MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

27 Sep 2008

Rumah Ibu Bapa Teresa Kok Dilontar Bom Petrol

27 September, 2008 11:38 AM

KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Kediaman ibu bapa anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok di Jalan Ipoh di sini dilontar bom petrol awal pagi ini.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Teresa ketika dihubungi hari ini.

Anggota Exco kerajaan negeri Selangor itu akan mengadakan sidang akhbar tengah hari ini di rumah ibu bapanya berhubung insiden itu.

Teresa dibebaskan daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 19 Sept lepas setelah ditahan selama tujuh hari.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan yang dihubungi mengesahkan insiden itu berlaku kira-kira 2.55 pagi.

Katanya tiada penghuni rumah itu yang cedera dalam kejadian itu kerana bom petrol itu tidak meletup.

Waktu kejadian, terdapat tiga orang yang menghuni di rumah itu iaitu ibu, bapa dan adik Teresa.

-- BERNAMA





1 ulasan:

wokyoh berkata...

yang lempar bom tu maybe anjing - anjing berkeliaran dari persatuan anjing liar yang tak puas hati
dengan laporan teresa...iaitu mahu menukarkan makanan ruji kaum anjing dari tulang kepada telur 2 butir.....maka anjing anjing itu pun lempar bom tanda protes tentang hak asasi mereka iaitu makanan rasmi:tulang ...tidak boleh diganggu gugat...kerana mereka dari dulu lagi sejak turun temurun makan tulang...mana boleh tukar dengan telur,ikan kembung atau sayur...