oleh Cikgu Bashid
Mereka hanya mahu apa yang mereka inginkan sahaja. Mereka mengukur berdasarkan kehendak beberapa individu di kalangan mereka bukan atas kehendak majoriti rakyat. Kehendak sekumpulan individu yang berkepentingan itulah yang diangkat dan dijaja ke sana ke mari seolah-olah memberi gambaran yang konon-kononnya majoriti rakyat mahukan Anwar.
Tindakan mereka ini memberi gambaran yang mereka sangat mementingkan diri sendiri tanpa mengambil kira perasaan orang lain yang telah memberi mandat kepada BN untuk memerintah. Ini berlaku kerana mereka terlalu memuja seseorang dan individu yang dipuja itu pula memang mengapi-apikan semangat pemujaan melampau kepada dirinya sebab itulah saluran paling berkesan untuk dia melancarkan agenda-agenda peribadinya.
Anwar hanya mahukan jawatan Perdana Menteri, jawatan yang pernah hampir digapai untuk dirinya semasa dia menjadi TPM. Tetapi kerana pemimpin nombor satu pada waktu itu melihat Anwar tidak sesuai untuk menjadi Perdana Menteri bagi negara ini dan untuk rakyat Malaysia, Anwar terpaksa disingkir demi menyelamatkan rakyat dan negara ini. Kini orang yang pernah disingkir itu mahu kembali semula, tetapi dengan cara-caranya yang tidak sopan dan bermaruah sama sekali. Dia mahu memaksa kehendaknya seorang ke atas semua 27 juta jiwa rakyat Malaysia.
Dia hanya mahu jalan belakang sahaja, sedangkan jalan pilihan raya yang terbentang luas untuk dirinya seolah-olah tidak dilihat sebagai berguna lagi. Dia bukan sahaja mahu jatuhkan kerajaan melalui jalan belakang, malahan dia mahu jalan yang lebih pintas. Lalu ia mencipta angka-angka untuk dirinya dan menjaja angka itu ke serata ceruk dan berharap orang akan tergiur membelinya. Jika angka itu dilihat tidak begitu tepat, dia bersedia pula menukarkannya dengan angka-angka baru. Dia ingin menjadi tukang ramal, tetapi dia bukanlah peramal yang tepat.
Jika dia peramal yang tepat sudah lama dia jadi Perdana Menteri. Kerana dia begitu asyik dan maksyuk tenggelam dalam kolam keghairahannya menjual angka dan dirinya sebagai Prime Minister in waiting, pada ketika-ketika tertentu dia seolah-olah terlupa yang rakyat Malaysia bukannya bodoh. Atas tindak tanduknya selama ini yang tidak pernah menghormati pilihan rakyat dan pemimpin yang dipilih, sedikit semi sedikit rakyat akan lari daripada menyokong dirinya sebagai bakal Perdana Menteri dan memberi undi kepada partinya untuk menubuhkan kerajaan.
Sepatutnya Anwar sudah tahu bahawa dia jatuh dahulu pun kerana sikapnya yang tidak sabar, kini sikap ketidaksabarannya itu benar-benar menonjolkan siapa dirinya yang sebenar. Dia mahu kita mengikut hanya cakap dan cara-caranya. Ini tentu tidak dapat kita lakukan sebab cara yang betul atau salah itu bukan ditentukan oleh siapa diri orang itu tetapi apa yang dibawanya dan cara-cara yang digunakannya sama ada sesuai dengan sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini atau tidak.
Perlembagaan dan undang-undang negara sepatutnya menjadi pegangan rakyat Malaysia bukannya prinsip dan cara-cara yang begitu peribadi.
Ketahuilah saya menolak Anwar bukan kerana dakwaan liwat yang membabitkan dirinya, tetapi disebabkan tindak tanduknya yang sama sekali tidak sesuai dengan suasana Malaysia yang selama ini sangat mementingkan keharmonian dan keamanan. Tindak tanduknya lebih cenderung untuk menyusahkan rakyat dan boleh menyebabkan rakyat dan negara ini terdedah kepada ancaman keselamatan dalam jangka panjang.
Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, saya yakin majoriti rakyat Malaysia tidak akan membenarkan ini berlaku kecualilah jika mereka sudah hilang pertimbangan dan kerana marahkan nyamuk seekor lalu kelambu dibakar.
Hakcipta Abd Bashid Harun
2 ulasan:
kepada penulis artikel ini.....
saya menolak anwar kerana anwar peliwat...ini adalah sebab sebenar kenapa tun pecat dia sebagai TPM....
saya juga seperti tun...tidak boleh berkompromi dengan peliwat tua yang hina sepertinya...
dia boleh menafikan segalanya dimahkamah dunia...
sy stuju 100% apa yg cik Bashid tulis.
just like my opinion
thanks 4 expressing it
=]
Catat Ulasan