MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

11 Sep 2008

Demi 16 September, Anwar plan Ahmad Ismail goncangkan BN ?


Demi 16 September, Anwar plan Ahmad Ismail goncangkan BN ?

Ganesh Sahathevan, bekas wartawan The Sun yang dipecat pada 1999 ekoran laporan pendedahan Litrak, telah menghimpun beberapa laporan akhbar yang menunjukkan keraguan mengenai siapa yang disokong oleh Ahmad Ismail- Anwar Ibrahim atau Abdullah Ahmad Badawi:

1) 9 September 1998, The New Straits Times (All 11 Youth divisions in Penang back Dr Mahathir) melaporkan Umno Bahagian Bukit Bendera telah mengadakan mesyuarat khas pada 8 September dan keputusannya, mereka mahukan Anwar diberi keadilan bagi membela diri. Mereka menyokong Dr Mahathir, dalam masa yang sama turut menyokong Anwar (yang menurutnya), pemimpin yang sukar diganti.

2) 15 September 1998, The Sun melalui Toh An Nee (Anwar's wife thanks gathering for support) melaporkan Ahmad Ismail dan Umno Bahagian Bukit Bendera menyokong penuh Anwar (yang baru dipecat dari kabinet). Ahmad Ismail membuat kenyataan itu ketika berucap di kediaman Anwar, bersama penyokong-penyokong bekas TPM itu.

3) 14 September 1998, The Asian Wall Street Journal melalui Chen May Yee (Malay Crowds Flock to Anwar In Heartland) melaporkan 8,000 penyokong Anwar berhimpun di kediaman bapa Anwar di Cherok Tok Kun - antara yang berucap ialah Ahmad Ismail. Katanya (atas kapasiti Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera), "Kami sokong Dr Mahathir, tetapi kadang-kadang dia buat silap".

4) 14 September 1998,The Sun (Meeting on expulsion was proper - Penang Umno) melaporkan mesyuarat yang diadakan oleh Umno Pulau Pinang, bagi menyokong keputusan Majlis Tertinggi Umno memecat Anwar diadakan dengan tatacara yang betul. Ahmad Ismail sebelum itu mendakwa, mesyuarat tersebut tidak dijalankan dengan betul. Katanya, sebarang keputusan mesyuarat adalah tidak sah dan tidak boleh dipakai.

5) Ganesh tidak menyatakan sumber laporan untuk ini (Ahmad melalui Metroworks Construction Sdn Bhd diberi projek membina Lingkaran Luar Pulau Pinang atau PORR):

The hottest topic at the Umno General Assembly yesterday was the posting of a list of recipients of special shares and Finance Ministry projects allocated during Datuk Seri Anwar Ibrahim's tenure as Finance Minister.

Highway and outer ring-road in Penang to Metroworks Construction Sdn
Bhd. Major shareholders: Datuk Ahmad Ismail, Datuk Annuar Othman and Datuk Ahmad Fuad Mohd Ali

(i)

Selain laporan yang menunjukkan sokongan Ahmad Ismail terhadap Anwar, isu 'bankrap' yang dituduh ke atas beliau juga wajar dilihat semula bagi mengaitkannya dengan 'kemarahan' beliau pada Pemangku Presiden Gerakan, Dr Koh Tsu Koon. Ahmad Ismail pada 23 Mei 2006 digesa meletakkan jawatan dalam Umno dan Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang.

"I don't know why a small fry like me has been given such widespread publicity.
"I was declared a bankrupt because of a technicality and I have sorted it out.
"All this could have been avoided if the Chief Minister (Dr Koh) had checked his facts first,"
he said.

Defiant Ahmad refuses to quit
26 May 2006
New Straits Times

(Ada ringkasan mengenai Ahmad Ismail, boleh dibaca di Man of Controversy, The Sun.)

(ii)

Jadi kita tertanya-tanyalah, apakah motif sebenar Ahmad Ismail?

1. Beliau benar-benar seorang nasionalis Melayu kah? Sebab kenyataan beliau keras berlatarkan Ketuanan Melayu.

2. Adakah beliau dijadikan senjata untuk mengembalikan 'kekuatan' Abdullah - khususnya dalam soal perkauman. Pertama, usaha memulihkan sokongan terhadap MCA dan Gerakan. Kedua, memulihkan sokongan parti-parti komponen terhadap BN - kedua-duanya mungkin kalau dinilai dari segi hukuman gantung keahlian 3 tahun.

3. Atau mungkinkah tindakan Ahmad Ismail sebenarnya ada kaitan dengan rancangan Anwar? Sebab tindakan agresifnya - seperti mengoyakkan gambar Dr Koh - menyebabkan BN yang sedang dilanda krisis sokongan (terutamanya kaum bukan Melayu) - menyebabkan orang makin hilang percaya pada BN.

Kita tidak pasti. Tetapi apa yang pasti, kita mahukan tanah air kita aman dan sentosa.

*Analisis Ganesh saya temui dari blog Rocky Bru.

sumber : akalmuda.blogsopt.com

4 ulasan:

NORA berkata...

Salam ...

Segalanya berkemungkinan...

Adakah mengaku ISLAM hanya untuk memesongkan? Adakah mengaku MELAYU hanya untuk MERAYU? Adakah mengaku PEJUANG hanya untuk mengambil PELUANG? Adakah mengaku BERPENDIRIAN untuk dapatkan UNDIAN?

wallahu'alam

wokyoh berkata...

saya tak kisah ahmad sokong siapa.
yang saya malu ialah paklah&co lembik dan terlalu menjaga hati cina sangat...

kenapa tak ambil tindakan pada teresa kok pasal larangan perlahan suara azan dan buang tulisan jawi pada papan tanda(melayu sinonim dengan tulisan jawinya) ...kerana bagi saya itu bukan saja sentimen perkauman malah penghinaan kepada islam juga.......

paklah...bila nak blah???

Unknown berkata...

Apa punya Melayu macam ini,sanggup diri di kambinghitamkan

Yang untungnya, anuwar jugak

Sengaja mahu memecahbelahkan keharmonian Malaysia

Tanpa Nama berkata...

Kesian Anwar.

Ramai tak suka dia jadi PM.

Tokwan pun kesian. Sebab dia sendiri menggali lubang kuburnya. dengan ajak orang lompat tapi semua sudah terbang.ke luar negara.

Siapa ada berani buat macam Anwar ?

Inilah kali pertama ada orang 'tak malu' ingin jadi PM.

Biasanya ikut pengalaman tok, orang macam ni tak akan mampu pikul amanah.

Sebab Nabi kata jangan minta jawatan nanti Allah tak tolong.

tengok Pak Lah steady dan tak berebut2 pun tiba2 jadi PM, itulah kuasa Allah.

Siapa sanggup lawan Allah ?

Hanya orang jenis hati Dajal sahaja berani lawan !

tokwan tak berani.

mari lawat blog tokwan.

http://tokwan.wordpress.com