25-08-2008 03:19:38 PM
Oleh G. MANIMARAN
PERMATANG PAUH: Tanpa menyebut nama calon, Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abdidin berharap pengundi-pengundi di Permatang Pauh akan memilih calon yang "paling ringan mudarat" atau "membahayakan" agama dan negara, esok.
"Siapakah yang layak dipilih dalam keadaan begitu? Bagi saya pengundi yang matang hendaklah menilai manakah pihak yang paling ringan mudaratnya dibandingkan yang satu lagi," kata beliau.
Beliau salah seorang pemilih berdaftar di bahagian Parlimen Permatang Pauh berkata, pengundi-pengundi perlu menilai siapa yang paling kurang bahaya dibandingkan dengan yang lain untuk masa depan negara dan umat.
"Seperti orang sakit yang terpaksa memotong anggotanya untuk mengelakkan maut.
"Walaupun dia tidak rela memotong anggotanya, namun jika dibiarkan akan menyebabkan maut, maka dia terpaksa memilih keadaan yang lebih ringan antara keduanya.
"Begitulah keputusan dalam pemilihan di suasana ini," katanya.
Pengundian pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh akan diadakan esok.
Datuk Seri Anwar Ibrahim mewakili Pakatan Rakyat manakala Datuk Arif Shah Omar Shah pula bertanding atas tiket Barisan Nasional dan Hanafi Mamat dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM).
"Satu pemilihan mesti dilakukan," kata beliau dalam rungannya di Mingguan Malaysia semalam.'
Jelas beliau, jika tidak pun untuk memilih yang terbaik, sekurang-kurang memilih yang kurang mudarat antara semua.
"Setelah direnung dan ditenung, maka barulah seseorang pengundi muslim membuat keputusan yang diyakini paling menghampiri keredaan Allah.
"Undi ada nilai dosa dan pahala," katanya lagi.
Bagaimanapun tambah beliau, "barangkali memilih calon pada musim ini amat meragukan, maka beristikharahlah."
Baca artikel asal di mstar.online
4 ulasan:
Buat dr asri mufti perlis...yang dipanggil "bapak setan" oleh ustaz badrul amin dalam ceramahnya...saya juga berharap drmaza juga akan mengundi arif shah esok....saya adalah salah seorang rakyat yang selalu mengikuti perkembangan mufti yang sensasi ni...saya juga banyak menyokong pandangannya yang bernas biarpun bakat dan ilmunya sering di perlekehkan oleh ulamak ulamak lain atau mufti perak yang irihati dengan populariti dr asri...malah ada yang menuduh beliau seorang wahabbi pula....kalau diikuti blog chedet.com...saya selalu komen atau menyarankan dr asri terjun kekancah dunia politik..demi untuk membetulkan ketaksuban dan kejumudan pengikut-pengikut ekstrem ahli-ahli parti tertentu...yang nyata telah lari dari landasan perjuangan islam sebenarnya...hanya dengan mengundi parti-parti tertentu sahaja boleh menjamin kesyurga...dan banyak lagi kalau di tulis disini...
disini saya ada satu soalan untuk ulamak dan mufti-mufti seluruh malaysia....
"untuk seseorang calon bertanding..kena letak duit sebagai deposit..maka...adakah hukum orang yang bertanding itu sama seperti judi juga?....dan adakah orang yang mengundi itu hukumnya sama dengan pemain judi juga...sebab dua orang calon tu sedang bertaruh..."
kalau hukumnya tak boleh..harap-harap orang pas tak keluar mengundi anwar esok sebab takut berdosa....kalau nak undi...undi AKIM atau BN je lah esok adalah lebih baik kot....sebab nak selamatkan duit rakyat...anwar kalah tak apa...duit dia dari amerika...entah-entah duit yang ambik dari nalla hari tu kot???
fikir-fikirkanlah...
Quate Wokyoh...
Buat dr asri mufti perlis...yang dipanggil "bapak setan" oleh ustaz badrul amin dalam ceramahnya...
Uztaz ape kejadah Badrul Amin ni kalau perangai mengalahkan org lain. Ada ke seorang ustaz panggil org lain bapak setan... Ustaz ke tu???
badrul amin ni...saya terkejut juga bila tengok dalam you tube dia kata dr asri macam tu....tak sangka..orang yang buat album munajat...tersedu-sedu....boleh berkata begitu...saya tak ingat kat mana saya tengok you tube tu....waktu dia bagi ceramah tu dia pakai songkok dan baju melayu hijau...boleh kawan-kawan cari kat mana klip video tu....
harap2 mufti ni akan menyuruh org Islam mengundi calon Islam pada pilihanraya akan datang apabila calon Islam vs calon kafir tanpa mengira parti...
tak ker begitu wokyoh,bila tiba masa tu baru kita nampak jenis apa mufti ni sebenarnya....jenis bertanduk atau jenis yg diperkuda...
Catat Ulasan