Oleh Faisal Tehrani
Sebagai rakyat marhaen dan biasa, perkara yang paling merimaskan kita sekarang ini ialah kekalutan ekonomi negara yang (salah satu faktornya) dipengaruhi oleh kemelesetan ekonomi Amerika Syarikat. Kita sedang mencungap, dalam keadaan apa pun.
Dan kerimasan serta ketidakselesaan kita tidak dibantu oleh ahli politik yang telah kita pilih dalam pilihanraya Mac lalu. Kedua-dua belah pihak (mungkin lebih dari dua) terheret dalam perang propaganda yang menjejaskan tumpuan kerja kita, rakyat.
Propaganda yang 'berkesiuran di langit politik' ini amat amat amat menjejaskan emosi, fokus, daya kerja dan mood rakyat biasa. Penat menunggu 16 September, dihadapkan pula penunggu baharu 9 Oktober.
Propaganda menurut New Webster’s Dictionary of the English Language adalah:
Allegations, facts, opinions, and the like, systematically spread with the intention of helping or harming some individual, group, institution, or movement; the dissemination of such information, now often used disparagingly to denote half-truths, distortions, and biased information, utilized mainly by political factions.
Ini bermakna propaganda memang bertujuan untuk menimbulkan rasa tidak selamat. Dan untuk sebuah negara yang sedang diintai musuh secara ekonomi dan politik, perseteruan kepartian, dan ketegangan kaum, atau apa sahaja pergolakan dalaman dapat menjejaskan keharmonian.
Suatu lagi pengertian propaganda, yang tidak jauh bezanya dari definisi di atas, saya kutip dari The New Hamlyn Encyclopedia World Dictionary:
False, distorted or misleading information, rumours, etc. Deliberately spread in order to help or harm a person, group, institution, country, etc.
Ini bermakna khabar angin, gangguan, gosip politik yang diperciki magis untuk menjatuhkan pimpinan tertentu bukanlah lagi satu persoalan management tetapi adalah ancaman kepada kesejahteraan KAMI, RAKYAT marhaen.
Definisi lain propaganda dalam The Macquarie Dictionary mengatakan:
Doctrines, arguments, facts spread by deliberate effort through any medium in order to further one’s cause or to damage an opposing cause.
Doktrin dan fakta tidak sihat yang berhamburan kini tidak lagi bertujuan (kononnya) untuk menyelamatkan negara ini tetapi lebih kepada bertujuan untuk menjahanamkan negara (mungkin ahli politik ini merasakan mereka ikhlas tetapi dalam tidak sedar mereka jadi kanak-kanak).
Dari tiga definisi di atas dapatlah dilihat propaganda dari satu sudut, mempunyai persamaan; iaitu penyebaran satu-satu idea yang dilakukan secara sistematik, tersusun dan disengajakan, terancang dan bertujuan khusus untuk menaikkan atau lebih lazimnya menjatuhkan satu-satu individu, kumpulan atau institusi. Adakah ada tangan dari luar membadut dan mempuppetkan kita. Tangan halimunan. Tangan musuh global. Tangan musuh ummah.
Dalam kepanikan ekonomi, saya kira negara harus diutamakan dari kepentingan kumpulan sendiri. Bekerjalah dengan apa yang sudah ada. Peluang untuk menunjuk bakat yang diberi oleh rakyat Mac lalu jangan dipersiakan.
Masing-masing telah mendapat medan untuk membuktikan kejantanan masing-masing. Tidak ada masyarakat madani dapat ditegakkan dengan perang propaganda. Kembalilah kepada kebenaran. al-Quran datang untuk menyelamatkan golongan tertindas. KAMI RAKYAT, SEDANG TERTINDAS.
Rakyat telah melakukan pilihan Mac lalu. Tsunami atau tidak ia telah pun berlalu.
Sekarang adalah masa untuk bekerja bagi membuktikan manifesto parti, membuktikan kecintaan dan semangat patriotik di mana negara dahulu, kepentingan parti dan diri kemudian.
Perbalahan ahli politik yang bercakaran sesama sendiri sungguh-sungguh memalukan, terutama di tengah-tengah negara sedang berdepan dengan kesukaran. Apatah lagi ada 'acah-acah untuk mencuri' yang menyebabkan kita berasa tidak aman.
Negara lebih penting dari parti. Lebih penting dari diri. Tuan-tuan, bekerjalah dengan cara sendiri untuk memajukan Malaysia. Tidak kira apa bangsa dan agama pun kita harus menjadikan Malaysia keutamaan. Memajukannya dalam lapangan apa pun. Rakyat harus diwakili, dan ia bukan sekadar menampalkan kata r-a-k-y-a-t pada baju parti tetapi kemudian memilih untuk mengkesampingkan negara.
Menjelang kemunculan hari fitrah tidak lama lagi; sebagai seniman tidak berpihak, kita merayu - Hentikanlah perang propaganda ini.
sumber - Faisal Tehrani
Artikel tulisan Faisal sebelum ini :
1. Politik Realisme Magis
2. Tuju Lagu Musalmah Lebar: Ikhlas Dariku (Ustaz Akil Hayy) Ditujukan Untuk Pakatan Siplis
3. Biar Saya Beritahu Anda Kenapa Tulisan Jawi Tercatat di Papan Tanda Itu..
4. Memuji Setan Sebagai 'Profound'
5. Selamat Datang ke Ipoh
6. Alas Nasi Lemak Musalmah Lebar: 'Siapa Kena Tipu?'
7. Tuan Guru Presiden Yang 'Disepit'
8. Majlis Syura: Apa Kata Muqabalah dengan Condy Rice?
9. PAS: Buang 'Nasha' atau Buang 'Orang Itu'
10. Apa kata blogger Faisal Tehrani tentang Anwar Ibrahim?
1 ulasan:
Sedih bila baca artikel ni. Memang benar negara ini sedang kalut hanya kerana seorang.
Tiba-tiba aku teringat kata2 Henry Kissinger (1923 - ?)
- German/American Bureaucrat, Diplomat.
"Control oil and you control nations; control food and you control the people."
"Control oil and you control nations, control food and you control the people, control money and you control the world."
"Military men are just dumb stupid animals to be used as pawns in foreign policy."
"America doesn't have friends, America only has INTEREST."
Mungkin kita tidak sedar bahawa kita sangat DIMINATI oleh Amerika dan org kita pula mungkin PERASAN bahawa Amerika tulus ikhlas untk menolong kita mencapai keamanan.
Catat Ulasan