In 2008 already over RM125 billion has been withdrawn from the country by investors weary of a government that has failed to implement a single reform to ensure judicial independence and that continues to use draconian laws such as the ISA to detain its citizens without due process of law." - Anwar Ibrahim
ISA telah wujud sejak berpuluh tahun. Namun mengapa baru hari ini pelabur bimbang dengan kerajaan. Apakah ia kerana ISA atau kerana Anwar Ibrahim?
Anwar sudah diketahui mempunyai hubungan rapat dengan US dan Barat. Ini menimbulkan tanda tanya di mana Anwar mendapat jumlah tersebut jika ia tidak terbabit dengan perancangan ini?
Kita juga tertanya-tanya apakah pengeluaran pelabur asing ini tidak ada kena mengena dengan membantu usaha Anwar menukar kerajaan?
Dalam sejarah politik, hanya ketika rakyat "lapar" sahaja maka pemerintahan akan berubah secara drastik dan luar biasa.Tidak mustahil inilah yang sedang direncanakan oleh Anwar dan para sahabatnya dari Barat.
Ini bukan kali pertama Anwar Ibrahim sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan beliau akan berjaya menjadi Perdana Menteri. Sejarah politik Anwar membuktikan beliau sanggup menipu, berbohong dan membiar rakyat terseksa jika itu dapat membantunya menjadi Perdana Menteri.
1970-an
Pada tahun 1970-an beliau mengaturkan satu tunjuk perasaan di Baling sehingga mencetuskan rusuhan. Rusuhan terscetus kerana Anwar mendakwa petani di Baling terlalu miskin sehingga ada yang mati kelaparan. Maka berbondong-bondonglah mahasiswa mengadakan tunjuk perasaan di Universiti Malaya dan mogok lapar di Baling.
Huru-hara negara dan kerajaan dibuatnya. Namun sehingga kini tiada seorang saksi atau satu bukti pun menunjukkan ada orang di Baling ketika itu mati kelaparan.
1997
Pada 1997 sekali lagi Anwar mengambil kesempatan atas masalah ekonomi bagi mencetuskan kemarahan rakyat terhadap kerajaan terutamanya Perdana Menteri, tun Dr. Mahathir.
Ketika dilanda krisis matawang, Anwar menyerang polisi kerajaan dari dalam dengan menuduh Dr. Mahathir antara punca masalah ekonomi negara ketika itu. Anwar sedar rakyat yang susah dan marah akan bangkit dijalanan bagi menjatuhkan Perdana Menteri.
Jadi sebagai Menteri Kewangan beliau memulakan langkah-langkah menjerut rakyat. Kadar pinjaman Asas (BLR) dan kadar faedah dinaikkan berkali ganda. Beliau juga mengguna pakai pelbagai saranan IMF yang menyusahkan rakyat kerana ia telah berkesan ketika itu menjatuhkan Perdana Menteri Thailand dan Presiden Indonesia.
Anwar menghalang usaha membantu syarikat-syarikat bermasalah ketika itu akibat kejatuhan matawang negara. Beliau menggunakan mantera-mantera barat seperti kronisme, nepotisme dan bail-out boleh meruntuhkan ekonomi negara bagi menghalang sebarang usaha pemulihan syarikat-syarikat besar ini.
Tujuan Anwar ketika itu ialah mahu melihat syarikat-syarikat ini jatuh dan menyebabkan puluhan ribu rakyat hilang mata pencarian. Jika ini berlaku sudah tentu lagi ramai yang marah kepada kerajaan dan ini akan mempercepatkan proses perubahan kuasa dari Dr. Mahathir kepada beliau.
Demikian bagi Anwar, rakyat yang menderita ialah satu kebaikan kepadanya, kerana ini akan mempercepatkan kejatuhan musuh politiknya.
Anwar sanggup meletakkan negara ini di bawah telunjuk IMF asalkan beliau berjaya menjadi Perdana Menteri. Nasib baik Dr. Mahathir ketika itu cepat sedar permainan licik Anwar.
Justeru jika hari ini pelaburan asing makin berkurangan dan ramai yang keluar, adalah tidak mustahil ini merupakan rancangan kali kedua US untuk menjadikan Anwar sebagai PM setelah gagal pada 1997.
Siapakah Anwar yang begitu istimewa kepada US dan Barat akan terus menjadi tanda tanya.
Cuma yang kita pasti, Anwar akan melakukan apa sahaja untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia hatta jika perlu "mengorbankan" sebahagian rakyat pun.
sumber - anwarisme.blogspot.com
6 ulasan:
salam
banyak lagi sejarah anwar yang menyokong fakta beliau adalah penipu dan pakar putar belit..semoga akan dapat ditulis untuk megenali siapa anwar...masa kan tiba untuk semua pemimpin taksub beliau tersedar dari lamunan mimpi insyaALLAH :-)
wassalam
Itu sudah semestinya Sang Anwar Sigaraga liwat misinya untuk menjadi PM.
kunun sudah mengirim surat kepada agung, kunun sudah mendapat sokongan majoriti rakyat... puiiii..... pi..ra.. mabuk kuasa, kalau sigaraga tu cakap MP teramai taklah juga sakit hati mendengarnya ini cakap kunun... (ulang) KUNUN sudah mendapat sokongan rakyat teramai. Itulah seninya Sang sigaraga berethorik dengan harapan yang mendengar diharap tidak tahu membezakan MP teramai dengan rakyat teramai. Puiii... kalau mau tahu rakyat teramai tunggu PRU13 la.... Kita sukung MP bukan kerana mahu meka masuk PKR!!!! piraaaaaaaah.
Kita memang tahu permainan propaganda Anwar... mesti sentiasa(kalau boleh setiap hari buat gempak) untuk menarik perhatian rakyat.... sehari tiada berita Sang sigaraga pasti ingatan rakyat terhadapnya hanyut. Hitler juga banyak menggunakan propaganda untuk kepuncak kuasa cuma kita tak tahu siapa pegawai propaganda sang sigaraga.
Tapi tak hairan kalau orangnya orang putih Sang kelabai yang negaranya menghalalkan hentam belakang. meka ja yang betul. Dulu pernah hentam kita kerana bailout kini mereka pula bailout hampir us700b.
bayangkan kalu tiada bantuan meka pada sang sigaraga, cakaplah selama seminggu tiada berita gempak yang nuar buat tiada propaganda politik adakah nuar akan sentiasa 'hot' kena bagi lagi vitamin viagra apa tidak power berdiri berjam-jam beri ceramah retoriknya.
sepatutnya berita hangat tika nuar cakap sudah antar surat pada agung ialah pasal kes mahkamahnya tapi lain pula yang jadi berita hangat. dia pun pakar guna magik pengalihan perhatian dalam menghangatkan berita.
cuma kita tidak tahu berapa banyak sudahkah pelaburan US kepadanya yang menanti untuk dibalas kroni. entah berapa ramaikah cia yang masuk untuk tujuan propagandanya... harap-harap kita akan harap ianya hanya harapan kosong kita sahaja.
"lawan tetap lawan"
Masa budak2 dulu ada sorang budak teramat nakal dan degil dlm kampung kami. Kalau dia nak sesuatu, apa jadi pun dia akan dapatkan. Kalau bergaduh dgn dia, apa sahaja yg boleh digunakan, akan digunakan.
Katanya: "Aku tak kira, mati pun aku sanggup."
salam AIDC...
tadi saya singgah kejap kat blog anwar.dah lama saya tak menjengok kesitu...tergelak juga saya baca komen komen dalam blog anwar tu...jauh beza dengan waktu zaman refor-basi dan sebelum 16 sept....
sekarang banyak komen yang memperleceh,perli,kutuk dan boo nuar...ini adalah satu petanda orang ramai dan rakyat dah sedar dan tidak selamanya boleh diperbodohkan oleh anwar si banjingan ini...
tahniah buat AIDC..kerana menyediakan info, kupasan yang menarik dan bermutu pasal nuar..kalau orang yang betul betul ikhlas untuk mencari kebenaran...sudah pasti blog saudara inilah yang menjadi penyumbangnya...teruskan usaha murni saudara...semoga Allah membantu kita...
salah satu artikel atau catatan nuar dalam blognya ialah menyatakan dia sibuk membuat teks pidato untuk disampaikan di hong kong...tak ketinggalan nuar ada selitkan juga dia sempat berterawih juga kat hotel tu walaupun sibuk dengan tugas....maka...ramailah pencacai pencacai nuar yang taksub memuji muji akan kealiman dan keberjurusan nuar al juburi ini....tapi dalam banyak banyak komen tu ada yang bertanya...kenapa perlu diberitahu pada semua orang yang kita buat terawih...padahal tu benda ibadat biasa di bulan ramadhan...takut nanti amalan nuar tak ihklas pula...kata nak menunjuk nunjuk pula....tapi ada juga satu komen yang menarik...tanya nuar...dalam bilik tu ada pembancuh kopi ke??? he he he...
buat pengetahuan semua...anwar memang buat terawih tu...alim orangnya...ni diakui oleh azizan dalam pengakuannya dulu...tapi lepas terawih tu la sinuar bedebah ni meroket dubur azizan pula.....benda ni dah jadi tabiat...mana ada rasa bersalah bagi nuar...apa lagi nak menghormati bulan yang mulia ini..tak caya tanya taib azamudin...
manusia macam nuar ni la yang perlu kita awasi dan hindari....
BRO cerita panas bro c nyonya apek sasau ni broo..rumah dia kena bom petrol broo..adeiii sesuatu yg agak ganjil juga? terdpat 4 kemungkinan bro kes ni..pertama org dah tak tahan perangai dia kurang ajar sangat dah..kedua kemungkinan besar ini merupakan propoganda mereka sendiri utk timbulkan kekacauan dan kemarahan kaum2 mereka..ketiga atau sengaja nak tutup malu atau tutup mulut pasal kes dia tu..dah memalukan dan so tak tahu mcm mana cover malu, so jalanya buat hal mcm ni..dan keempat mungkin juga c kawan cina sasau ni mau minta kesian lah pula dengan cara lakonan dia ni..kan satu malaya dah tahu dia ni pelakon no 1....
TAPI hakikat yg paling besar dia pasti akan buat laporan polis..yg mana selama ini dia kutuk dia hina dia cerca dia maki dan pertikaikan kerja2 polis..pokoknya apa saja polis bikin semua ndak kena..so skg dia jilat lah ludah sendiri..karang polis boikot baru tau..
ermmm ada baiknya serah kepada org mcm pemilik blog ulas skit kes ni..sapa tau ada pandangan tersendiri juga.(teresa ko ber kokokookokooko tuiii puiii khaaarr tuiiii)
Adakah sebab ISA & krisis keadilan penyebab utama?
Saya rasa TIDAK. Anwar Penipu!
Kalau tak, kenapa China masih lagi terima banyak pelaburan. Adakah mereka 100 kali ganda lebih baik berbanding apa yg berlaku di Malaysia?
Catat Ulasan