Aug 20, 08 12:19pm
Badan Pencegah Rasuah (BPR) menahan enam orang, termasuk dua exco kerajaan Perak, kerana disyaki terlibat dalam perbuatan rasuah berkaitan satu projek perumahan di Seri Iskandar, Perak.
Lima daripada mereka ditahan jam 6 petang semalam. Mereka berusia antara 45 hingga 57tahun.
Utusan Online pula melaporkan seorang daripada ahli exco itu ditahan jam 10.30 pagi ini.
Tiga suspek termasuk anggota exco itu ditahan sejurus mereka menerima suapan berjumlah lebih RM105,000 sebagai balasan untuk mempercepatkan proses permohonan projek perumahan bernilai RM180 juta.
Utusan Online juga memetik kenyataan BPR bahawa mereka juga disyaki terlibat dengan rasuah seks.
Sementara itu, mereka dibawa ke Mahkamah Sesyen Ipoh pagi ini untuk ditahan reman.
Seorang daripada mereka dipercayai bekas ahli dewan undangan negeri (Adun) PKR.
Lima daripada mereka ditahan reman selama tiga hari. Kesemua menutup muka ketika dibawa ke mahkamah.
Menteri Besar Perak, Datuk Mohammad Nizar Jamaluddin dan ibupejabat BPR di Putrajaya dijangka mengeluarkan kenyataan mengenainya.
Mengulas mengenainya, Pengerusi DAP Perak yang juga ahli exco kanan kerajaan negeri, Datuk Ngeh Koo Ham menyifatkan penahanan dua pemimpin Pakatan itu sebagai satu tindakan Barisan Nasional untuk melemahkan kerajaan negeri.
"Ini hanyalah satu percubaan untuk melemahkam Pakatan di Perak, dan satu percubaan untuk menyumbat mereka ke penjara," kata Ngeh, ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Ngeh berkata, perkhidmatan kedua-dua ahli exco itu tidak akan digantung sepanjang penyiasatan dijalankan oleh BPR, sambil menegaskan bahawa mereka telah dianiaya.
"Kami mengesyaki yang mereka telah dianiaya. Jadi, bagaimana perkhidmatan mereka hendak digantung?" tegasnya.
Beliau juga menyentuh tentang 'tindakan pantas" BPR bertindak dalam kes-kes yang membabitkan wakil rakyat Pakatan.
"Apa yang paling mengecewa dalam hal ini, ialah mengapa BPR bertindak pantas sekali dalam mengambil tindakan terhadap kita, sedangkan kita juga telah membuat banyak laporan terhadap BN tentang perbuatan rasuah mereka?" soalnya.
Ngeh, yang juga ahli Parlimen Beruas, mempertahankan pemimpin Pakatan, sambil berkata mereka telah diingatkan supaya jangan terbabit dalam rasuah sebelulm kerajaan negeri ditubuhkan dahulu.
"Kita mahu mengisytiharkan bahawa kita telah memberi penekanan terhadap ketelusan dan penubuhan sebuah kerajaan yang bebas rasuah, sebelum kita menubuhkan kerajaan negeri," tambahnya.
Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nazri Aziz pula berkata: "Apa yang baru? Mereka telah bercakap mengenainya sepanjang masa. Kita hanya perlu tunggu BPR menyiapkan siasatan mereka tanpa sebarang campurtangan."
baca artikel asal di Malaysiakini.com
11 ulasan:
Salam,
Kerajaan tidak pernah membuat pendedahan terhadap pembangkang padahal kerajaan sangat berkuasa dan mengetahu apa sahaja pergerakan mereka. Namun tiada dimomokkan kepada rakyat tentang kejahatan mereka meskipun ada yang akan marah jika disiarkan dengan berleluasa kejahatan mereka di media utama negara.
Saudara dan saudari Sebenarnya PAS dan PKR adalah perti serpihan dari UMNO yang mana adalah pihak yang tidak berpuas hati dengan parti UMNO khususnya dari aspek penerimaan pendapat dan juga pendekatan yang dijalankan sehingga membawa kepada perpecahan… Mereka golongan serpihan yang terus meluahkan kemarahan dan kebencian sehingga sanggup berkata ‘ dengan syaitan pun ambo sanggup berkawan asal dapat jatuhkan BN. Kita gomo habis-habise UMNO.
Mereka juga dari golongan yang tidak akan mengenang budi meskipun Menteri Dalam Negeri telah berbudi dengan melepaskan anak Mursyidul Am PAS dan juga Penasihat PKR dari terus meringkuk dalam penjara.. Mereka tidak akan ingat atau buat buat lupa…
Saya tidak kisah jika kerajaan hendak dijatuhkan jika zalim , korup, jahat, menindas, menentang hukum Allah Taala dan sebagainya. Namun tuduhan yang ada hanya tinggal tuduhan yang tidak dapat dibuktikan. Tuduhan yang tidak akan dapat mengaitkan apa apa dengan kerajaan. Bahkan ramai yang sudah digugurkan dari jawatan kerana gosip yang hangat diperkatakan walaupun tiada bukti mensabitkan mereka. Ini tanda kesungguhan dari kerajaan menentang usaha mengamalkan rasuah dan penyelewengan dari terus menjadi barah yang akan terus bernanah di dalam pentadbiran kerajaan…
Tapi, apa yang PAKATAN telah lakukan untuk memerangi rasuah, curroption dan juga salahlaku ahli-ahlinya. Tidak pernah kita dengar sebarang tindakan diambil oleh pemimpin2 tertinggi parti pembangkang terhadap mana2 ahli yang bermasalah. Zulkifli Nordin, yang beria-ia membantah Forum peluk Islam yang dikhabarkan akan diambil tindakan pada masa itu.
Anwar Ibrahim yang terang-terangan bersekongkol dengan Yahudi laknatullah, serta pemimpin2 pro-Yahudi seperti yang didedahkan oleh AIDC (terima kasih daun keladi kepada AIDC)Beliau menggalakkan forum peluk Islam oleh IFC, ditaja oleh NED, CIA, bercita-cita mahu menghapuskan DEB, hak keistimewaan orang Melayu, tidak langsung dinasihati oleh mana-mana ahli.
Karpal Singh yang menghina kuasa Sultan dan yang mula2 mangatakan bahawa beliau mempunyai bukti akan salahlaku sex Anuwar pada tahun 1998, kini menjadi rakan karib atau lebih sesuai duri dalam daging kepada Pakatan.
PAS pula menjadi tukang basuh berak atas perbuatan dan kata2 Penasihat PKR. Kenyataan seperti lalang yang ditiup andin. Ini secara tidak langsung membuat orang kurang hormat pada pendirian PAS yang selama ini begitu anti Anwar.
Apa pula cerita staf anak syarikat yang dianiaya dan diberhentikan hanya kerana tidak menyokong Pakatan. Adakah ini keadilan yang mahu ditonjolkan oleh Pakatan.
Walaupun orang selalu kata saya suka tidur, saya melihat semua dengan mata hati. Saya tahu apa yang saudara saudari tidak tahu. Pemimpin di Perak telah disogok dengan wang yang banyak oleh orang2 Cina. Mereka mahu bagi tanah banyak-banyak pada Cina sebab nak buka kilang sodomee. Apabila Anuwar sudah jadi Perdana Menteri, dia akan wajibkan semua rakyat makan sodomee sampai mabuk.
Assalamualaikum,
Betul ke Pak Lah ni.. Kalau betul ini adalah Pak Lah saya rasa ramai para bloggers mengalu-alukan Pak Lah dalam dunia blogger. Saya pun sokong jika Pak Lah dapat menerangkan apa-apa yang berlaku dalam dunia politik, ekonomi dan lain-lain hal dalam pentadbiran Pak Lah sekarang ini, masa depan dan pentadbiran masa lampau. Setidak-tidaknya ramai rakyat tahu penerangan dari pendapat Pak Lah sendiri..
tq
Salam,
Terima kasih saudara thareq, terima kasih kepada penyokong2 kerajaan Barisan Nasional, khususnya.
UMNO tidak sekadar berjaya menerajui pemerintahan negara selama lima puluh dua tahun, malah kepimpinan UMNO telah berjaya membangunkan bumi Malaysia menjadi antara negara termaju, mencatatkan selama tempoh lima puluh tahun lalu, kadar pertumbuhan purata ekonomi KDNK 6.3 peratus. Sewaktu mencapai kemerdekaan, negara kita adalah antara yang termiskin di dunia; kini negara kita adalah antara negara terulung di dunia dari segi indeks pembangunan insan. Pendapatan nominal mencecah paras per kapita 20,900 ringgit, meningkat 26 kali ganda sejak merdeka
Dasar Kerajaan yang menggalakkan pertumbuhan sektor swasta telah menghasilkan nilai perdagangan mencecah satu trilion ringgit pada awal tahun ini. Imbangan perdagangan negara telah mencatatkan kedudukan positif selama 109 bulan berturut-turut. Rizab asing negara terus meningkat mencapai tahap 98.2 bilion Dolar Amerika. Pasaran saham negara mencapai tahap bersejarah, dengan Indeks Komposit Kuala Lumpur mencecah paras 1413 mata, dengan perdagangan yang rancak lagi aktif. Malaysia kini diiktiraf oleh Forum Ekonomi Dunia sebagai negara kelima paling berdaya saing di Asia.
UMNO tetap komited dan sama sekali tidak apologetik terhadap usaha untuk memartabatkan Islam. Islam menganjurkan kesederhanaan. Dalam Perhimpunan Agung pada tahun 2004, saya telah menggariskan sepuluh prinsip Islam Hadhari. Manhaj atau pendekatan Islam Hadhari telah difahami dan menerima sokongan dari parti-parti komponen BARISAN NASIONAL. Ini menunjukkan bahawa pendekatan Islam yang dianjurkan oleh UMNO berwajah sederhana - bersifat adil.
Jadi, saudara dan saudari sekalian, sayangilah bangsa, agama dan tanahair. Jangan biarkan ia dicemari oleh perbuatan kotor yang hanya akan menggadaikan maruah diri, bangsa, agama dan negara. Kita orang Melayu dan Islam, haruslah bersatupada, berpimpin tangan (lelaki sama lelaki dan perempuan sama perempuan kecuali muhrim) supaya kita akan berusaha dengan lebih gigih bagi memartabatkan diri, bangsa, agama dan tanahair.
Segala yang baik itu datang dari Allah, segala kekurangan itu datang dari diri saya, sebagai manusia biasa. Namun, apalah gunanya jika kita hanya melihat kepada titik perbezaan dan kekurangan seseorang itu tanpa bantu membantu demi negara tercinta.
wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Hehehe,,,ni 'secretary' dia.
Salam kembali Pak Lah,
Buat la blog macam chedet, setidak-tidaknya paklah boleh mematahkan kembali serangan yang dikenakan kepada Pak Lah.
Anyway semoga Malaysia aman makmur dan minta dijauhkan anasir-anasir jahat.
Apa pun setiap malam kita semua berdoa agar perkara main belakang, tikam belakang,keluar pintu belakang apa apa saja yg berkaitan belakang ni jgn laa terjadi..permainan ini cukup kotor dan akan membawa musibah dikemudian hari. Pemimpin PKR perlulah "mendidik" anak-anak buah mereka adap bercakap perkataan sopan serta hormati sesama insan terutamanya bangsa sendiri bukan herdik, hina, memaki hamun, berkasar, memberontak macam tidak bertamadun.Jarang la setiap ceramah tidak ada penghinaan atau carut mencarut ni. Sedih kerana perkara begini akan menjadi ikutan anak anak kecil yang tidak mengetahui apa apa dan anak anak muda pulak mengambil kesempatan mengeruhkan keadaan. Cuba rasa bagaimana anak atau adik beradik kita sendiri bercakap sedemikian agaknya kena tampar kat mulut.
Jadi elok sangatlah sekali sekala tu buka hati dan minda, tenang, sabar, byk berdoa, ingat kembali saat saat kita dalam kegembiraan, ketenangan serta aman damai, saling hormat menghormati sesama insan suatu ketika dahulu.
Pendapat saya BN/UMNO tidak memulakan atau menjolok sarang tebuan dahulu. Dan saya percaya Pak Lah bukan insan yg jenis ingin menikam belakang atau mengkhinati bangsa. Apatah lagi Pak Lah sememangnya kita maklum orang yg membebaskan Anuar dari penjara. Dan jangan pulak kita 100% mempersalahkan Pak Lah diatas apa jua yg berlaku kerana pada pendapat saya bukan Pak Lah tetapi orang bawahan yg tidak tak mengenang budi, tidak beramanah menjalankan tanggungjawab, tidak betul betul memberi pendapat yg ihklas dan bernas ttp asyik fikir diri sendiri nak dpt "kredit" (nak dapat nama konon bijak buat kerja).
Kita tentunya tahu jika ada MP ni yg keluar melompat katak maka sah sah la mereka ni ada pembelot dari awal hari penamaan calon dulu (mungkin diatur oleh Anuar), tidak amanah, mimpi siang hari serta menunggu akaun bank penuh dgn wang mungkin tidak secara one lump sum mungkin sedikit demi sedikit untuk mengelak dari dihidu oleh BPR. Tengok la sekarang musibah oleh orang yg tidak amanah...dah kena kena tahan dah kena soal dengan bukti lagi.
Oleh itu tahniah lah buat BPR kerana mula berkerja keras bangun dari tidur. Cepat cepatlah menghidu orang yang suka mengkorup ni terutama kes kes lama-lama yg melibatkan kroni kroni yang mana fail fail ditutup atas arahan orang atasan bahawa "mereka ini orang saya" atau carilah hingga ke lubang cacing ..:-) haiiii..maaf ye
Saya baru baca dalam Berita Harian, Mentri Besar kata, exco2 dia kena tangkap kerja BN. Masa keluar news, saya memang dah agak, PKR akan tuduh sedemikian rupa pada BN.
Assalamua'laikum wrt. wbt
Terima Kasih Saudara Thareq, Cubitsikit dan Saudari Leeza.
Kepada saudara Thareeq, cadangan untuk membina blog saya sendiri adalah cadangan yang amat baik. Namun, atas sebab tanggungjawab yang amatberat, tidak membolehkan saya menghabiskan masa sewenang-wenangnya untuk menulis blog kerana rakyat lebih memerlukan saya bersama mereka dalam realiti, bukan hanya dialam cyber, alam yang lebih menjanjikan omong kosong dari hasil yang nyata.
Pada pandangan saya, kehidupan kita bukan atas dasar menang kalah, diserang atau menyerang, tapi penambahbaikan yang berterusan demi kebaikan bersama.
Saudari Leeza dan Saudara Cubitsikit,
Saya sudah menjangkakan bahawa pembangkang pasti menggunakan alasan konspirasi politik apabila tertangkapnya exco-exco mereka akibat perbuatan rasuah. Itu adalah satu perkara yang tidak menghairankan kerana kerajaan memang sudah dilabel sebagai Raja Konspirasi walaupun isu-isu yang timbul itu benar. Apabila ia melibatkan barisan pembangkang, segalanya dikatakan konspirasi, rasuah politik, taktik kotor dan sebagainya.
Justeru itu saya ingin membawa kalian merenung kembali kata-kata saya semasa pembentangan RMK-9 beserta Misi Nasional 2006-2020. Di bawah teras kelima, terang-terangan bahawa saya telah menyatakan Kerajaan akan mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan negara. Kejayaan perancangan terletak pada keupayaan untuk melaksana. Untuk itu, Kerajaan komited menambahbaik sistem penyampaian perkhidmatan awam di semua peringkat. Di samping itu, kerajaan juga akan menangani isu-isu berhubung rasuah dan integriti di dalam sektor awam dan swasta, mahupun di kalangan masyarakat umum.
Kita kekal tegas memerangi rasuah walaupun kita perlu
menongkah arus. Patah sayap bertongkat paruh, namun hasrat
tidakkan luntur. Untuk menyokong usaha ini, keupayaan
penguatkuasaan akan ditingkatkan. Kerajaan bercadang meningkatkan
kapasiti badan penguat kuasa dengan menambah tenaga pekerja serta
bilangan peralatan bagi memenuhi keperluan. Badan Pencegah Rasuah
akan meningkatkan tahap kemahiran pegawai penyiasat dengan teknik
penyiasatan terkini. Pada masa yang sama, badan-badan kawal selia
seperti Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti akan
memastikan syarikat-syarikat sektor swasta meningkatkan mutu urus
tadbir korporat dan mematuhi peraturan yang berkaitan. Bagi
meningkatkan kecekapan pengawalseliaan di dalam sektor korporat
negara, Suruhanjaya Sekuriti dan Suruhanjaya Syarikat akan bergabung
dan melaksanakan hampir kesemua undang-undang berkaitan syarikat
di Malaysia.
Justeru itu, tidak timbul isu konspirasi. Sekiranya saya dikatakan sebagai pengamal konspirasi, mengapa ketika Anwar mula menghadapi tuduhan meliwat, saya didatangi oleh Wan Azizah, isteri beliau yang memohon supaya penyiasatan dijalankan dengan adil dan saksama.
Jika konspirasi, mengapa dalam kes video VK linggam, saya tidak campurtangan urusan penyiasatan pihak polis hingga terbongkar perkara sebenar.
Jika konspirasi, mengapa Tan Sri Musa Hassan dikecualikan dalam penyiasatan kes liwat Anwar Ibrahim.
Jika konspirasi, dari awal lagi, mengapa saya bebaskan Anwar dari penjara sedangkan saya tahu ancaman paling besar akan menanti saya dikemudian hari.
Jika konspirasi, mengapa saya biarkan skandal sex bekas Menteri Kesihatan dihebahkan satu Malaysia sehingga beliau sendiri secara sukarela meletak jawatan.
Jika konspirasi, mengapa saya tidak arahkan pihak yang tertentu untuk menyumbat ahli-ahli Forum Peluk Islam anjuran IFC yang mengundang kontroversi seluruh Malaysia ke dalam ISA.
Saya mahu rakyat melihat dan menilai segala-galanya. Apabila saya memberi kebebasan bersuara, ruang untuk rakyat menjadi diri mereka yang sebenarnya, inilah yang tuan-tuan nampak... segala perkara keji dan kotor yang terlindung selama ini telah diperliatkan sendiri oleh tuan punya badan. Adakah salah saya dan kerajaan apabila kejahatan yang menjadi amalan tidak mampu lagi diselindung dibalik imej-imej tertentu?
Saudar-saudari boleh fikir dan cari jawapannya sendiri.
Saya sayangkan rakyat dan Malaysia.
Wassalam
Salam kembali Paklah,
Pak Lah boleh upah seorang secretary untuk memberitahu pertanyaan rakyat dan apa yang berlaku di alam cyber dan pendapat Pak Lah boleh dicatit oleh secretary Pak Lah dan masukkannya di dalam blog Pak Lah sendiri.
Sedikit sebanyak ini akan mengembalikan kredibiliti Pak Lah. Ramai intelektual di dalam alam cyber ni dimana sesetengahnya terikut-ikut dan percaya apa yang pemimpin pembangkang nyatakan tanpa kaji selidik.
Sekadar pandangan.
ooohhh ganas demo poklah...bila komen disini..laju ,bernas dan lancar je....tapi tak ada perkataan gemilang,terbilang atau hadhari pulak...siap dengan pendapatan perkapita lagi...he he he....demo ni paklah....tak rasa ngantuk ke??? biasanya dah zzzzzzzzzzzzz dah....ada ke masa nak tulis blog...biasanya dah zzzzzzzzzzzzzzzz....jangan marah paklah deh.....
Catat Ulasan