19-08-2008 10:09:35 PM
KUALA LUMPUR: Perbuatan Mohd Saiful Bukhari Azlan memegang kitab suci al-Quran di tangan kanannya ketika melafazkan sumpah laknat di Masjid Persekutuan pada 15 Ogos lepas tidak bercanggah dengan syariat Islam dan tidak boleh dianggap meniru cara agama Kristian, kata Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh hari ini.
Beliau berkata kewujudan persamaan zahir dengan apa yang dilakukan oleh penganut Kristian tidak boleh dianggap meniru agama itu.
"Misalnya paderi Kristian menyebut kalimah "Amin" (Amen) ketika melakukan upacara sembahyang di gereja, maka umat Islam tidak boleh dianggap meniru Kristian ketika menyebut kalimah "Amin" dalam sembahyang dan ketika berdoa," katanya.
Beliau berkata sumpah Mohd Saiful juga adalah sah sebagai sumpah di luar perbicaraan atau "alyamin qhairul qadhaiyah" dan bukan sumpah "mubahalah" seperti yang disiarkan oleh media.
"Ini kerana "mubahalah" memerlukan persetujuan pihak kedua seperti yang dinyatakan dalam ayat 61 Surah Ali Imran," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mengenai hukum memegang al-Quran ketika bersumpah, Wan Zahidi memetik sumber dari kitab "Fatwa Syarriah" oleh AlSheikh Hasanin Muhammad Makhluf, mantan Mufti Mesir dan Sheikh Muhammad Abu Zuhrah dalam bukunya "Fatawa alSheikh Muhammad Abu Zuhrah.
Beliau berkata AlSheikh Hassanin dalam kitabnya telah memetik pendapat AlImam AlAin iaitu "Jika seseorang bersumpah dengan mushaf, atau meletakkan tangan ke atasnya, atau berkata: Demi Quran ini maka ia adalah sumpah yang sah."
Wan Zahidi berkata ini berupakan pendapat Imam Shafie, Imam Hanafi dan Imam Hambali.
Katanya Sheikh Muhammad Abu Zuhrah dalam kitabnya telah menyatakan bahawa "Bersumpah dengan nama Allah dengan meletakkan tangan ke atas mushaf adalah sumpah yang sah."
"Daripada huraian itu dapat disimpulkan bahawa sumpah yang dilakukan oleh Mohd Saiful adalah harus dilakukan dan tidak bercanggah syariat Islam," kata beliau.
Pada 15 Ogos lepas, Mohd Saiful melakukan sumpah laknat di Masjid Wilayah Persekutuan dengan mengatakan bahawa dirinya telah diliwat secara paksa oleh bekas majikannya yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun lepas.
Baca artikel asal di mstar.online
6 ulasan:
Salam,
Mari kita lihat kenyataan mufti dan ahli bijakpandai Islam mengenai isu sumpah ...
1. Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui cara bersumpah laknat (mubahalah) yang dilakukan oleh bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd. Saiful Bukhari Azlan memang mengikut cara Islam." Cuma tidak wajar menjunjung Al-Quran seperti ajaran Kristian
Saya respect Nik Aziz tetapi kadangkala dia juga gunakan Islam untuk mempertahankan ide/tindakan sendiri.
Umpamanya Islam benarkan mencarut, mengata, berbahasa kasar.
Terbaru Islam membenarkan kroni dengan sandaran kepada perlantikan khalifah selepas Nabi s.a.w.
Terdapat banyak percanggahan cakapnya. Begitu juga persepsinya.
Kita tidak menafikan hak beliau dan Haji Hadi tidak mempercayai tuduhan Anwar peliwat tetapi sebelum kes 1998, Muhamad Sabu orang yang paling kuat mennjaja cerita Anwar AlJuburi dan kedua pemimpin PAS ini percaya.
2. Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menganggap tindakan bersumpah yang dilakukan oleh Saiful Bukhari Azlan bagi mempertahankan kebenaran dirinya terhadap kes liwat membabitkan Ketua Umum KeADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah suatu kebodohan.
2. Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, lafaz sumpah Mohd Saiful Bukhari Azlan, bahawa beliau diliwat oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sah mengikut lunas Islam kerana beliau mengucapkan lafaz Wallahi, Wabillahi dan Watallahi.Walau bagaimanapun, beliau mengakui cara melakukan sumpah laknat sambil memegang Al Quran sebagaimana yang dilakukan oleh bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim Jumaat lalu merupakan kepercayaan yang salah dan tidak perlu dilakukan.
3. Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh berkata; Perbuatan Mohd Saiful Bukhari Azlan memegang kitab suci al-Quran di tangan kanannya ketika melafazkan sumpah laknat di Masjid Persekutuan pada 15 Ogos lepas tidak bercanggah dengan syariat Islam dan tidak boleh dianggap meniru cara agama Kristian
4. Gus Dur menyatakan sumpah yang dibuat tidak mengikut lunas Islam.
Gus Dur jika dilihat daripada faktanya, dipecat daripada jawatan Presiden oleh Majlis Permesyuaratan (MPR) atau Parlimen Indonesia kerana diselubungi dengan pelbagai skandal termasuk penyalahgunaan kuasa, isu rasuah dan skandal seks.
Ekoran pemecatan tersebut, Naib Presidennya, Megawati Sukarnoputri telah mengambil alih jawatan Presiden.
Hmmmm....
nik aziz=hj hadi=anwar=lim kit siang=karpal=dr hasan ali=teresa kok=khalid=gus dur=wolfowith=al gore=rice=pakatan rakyat.
babi=gereja=hindraf=kuil=demokrasi=ketuanan rakyat=pakatan rakyat
datuk wan zahidi > saiful> dr asri > tun dr mahathir > seluruh rakyat malaysia.
PAS + DAP + PKR = PR
P(AS + AD + KR )= PR
AS + AD = PR/P - KR
A=MERIKA S=YARIKAT A=DALAH D=AJJAL OLEH ITU PR(PAKATAN RAKYAT) AKAN MEMBUANG P(PAS) DAN KR=KERAJAAN RAKYAT UNTUK TERUS BERKUASA
Salam,
Lihat http://tehranifaisal.blogspot.com
ada bukti scan Asiaweek 11-17 November yang mana Anwar memuja Salman Rushdie sebagai profound writer. Resolusi cukup besar untuk dibaca dan dicetak.
Wassalam.
Siapa kata sayfool bersumpah pegang alQuran guna tangan kanan? tak tengok videonya ke, dia telah mencemarkan kitab suci alQuran dengan memegang guna tangan ceboknya sambil tangan kanannya memegang skrip bacaan sumpah bodohnya.. kalau setakat budak hingusan yang solat wajib pun selalu tak cukup, boleh jalan dengan sumpahnya.. kerana wang, semua boleh di negara boleh land ini.. kembalilah kita semua kepada Islam yang sebenar!!.
Bila politik "menghalalkan" cara dan mempolitikkan agama dan ajaranNya, maka inilah jawapannya. Orang bersumpah dengan tekad dan mengerakkan arasy untuk membukti keikhlasan dan pengakuannya adalah bersandarkan hatinya kepada "murka" dan "laknat" Tuhannya dianggap enteng. Kerana apa?
Kerana taksubnya mereka kepada makhluk tuhan yang sudah tentunya bukan maksum iaitu Anwar Ibrahim. Bila terlalu taksud, ajaran dan fahaman Tuhan-Nya yang mutlak juga turut ditolak. Tuhan itu "lebih rendah" tarafnya berbanding "Taksub Anwarisme". Bukan begitu penyokong Anwar?Jelik lagi pelik bangsa Melayu yang mengaku Islam bila "Sumpah Laknat" (Lillahi Taala) itu dikempenkan sebagai politic issue. Ulama yang bagi Anwar surat berjela-jela agar TIDAK mempermainkan Islam kononnya datang dari Luar Negara? ULAMA dari mana tue? Ustazah Condoleza Rice ke? Ustaz George Bush ke? Atau Ulama Al-Fadhil Ustaz Al Gore ke? Bagitaulah siapa? Atau masih mahu sembunyi dengan memanipulasikan isu depan mata khalayak yang boleh diperbodohkan terus-terusan?
Jika kita dipihak yang benar, orang tak kata pun mempersendakan agama, bahkan membuktikan maruah diri dibela dengan kejujuran. Islam menekankan kejujuran dengan berserah diri kepada Allah SWT atas nama maruah. Islam mengangkat Maruah individu dan ummah, Akal dan Akhlak ditempat tertinggi berbanding segala-galanya selepas Quran dan Sunnah. Atau Saudara Anwar Ibrahim memang tidak kisah maruahnya dientengkan dek budak Saiful yang dikatakan penipu itu?
Apa dengan bayaran RM100 juta kononnya boleh "membeli sumpah Allah SWT" dan mengikat Arasy Allah dengan duitnya agar laknat tersebut dapat ditolak? Apa BALA dan LAKNAT boleh disogok (atau dibuat negotiable) juga dengan Malaikat-Nya? Rasuah juga sedikit duit kepada Malaikat-Nya agar bala boleh ditepis dengan pengakuan "tipu" itu? BOLEH? Percayalah umat Melayu/Islam yang membaca artikel ini, kita jangan taksub kepada Individu. Dia kononnya begitu pandai dalam serba-serba seolah-olah dialah Hakim, dialah Peguam, dialah Polis dialah Insan Kamil.
Pleasssseeelah orang yang mengaku Islam/Melayu itu, Agama, Allah, Arasy -Nya tidak boleh dipolitikkan dan direndahkan disebabkan kita TAKSUB kepada seorang makhluk yang bukannya bernama Muhammad SAW tetapi ANWAR. Berfikirlah secara waras. Islam itu Indah, seindah fitrah. Tidak cacat dek politik tidak hina dek fitnah. Arasy akan tetap menaungi syiar-Nya.
mfa
Malaysia dah jauh di belakang...Sekarang zaman apa? Guna kitab suci untuk tentukan nasib seseorang...Janganlah guna agama..Tak baik...Gunakanlah teknologi...Memanglah BN tak layak lagi...semua dah tak tentu arah..Masa ini bukan masalah Anwar...masa ini masaalah rakyat...Naikanlah taraf hidup..mana pelabur asing?....Jiakalu masij lagi...kamu macam serupa ornag Indon yang tak ada otak...Cakap sini sana...Kes rogol dan liwat biasa dengan kaum kami...
Catat Ulasan