Pemandu pajero yang membawa bersama gambar Anwar dan pemimpin dunia yang lain. Meriah nampaknya pajero ini dengan gambar gambar. Selalunya iklan yang dilekatkan di badan teksi dan bas berbayar. Apakah gambar-gambar ini berbayar juga?
Atau ada sponsor tertentu di Permatang Pauh, hinggakan Gus Dur dan Estrada sanggup tumpang sekaki berkempen untuk Anwar Ibrahim. Jangan lupa, Gus Dur dan Wolfowitz adalah orang yang ditemui oleh Anwar di Munich, Jerman ketika Anwar baru sahaja lepas dari penjara pada Oktober 2004.
Anwar baik dengan Wolfowitz? Anwar sering berkunjung ke Washington menemui Wolfowitz selepas keluar penjara pada Oktober 2004. Dengan bantuan Wolfowitz, Anwar mendapat tiga jawatan pensyarah universiti di luar negara. Selepas itu, Nurul Izzah pun sambung pengajian di John Hopkins. Malah keakraban yang terjalin ketika Wolfowitz menjadi Duta Indonesia itu membawa kepada perbincangan tertutup dalam Pentagon.
Keintiman Anwar dan Wolfowitz lebih terserlah bila Wolfowitz melantik Anwar sebagai Penasihat Bank Dunia. Ketika nyawa Wolfowitz di Bank Dunia nipis akibat skandalnya dengan Shaha Ali Ridha, Anwar datang menghulurkan bantuan hayat melalui sepucuk surat dari Yayasan Masa Depan untuk menukarkan teman wanita Wolfowitz ke pejabat Anwar.
Wolfowitz membalas jasa Anwar itu, dengan menulis artikel memuji Anwar dalam majalah Time untuk mempromosikan Anwar sebagai antara 100 orang terhebat di dunia. Kini, Anwar bertanding di Permatang Pauh, apakah Wolfowitz (seorang yang berbangsa Yahudi dan mempunyai warganegara Israel) akan menolong Anwar lagi?
Gambar Anwar bersama dengan Bush yang dipaparkan pada sebuah pajero yang penuh dengan bendera PKR tadi di Permatang Pauh. Mengapa perlu ada gambar Bush? Reaksi senyuman Bush dan Anwar hampir serupa, apakah mereka mendapat khidmat nasihat daripada pakar perunding imej yang sama?
Yang pasti, kedua duanya rapat dengan Paul Wolfowitz. Bush rapat dengan Wolfowitz atas kapasiti Wolfowitz sebagai penasihat perangnya semasa menyerang Afganistan dan Iraq. Wolfowitz ketika itu adalah Penolong Setiausaha Pertahanan di Pentagon. Malah Wolfowitz adalah orang yang bertanggungjawab menulis surat menggesa Bush menyerang Afganistan ketika masih lagi menjawat jawatan Dekan di John Hopkins, University.
Apakah kriteria sebenar pemilihan logo bendera PKR ini disebabkan oleh hanya imej mata lebam semata mata? Atau warna biru muda dan bulan sabit yang berlogo mata ini mempunyai maksud yang lain?
Berikut adalah sticker kempen PKR di Permatang Pauh. Mengapa ada logo mata sebegini dalam sticker yang diedarkan kepada pengundi Permatang Pauh? Apakah mata tersebut ada kaitan dengan mata yang tertera pada logo bendera PKR atau simbol mata yang lain?
Ini adalah logo kepada gerakan Freemanson yang mempunyai ahli seramai 5 juta orang di seluruh dunia. Ada mata di atas piramid tersebut. Freemason dipelopori oleh orang Yahudi (Neo-Konservatif) yang ingin mengambil kembali tanah Palestin dan membina kembali Haikal Sulaiman di bawah runtuhan Masjid Al-Aqsa.
Kemudian akan melebarkan pemerintahan mereka ke Syria, Iraq, Jordan, Mesir dan terus menuju ke Al Madinah di Arab Saudi. Pergerakan ini dibentuk bagi mengembangkan fahaman Yahudi dengan cara bergiat cergas di dalam bidang pendidikan, politik, budaya dan sosial.
Bukankah usaha ini sudah dilakukan oleh Wolfowitz? Siapakah orang harapan Wolfowitz di Malaysia ini? Jika hubungan dengan Saiful, Anwar enggan bersumpah. Bagaimana pula hubungan baik Anwar dengan Amerika dan Neo-Konservatif? Apa yang pasti dalam beberapa temubual antarabangsa, Anwar tidak pernah menafikan hubungan baiknya dengan Wolfowitz.
AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)
baca artikel asal di anginperubahan.blogspot.com
9 ulasan:
salam.
aidc telah berjaya membuat banyak rekonstruksi latar belakang anwar, dan ini memang bermanfaat kepada pembaca untuk memahami keseluruhan percaturan politik anwar dan pihak-pihak yang di belakangnya.
namun, saya kira jika aidc menggunakan rekonstruksi yang dibuat untuk mekonstruksi bentuk kerajaan yang mungkin ditubuhkan jika anwar berjaya menjadi pm, itu lebih meyakinkan. pembaca akan dapat melihat 'consequences' yang akan dihadapi oleh rakyat dan negara.
memang ini sudah ada dalam artikel-artikel aidc, tetapi itu adalah eceran; yang saya maksudkan konstruksi dibuat dalam satu artikel.
semoga berjaya. dan teruskan perjuangan.
wassalam.
Salam Nur Ilhami..
Terima kasih kerana telah memberi cadangan yang sangat bernas dan artikel yang saudari maksudkan itu memang sudah ada dalam perancangan saya.
saya belum dapat siapkan seperti yang dijangkakan kerana mengikut keutamaan suasana semasa.
Dua perkara terpaksa dilakukan serentak, penulisan dan pembikinan video yang kedua2nya mempunyai peminat dan kesan yang berbeza tetapi nilai kepentingan hampir sama.
Insya Allah, saya berusaha untuk siapkan dalam masa terdekat, supaya lebih nampak bentuk kerajaan yang akan terbentuk selepas 16 september ini.
Semoga saudari terus melawat blog ini dan sentiasa memberi komentar yang bernas seperti yang telah dicadangkan sebelum ini.
segala kebaikan dan kemurahan hati saudari memberi cadangan2 bernas, hanya Allah yang dapat belas ganjaranNYA.
AIDC
8.18 pagi
salam buat AIDC...
INI PENDAPAT SAYA UNTUK DIKONGSI DENGAN SAUDARA...kalau saudara tak siarkan komen ni pun saya tak kisah....dibawah ini saya sertakan komen saya ke chedet.com tetapi tidak disiarkan oleh moderator chedet... komen saya begini...
tun...
1)topik tun ini teramatlah bagusnya kalau tun simpan untuk disiarkan selepas 26.8.08.Buat masa ni topik tun ini wokyoh rasa tak berapa sesuai disebabkan iklim yang tak menentu lagi dipermatang pauh.
2)kadang-kadang wokyoh terfikir...adakah seorang pemimpin yang bijak dan banyak pengalaman seperti tun ini tidak mengambil peduli akan arah tuju politik negara??? maafkan wokyoh kiranya ...jauh disudut hati tun, tun sebenarnya MENGINGINKAN anwar menang dipermatang pauh sebenarnya.jika anwar menang itu menandakan umno dibawah paklah adalah lemah seperti yang tun dakwa sebelum ini.kemenangan anwar juga akan memberi pengajaran buat paklah dan najib yang selama ini tidak ambil peduli dan letak tun ketepi.keakraban anak tun marina dan nurul izzah menjadi tanda tanya wokyoh juga.dalam blog tun ini...tun tidak begitu menghentam anwar tetapi banyak menghentam paklah & co...komen saya dan mungkin komen-komen orang lain yang menghentam anwar dalam blog ini tun tak siarkan sepenuhnya.sekiranya anwar menang..anwar akan ke putrajaya dan kemungkinan paklah akan jatuh...ini adalah matlamat utama tun semenjak keluar umno...ingat...matlamat menghalalkan cara....kemenangan anwar juga akan menyebabkan paklah terjatuh hina sekiranya betul ada 30 orang MP yang akan lompat parti.ini adalah kerana jika diharapkan ahli dan MT umno..tidak mampu menjatuhkan paklah-najib apatah lagi mereka sudah ada MOU peralihan kuasa 2010. muhyidin sendiri pun hangat-hangat tahi ayam...apa lagi kuli...berkokok jarang-jarang...
3)jika anwar menang-paklah akan tersingkir dan bila anwar menjadi pm beberapa hari...DAP akan buat onar...dan pada waktu itulah anwar akan jatuh dengan sendirinya dan melayu pecah...bila DAP semakin berleluasa....pada masa itu melayu islam akan bersatu dan tercari-cari siapakah pemimpin sejati...sekiranya dipanjangkan umur...manusia hebat yang bergelar TUN DR MAHATHIR akan kembali kepersada politik semula...itulah agaknya percaturanmu wahai ayahandaku Tun...seorang pakar strategi politik yang genius.
4)kenapa wokyoh berkata begitu???...kerana jika tun mahu anwar tumbang dipermatang pauh...senang saja bagi tun.....percayalah...contohnya tun boleh bertanding di permatang pauh sebagai calon bebas atau turun berkempen untuk umno dipermatang pauh...tun akan buat sesuatu...tun boleh keluarkan banyak cerita pasal anwar kerana semua rahsia rasmi kerajaan dalam kocek tun dulu...termasuk anwar...pasal liwat ni pun tun tahu sejak 2003 lagi dari mulut tun hanif omar(IGP) dan hasil risikan bukit aman...tiap tiap hari tun boleh hentam anwar dan pas dalam blog ni...tapi tun tak lakukan itu semua....kenapa??? BAHKAN AWAL-AWAL LAGI TUN TELAH MEMBUAT SERANGAN PSIKOLOGI BUAT BN dimana tun menjangkakan anwar akan menang...tetapi apa yang tun nak tengok ialah berapa banyak majoriti anwar menang.
5)Dengan keluarnya artikel tun hari ini tentang rasuah dan salah guna kuasa dalam umno sudah pasti ianya akan memberi sedikit bonus untuk anwar menjelang pilihanraya nanti,maka wokyoh semakin yakin yang tun mahu anwar menang...namun jauh disudut hati wokyoh pula..kalau betul itu yang tun mahu...wokyoh TIDAK SETUJU kerana jika sekali melayu jatuh...ia akan mengambil masa ratusan tahun untuk bangkit semula. kejatuhan melayu islam dalam apa cara sekalipun tidak boleh direstui..usahlah dibuat ujikaji atau eksperimen kerana dengan pertolongan DEB pun melayu masih jauh ketinggalan dari segi ekonomi...cuma yang melayu ada ialah sedikit kuasa politik dan kedaulatan raja berpelembagaan sahaja...jika ini juga hancur...melayu akan hancur berkecai sama...
6)Apapun...saya tetap menyokong perjuangan TUN..tapi dalam bab anwar ini...saya tak akan berkompromi dan saya selalu berdoa agar anwar kalah nanti....sekian.
WOKYOH....
................................
................................
mungkin juga AIDC juga ada terfikir begitu...
e-mail saya: wokyohmektot@yahoo.com
Salam AIDC,
Wa juga mau kasi satu cadangan. Wa lasa itu artikel-artikel penting ini lalam blog, misti kasi keluar itu lalam sulat khabar lor.. Kasi hebahan lebih luas lagi satu dunia lagi bagus lor.
Ini blog memang lamai olang baca tapi bukan majoriti olang baca dan tahu ini blog. Apa macam mau kasi itu kebenaran sampai pada semua orang lebeh meluas? Kalau boleh keluar itu lalam Documentary dalam TV kasi ulang manyak kali lagi manyak bagus.. kasi tunjuk semua bukti.. suruh kasi itu bapak liwat jawab sampai dia kena sakit jantung lagi manyak bagus lor..
Lagi cepat dia mati lagi aman ini Malaysia. Talak ada lagi itu demonstrasi.. Malaysia manyak selamat itu dari Amerika Yahudi maa..
Itu Anwar boleh jalan satu dunia kasi buruk ini sama Malaysia lor. Apa pasal kita masih ada kuasa kita talak boleh bikin lebeh hebat dari itu Anwar??? Wa lasa itu kalau Tun masih jadi PM lor.. sulah lama itu Anwar kena pancung... kepala kasi gantung atas pokok kasi semua olang tengok. Jangan salah paham lor.. apa wa cakap pasal Tun hanya perumpamaan lor. Apa wa mau kasi tahu itu Tun lagi manyak berani dari semua olang ini lalam Malaysia.
Zaman nabi orang munafik nabi kasi tentang... Itu Anwar munafik apasal talak boleh tentang sampai hancur lumat?
Salam semua,
Itu logo mata biru itu maksud itu parti adalah diketuai oleh orang yang bermata biru lor? Siapa lagi kalau bukan orang Yahudi/Nasrani Amerika yang bermata biru.
Logo mata biru pada lambang PKR jelas menunjukkan PKR adalah proxy agenda yahudi dan nasrani di Malaysia.
Ingat.. Tun pernah menyatakan secara fakta bahawa orang2 yahudi ini memerintah dunia menerusi proxy. Proksi yahudi ini sanggup mati kerana mereka. Fikirkanlah betul2 dan masak2.
Assalamualikum...
Mcm mana Freemason boleh ada kat Malaysia ni...???
Cuba check kat link ni...
http://www.dglme.org/contacts/contacts.aspx
salam wokyoh n ah chai
1. komen wokyoh sangat menarik. saya membaca dari sudut tersirat. Bantuan banyak bentuk, tetapi bagi saya bantuan yang paling ikhlas adalah yang tidak nampak dan perlu ditunjuk2 bantuannya. Tangan kanan beri, tangan kiri tak tahu.
2. Komen Ah Chai perlu diperhalusi dengan sewajarnya. Memang benar cadangan yang dikemukakan saudara. Sepatutnya dihebahkan di media perdana supaya rakyat rakyat secara menyeluruh.
3. Pertama harus juga diperhalusi apa tanggapan rakyat kepada media perdana? Adakah rakyat boleh terima sebagai penjelasan atau tolak kerana dianggap propangganda ?.
4. Kedua perlu diperhalusi, sekiranya dibongkarkan di media prima adakah strategi paling bijak atau terperangkap dalam jerat lain, termasuk tindakan undang2 ke atas media tersebut.
5. Media prima apa2 pun di Malaysia ini menguntungkan kesan dan keuntungan. Editorial box mereka merupakan kuasa penentu untuk menentukan sesuatu bahan itu perlu diberi keutamaan atau tidak.
6. Sekiranya media prima bersedia untuk membuat pendedahan, saya rakyat biasa Malaysia yang kerdil ini bersedia untuk membantu, walaupun sebagai 'tukang bancuh kopi' untuk ahli pemikir Malaysia yang terhebat.
4. Ketiga, kena perhalusi, apakah saluran anak muda sekarang di media perdana atau media alternatif, khususnya internet dan sms. Kaji semula PRU 12, adakah media prima tidak berperanan, kalau berperanan kenapa masih belum dapat yakinkan rakyat.
5. Sedikit falsafah, 'apa yang kita fikir betul dan penting tak semestikan difikirkan penting dan betul oleh pihak yang berkuasa'. Jadi kita hanya mampu cadangkan, tetapi kita mesti bersedia untuk tak kecewa jika cadangan kita tidak dilaksana. Dalam dilema seumpama itu apa yang perlu kita lakukan sebagai salah seorang rakyat Malaysia yang tak berkuasa?.
6. Di sinilah premisnya, daripada kita terus kecewa dengan harapan dan cadangan yang kita syorkan tetapitidak dilaksanakan, lebih baik kita menulis di blog kerdil, berkongsi pandangan dengan rakyat yang sama level dengan kita iaitu sama2 tidak mempunyai kuasa.
7. Di sinilah titik formulanya, selalunya kita bermula dari atas dan mengharapkan kepala2 negara dan kita sendiri sudah lihat kesannya, sekarang kita tukar teknik bermula dari bawah sebagai desak kepada atas.
8. selalunya formula kuasa bawah ini lebih berkesan, kerana ia bermula dari kesedaran, keyakinan dan bekerja tanpa mengharapkan balasan.
9. Semasa zaman kanak2 dulu saya selalu mendengar cerita tikus dengan singa. Kumpulan tikus ramai, tetapi takut dengan seekor singa. lalu 'mereka' (tikus2) bermesyuarat untuk memberi pandangan masing2 bagimanakah untuk lawan dgn singa. Masing2 beri pandangan yang bernas. Satu pandangan paling bernas adalah, 'kita tak boleh lawan singa, kerana 'dia' besar dan kuat, jadi caranya kita mesti gantung loceng di telinga singa, apabila singa bergerak saja akan kedengaran bunyi loceng itu dan ini merupakan 'siren' utk tikus2melarikan diri. Semua tikus2 bersetuju dengan cadangan bernas itu.
10. tetapi ada seekor tikus kecil yang lain pula bertanya, " kalau begitu, siapakah di antara kita (tikus2) yang sanggup gantung loceng di telinga singa?
sampai sekarang crita tikus vs singa itu melekat dijiwa saya, walaupun saya masih mencari jawapan sebenar pertanyaan tikus kecil itu..
Wasalam
AIDC
Sdr aidc,
teruskan perjuangan anda..
Assalamualakimu...
Saudara...
Artikel saudara ssaudara ni sgt menarik dan saya meminta izinkan untuk copy dan paste artikel ini di blog saya..
lolongansejati.blogspot.com
Catat Ulasan