambil alih kerajaan,” katanya kepada pemberita di perkarangan balai polis itu di sini hari ini.

Terdahulu terdapat juga dakwaan mengenai pelabur asing yang menarik balik pelaburan di negara ini berikutan dakwaan Anwar, yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, kononnya akan mengambil alih kerajaan daripada BN

Seramai 20 anggota Barisan Bertindak Gombak berkumpul di hadapan balai polis itu sejak jam 10 pagi ini bagi menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap tindak-tanduk Anwar sebagai pemimpin.

Mereka turut membawa kain rentang yang tertulis “Anwar Ibrahim pengacau Negara, Rakyat dan Pembohong Besar” serta “Tangkap Anwar Ibrahim”.

Sementara itu, di SEREMBAN, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan dakwaan Anwar yang mempunyai senarai nama Ahli Parlimen BN yang telah menyertai partinya sebagai muslihat semata-mata.

sumber - Berita Harian





Tiada ulasan: