MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

27 Sep 2008

Habuan Seks Ibarat Sedekah hanya Kesilapan Bahasa - PKR Perak


+++++Habuan Seks Ibarat Sedekah hanya Kesilapan Bahasa+++++



IPOH, 26 Sept (Bernama) -- Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Perak Zulkifli Ibrahim menyifatkan kenyataan seorang anggota parti itu bahawa habuan seks sama seperti menerima sedekah sebagai sekadar satu "kesilapan bahasa yang tidak disengajakan" .

"Barangkali itu mungkin kesilapan dari segi bahasa dan sebagainya tapi itu bukan maksud kita menjadikan seks itu sebagai satu sedekah. Saya boleh komen setakat itu sahaja," katanya pada satu sidang akhbar ketika ditanya mengenai kenyataan Anggota Majlis Daerah Perak Tengah, Zul Hassan, kepada sebuah akhbar bahawa dia melakukan hubungan seks dengan seorang wanita China disebabkan diperangkap oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Seorang lagi anggota parti itu di Perak, Fairul Azrim Ismail, juga mengakui melakukan perbuatan itu tetapi turut mendakwa diperangkap oleh BPR.

Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria sebelum ini berkata bahawa kenyataan Zul itu adalah daripada orang yang jahil tentang hukum agama selain merupakan satu tindakan yang cukup bodoh jika kenyataan itu bertujuan mempertahankan diri daripada kesalahan yang telah dilakukan.

Dalam sidang akhbar itu, Zulkifli meminta Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) menyiasat mengikut Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992 berhubung laporan yang dibuat kepada jabatan itu oleh Zul dan Fairul Azrim pada 23 Sept lepas bahawa mereka telah diperangkap oleh BPR untuk melakukan hubungan seks masing-masingnya dengan wanita dari China.

Seksyen berkenaan menyatakan bahawa seseorang yang menganjur, memujuk atau menggalakkan mana-mana orang melakukan apa-apa pekerjaan maksiat adalah melakukan suatu kesalahan.

"Kalau laporan itu tidak disiasat dan tidak diambil tindakan, ini ada masalah pada pentadbiran jabatan agama, dan akan menimbulkan persepsi kepada semua tentang (sama ada) kita serius untuk melaksanakan perundangan enakmen jenayah yang sudah diluluskan kerajaan negeri," katanya.

Peguam Mohd Asri Osman, yang mewakili Zul dan Fairul Azrim, ketika ditanya pada sidang akhbar itu tentang logiknya tindakan mendesak JAIP membuat siasatan itu sedangkan kedua-dua anak guamnya menerima habuan seks itu secara sukarela selain telahpun membuat pengakuan mengenainya, sekadar menjawab : "Itulah sebabnya kita mahu JAIP menyiasat secara objektif."

Fairul Azrim pernah ditahan oleh BPR berhubung dakwaan rasuah dan seks membabitkan sebuah projek pembangunan di Seri Iskandar dekat sini tetapi dilepaskan pada 21 Ogos lepas.

Zul pula bersama-sama juruteknik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), Ruslan Sahat, dan dua anggota exco kerajaan negeri Perak dari PKR, Kapt (B) Mohd Osman Mohd Jailu dan Jamaluddin Mohd Radzi, serta bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Perak kawasan Bota juga dari PKR, Kapten (B) Usaili Alias, sedang menghadapi 16 tuduhan rasuah yang akan dibicarakan serentak selama tiga hari bermula 11 Feb tahun depan di Mahkamah Sesyen di sini.

sumber - bernama





2 ulasan:

wokyoh berkata...

cara cakap,gerak badan dan air muka 2 orang tu pun kita dah boleh agak...ni jenis yang kaki "hentam"....tambah tambah lagi amoi yang putih melepak....sapa tak terkam...tercabut serban dan jubah la...

Unknown berkata...

bodoh.. inilah kelemahan si jahil agama... kenapa perlu keluarkan kenyataan,kan dah tersilap... kata tak boleh diundur pancik gila sekkss ooiii...

kalo giliran kerajaan, habis satu dunia dia heboh... huh, kali ini mana dia ustaz PAS... tanak bg komen keR?