MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

25 Ogo 2008

Isu budak pembancuh kopi hangat di Permatang Pauh


Isu budak pembancuh kopi hangat di Permatang Pauh


1. Saiful Bukhari Azlan, budak pembancuh kopi Anwar akhirnya tetap menjadi perhatian di Permatang Pauh. Sepatutnya isu ini mudah ditepis dengan kepakaran pidato Anwar, namun rupa-rupanya isu itu masih menghantui Anwar, walaupun dua hari lagi hari mengundi.

2. Kalau tidak 'menghantui', sudah pasti tidak perlu diusung ustaz Ramlang Porigi (yang menjadi saksi sumpah) naik ke atas pentas PKR berceramah menyokong Anwar. Ustaz itu pula mendakwa beliau diarah diarah oleh 'pihak atasan' menjadi saksi sumpah Saiful. Katanya lagi ada empat orang imam yang menjadi saksi sumpah di Masjid Wilayah Persekutuan tempohari.

3. Adakah ustaz itu pula turut bersumpah di depan pengundi Permatang Pauh mengatakan sumpah budak pembancuh kopi itu salah ? TIDAK. Beliau kata beliau hanya menegur sebutan budak pembancuh kopi Anwar yang tersalah sebut sahaja. Lepas itu, beliau turut mendiamkan diri (mengiakan?) sebutan budak pembancuh kopi Anwar itu hingga selesai majlis.

4. Adakah ustaz itu pula turut bertukar imej dari 'tok imam masjid' menjadi 'kempen manager politik Anwar' pula dengan memberi huraian terperinci menyokong teori konspirasi ? TIDAK. Ustaz itu berucap ringkas, beliau dakwa diarah oleh 'pihak atasan' untuk menjadi saksi kepada pembancuh kopi Anwar itu. Ustaz itu sendiri tidak menyebut nama siapakah 'orang atasan' yang telah mengarahkannya apatah lagi mampu menghurai teori konspirasi Anwar secara komplek. Ustaz itu sendiri mengakui beliau tidak mengenalpasti siapakah 'orang atasan' yang mengarahkannya itu.



5. Persoalan lanjut, sila baca komen blogger Akal Muda bertajuk "Imam dipolitikkan - mana satu yang betul? "

6. Baca pengakuan Ustaz Ramlang Porigi di Permatang Pauh, klik di sini

7. Jadi untuk apa ustaz itu diusung ke pentas ceramah PKR, kalau tidak semata-mata menunjukkan untuk menunjukkan 'isu budak pembancuh kopi' menghantui Anwar. Kalau mahu seret ustaz yang jadi saksi sumpah, sepatutnya Ustaz Anwar dan PKR hereta keempat-empatnya sekali naik ke pentas politik itu. Ustaz Ramlang Porigi hanya salah seorang, mana tiga orang saksi lagi? Adakah dengan kehadiran ustaz itu boleh membersihkan semula semua sumpahan budak pembancuh kopi Anwar itu ?

8. Untuk lebih berkesan lagi sepatutnya Anwar dan PKR heret bekas budak pembancuh kopinya itu naik ke pentas menafikan sumpahnya tempoh hari. Kena tuan badan yang bersumpah menafikan sendiri, bukannya diwakili oleh pihak lain. Ustaz itu hanya menjadi saksi sahaja dan tidak bersumpah pun di pentas ceramah PKR mengatakan apa yang diucapkan adalah benar.


Teori konspirasi?

1. Bermakna kehadiran ustaz Ramlang Porigi masih belum gagal merungkai teori konspirasi yang telah diwar-warkan oleh Anwar. Ustaz itu hanya berjaya memberitahu bahawa beliau tidak bersalah dan beliau diarahkan hadir. Itu sahaja kejayaannya setelah sebelum ini diasak bermati-matian oleh tranungkite.

2. Adakah ini bermaksud kehadiran ustaz itu ke pentas PKR semata-mata untuk membersihkan namanya dan bukan untuk membersihkan nama Anwar?

3. Bagaimana pula hujah sokongan untuk memperkasakan teori konspirasi Anwar ? Adakah masih belum terjawab hingga ke hari ini ?

4. Lagipun, teori konspirasi Anwar telah berubah-ubah. Pada mulanya beliau mengatakan isu liwat itu adalah konspirasi pejabat Najib. Setelah didakwa, beliau menukar pertuduhan mengatakan konspirasi pejabat Pak Lah pula.

5. Barangkali selepas dijatuhkan hukuman, siapa pula yang menjadi mangsa Anwar?. Kenapa beliau sering berubah-ubah tuduhan ?


Sumpah budak pembancuh kopi Anwar

1. Benar atau tidak sumpah budak pembancuh kopi Anwar itu, dia telah serahkan kepada Allah Taala yang menghukumnya. Itu urusan dia dengan Allah. Allah Lebih Mengetahui benar atau tidak lafaz yang telah diucapkan oleh budak pembancuh kopi Anwar itu.

2. Mufti Wilayah Persekutuan telah mengesahkan lafaz yang diucapkan oleh budak pembancuh kopi Anwar itu adalah betul . Mufti Perlis pula menegur perbuatan Saiful memegang Al Quran yang dianggap salah, tetapi mengesahkan lafaznya betul. Bekas Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Dr Ismail Ibrahim pula mengatakan kedua-duanya perbuatan dan lafaz adalah betul.

3. Bermakna terdapat perbezaan antara lafaz dan perbuatan. Perbuatan yang dilakukan oleh budak pembancuh kopi Anwar itu tidak menyalahi akidah dan tidak boleh membatalkan lafaz yang telah diucapkannya. Kesimpulannya ketiga-tiga tokoh agama yang disebut di atas sebulat suara bersetuju lafaz yang diucapkan budak pembancuh kopi Anwar itu adalah sah di sisi agama.

Sumpah hantui Anwar ?

1. Budak pembancuh kopi itu benar-benar menghantui Anwar. Dari mula kehilangannya. Dari laporan polis, hingga memaksa Anwar berlindung di kedutaan asing. Apa ni..ada badi ke di antara budak pembancuh kopi dengan tuannya ?

2. Tidak semena-mena Azizah letak jawatan kerusi Permatang Pauh, walhal baru sahaja menang enam bulan lalu. Belum sampai setahun, kena mengundi sekali lagi ?

3. Anwar pula bertanding di kawasan kubu kuatnya. Kalau dikira logik, Anwar tak perlu turun padang, kempen siang malam,dan sepatutnya Anwar hanya perlu hadir semasa penamaan calon dan selepas itu beliau boleh naik pesawat ke Amerika kerana kawasan itu merupakan kubu kuatnya. Tetapi kenapa pula Anwar perlu rayu undi dari rumah ke rumah ? Tidak percayakah beliau bahawa kawasan itu kubu kuatnya?

4. Masih terbayang lagi, bagaimana Anwar memperlekehkan calon PAS di Pengkalan Pasir Kelantan dalam pilihan raya kecil tahun lalu. Anwar hanya hadir sekali dalam ceramah besar di Stadium Pasir Mas, lepas itu beliau tinggalkan calon PAS terkial-kial seorang diri mempertahankan maruahnya. Anwar beri alasan ada urusan yang lebih penting di luar negara. walhal sebelum berangkat ke luar negara, Anwar masih sempat ke Sarawak untuk berbincang politik PKR di negeri itu. Apa ni..terlalu pentingkah urusan di luar negara, hingga tak boleh tunda selepas pilihan raya kecil ? Itukah erti persahabatan Anwar kepada rakan pakatan ?

5. Kalau calon PAS bertanding di Pengkalan Pasir, Anwar kata sibuk dengan urusan luar negara. Kalau calon PKR bertanding di Ijok, Anwar sanggup batalkan semua urusan di luar negara, semata-mata untuk turun padang bersama sahabatnya Khalid Ibrahim di Ijok. Apa ni..double standard.

6. Untuk mengetahui lebih lanjut kisah Anwar di Pengkalan Pasir, klik di sini

7. Sepatutnya isu sumpah ini tidak patut menghantui Anwar, jika awal-awal lagi beliau tidak ambil budak pembancuh kopi itu bekerja dengannya. Beliau sepatutnya tidak perlu membawa pembancuh kopi itu makan angin ke luar negara dan sepatutnya tidak perlu membawanya ke kondominium yang didakwa sebagai tempat kejadian.

8. Sepatutnya budak pembancuh kopi itu jangan sesekali diberi bebanan tugas. Tugasnya cukup setakat itu, sekadar budak tukang bancuh kopi!. Begitu juga, kalau sekadar rakan bermain tenis, sepatutnya sekadar teman sepermainan tenis sahaja. Jika lebih daripada tugas itu maka akan berlaku sumpah Saiful dan pendedahan Nallakarupan!

9. Persoalannya, siapakah yang silap?

Anwar perlu bersumpah ?

1. Semakin banyak desakan daripada orang ramai agar Anwar turut bersumpah untuk membersihkan dirinya sebenar-benar bersih. Kalau tidak, sumpah budak pembancuh tehnya itu akan terus menghantui. Bukan setakat dirinya malah mungkin juga pengundi Permatang Pauh.

2. Soalnya adakah Anwar percaya, menang atau kalah kerana faktor sumpah ?. Mengenali Anwar sebelum ini, beliau tidak percayakan sesiapa kecuali dirinya sahaja. Beliau memang hebat dan sudah terbukti kehebatan pidatonya, soalnya, adakah pengundi kali ini menilai dari sudut kehebatan pidato sahaja atau pertimbangan lain, termasuk akhlak?

3. Malah kehebatan pidato Anwar hanya pada intonansinya sahaja, tetapi dari segi isi masih boleh dipertikaikan. Apatah lagi kalau mahu diukur dari segi kata nista dan fitnah tanpa bukti. Malah kalau direnung dalam-dalam, terpancar diwajahnya perasaan taajub kepada dirinya yang melampau. Beliaulah orang yang paling hebat dan paling berkuasa. Orang lain semuanya salah. Bukankah itu sifat terkeji iaitu taajub, riak dan sombong?

4. Sama ada Anwar nak bersumpah atau tidak itu adalah urusan beliau. Orang lain tidak boleh memaksa. Tetapi Anwar juga tidak boleh memaksa orang lain bersetuju seratus peratus dengan apa yang diucapkannya.

5. Sebagaimana orang lain tidak perlu pertikai hak asasinya, Anwar juga tidak perlu menceroboh hak orang lain. Buangkan tabiat menggunakan nama orang lain untuk menyelamatkan diri sendiri.

6. Tidak perlu guna nama ustaz Qardawi, untuk mempertahankan diri, kerana tuan badan tidak berada di Permatang Pauh. Tidak perlu guna nama Mutfi Perlis untuk mempertahankan diri, ketika ditanya wartawan di mahkamah syariah. Anwar kata beliau telefon sendiri Mufti Perlis dan katanya Mutfi Perlis menafikan buat kenyataan ke atas dirinya, sedangkan semua orang menonton dan memahami ceramah Mufti perlis di youtube.

7. Tidak perlu guna nama ustaz Hadi untuk menyelamatkan diri ketika ditanya wartawan Malaysiakini, kenapa anda sokong Forum Memeluk Islam. Anwar kata, beliau telah berbincang dengan ustaz Hadi dan ustaz Hadi turut sokong forum itu diadakan secara tertutup. Tidak perlu babitkan nama ustaz Hadi kerana beliau tiada semasa wawancara dengan Malaysiakini itu.

8. Sepatutnya Anwar tidak perlu menggunakan nama orang lain yang tidak kena mengena semata-mata untuk menyelamatkan dirinya. Sendiri buat, sendiri tanggung!

Esok bentuk kerajaan, turun harga minyak ?



1. Kempen Anwar seperti biasa laungkan slogan 'esok bentuk kerajaan, turunkan harga mintyak!. Maksudnya 'esok kalau saya jadi PM, saya akan turunkan harga minyak!

2. Tetapi lebih Islamik, jika dikatakan, 'Insya Allah, jika saya ditakdirkan menjadi PM, saya akan berusaha sedaya upaya menurunkan harga minyak!. 'Saya sendiri tidak boleh meramalkan bilakah tarikh saya menjadi PM, kerana semua itu ketentuanNYA'. Itulah ayat yang digunakan dalam usrah ketika menubuhkan ABIM dahulu.

3. Tetapi Anwar sekarang bukan Anwar zaman ABIM dahulu. Anwar sekarang adalah 'Muslim Moderate' yang yakin segala-galanya beliau mampu buat. Boleh ramal bila bakal menjadi PM dan diletakkan tarikh spesifik, 16 Sept. Noktah!

4. Diandaikan Anwar berjaya bentuk kerajaan, dan diandaikan juga berjaya jadi PM, adakah Anwar mampu menurunkan harga minyak? Walaupun andaian ini seperti bunyi Mat Jenin, tetapi kita bayangkan mungkin 'angan-angan' Mat Jenin jadi kenyataan.

5. Pada saya, Anwar mampu melakukan dengan syarat beliau dilantik jadi PM, kerana kuasa mutlak bergantung kepada dirinya. Pada tahun 1997, beliau hanya TPM, sebab itu, beliau gagal untuk membuat keputusan agar Malaysia menerima dana Yahudi IMF untuk menyelesaikan kemelut ekonomi ketika itu.

6. Langkah pertama, Anwar sebagai PM akan meminjam daripada Bank Dunia dan IMF, kerana beliau pernah bekerja di kedua-dua institusi yang dikuasai permodalan Yahudi itu.

Lihat betapa akrabnya Tian Chua, Ketua Penerangan PKR dengan pemodal Yahudi yang dianggap penyangak matawang yang merundumkan ekonomi Malaysia 1997, George Soros. Kalau orang yang pertama kali jumpa atau tak akrab hanya mampu bersalam secara hadapan dengan antara Yahudi terkaya di dunia itu. Tetapi cara Ketua Penerangan PKR itu duduk di belakang George Soros (sambil gosok belakang Soros?) membayang hubungan mereka sudah lama bertaut. Kalau Ketua Penerangan boleh seakrab ini, bagaimana pula hubungan Soros dengan Ketua Umum (de facto) PKR, tentu lebih rapat lagi. Lagipun, Anwar terlibat dengan satu NGO dinamakan ICG yang dibiayai sepenuhnya oleh Yahudi tersohor itu


7. Langkah kedua, Anwar akan meminjam daripada mana-mana tabung dana Yahudi di Amerika atau Open Institute, kepunyaan Yahudi penyangak matawang bernama George Soros kerana Anwar terlibat bersamanya dalam International Crisis Group (ICG). Maknanya semua pedagang Yahudi di Amerika adalah kenalan Anwar.

8. Bagaimana dengan saudagar Islam di Timur Tengah ?. Anwar pernah sebut dahulu bahawa yayasannya Foundation For The Future tiada kaitan dengan Amerika Syarikat, tetapi apabila terbongkar di website Jabatan Negara Amerika, bahawa yayasan yang dipengerusikan Anwar itu merupakan boneka Amerika, Anwar tidak dapat menyorok lalu, lalu pilih senjata terakhir iaitu letak jawatan!

9. Anwar juga pernah jaja di seluruh Malaysia, bahawa UIA adalah jasanya dan saudagar Arab mahu melabur wang kepada universiti itu. Tetapi hingga sekarang tiadapun sumbangan daripada pelabur Arab yang dimaksudkan itu hingga UIA yang asalnya berdaftar di bawah ROC terpaksa ditanggung sepenuhnya perbelanjaan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Sepatutnya UIA jadi IPTS bertaraf antarabangsa, terpaksa pula jadi UIAM, bertaraf IPTA dan antarabangsa.

10. Bermakna, satu-satu cara Anwar untuk menurunkan harga minyak dengan cara berhutang dengan IMF dan Bank Dunia.

11. Jadi, Anwar tidak kisah soal hutang piutang, kerana cita-citanya hanya untuk menjadi PM sahaja. Apa nak jadi kepada negara selepas itu bukan urusannya. Soal hutang, itu mesti ditanggung oleh setiap rakyat jelata. Itulah maksudnya KETUANAN RAKYAT!

Permatang Pauh bakal mengundi sekali lagi ?

1. Sekiranya Anwar menang di Permatang Pauh pada 26 Ogos ini, para pengundi akan menghadapi risiko berkemungkinan bakal mengundi sekali lagi.

2. Ini berdasarkan fakta, Anwar dipilih sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh tetapi dalam masa sama Anwar menghadapi pertuduhan di mahkamah.

3. Mengundi sudah selesai, tetapi kes mahkamah belum selesai. Bagaimana jika di mahkamah nanti Anwar kalah, dan beliau dijatuhkan hukuman penjara. Bermakna kerusi Permatang Pauh sekali lagi terpaksa dikosongkan!

Kes liwat Anwar 1998 : Dari kiri Anwar, Azizan Abu Bakar (bekas pemandu) dan Sukma Darmawan (adik angkat). Semuanya sekitar orang terdekat Anwar. Kini didakwa pula dengan budak pembancuh kopi Anwar.


4. Lagipun peluang untuk Anwar tewas di mahkamah lebih cerah. Ini diakui sendiri oleh para peguambelanya. Sesuatu kes pertuduhan yang sama akan terlebih dahulu dirujuk kepada kes yang sama.

5. Kes lama, Anwar tewas. Anwar dibebaskan pada 2004 pun hanya selepas dua kali proses rayuan. Maknanya Anwar telah didapati bersalah dan terpaksa merayu!

6. Sekiranya berdasarkan senerio ini, peluang untuk para pengundi mengundi sekali lagi amat cerah jika ditakdirkan Anwar menang pada 26 Ogos ini. Bermakna dalam setahun, Permatang Pauh terpaksa mengundi tiga kali ?

7. Akhir kata kepada semua pengundi Permatang Pauh. Selamat mengundi, buatlah keputusan secara bijaksana.


AIDC
25 Ogos 2008

Baca artikel berkaitan :

1. Misteri hubungan Anwar & Saiful ?

2. Anwar tumbang kerana seorang lelaki ?

3. Kes Liwat : Perlukan Anwar minta sokongan badan antarabangsa ?

4. Anwar : Kenapa 'berlindung' di kedutaan asing ?

5. Anwar : Antara Pertuduhan Mahkamah dan Permatang Pauh

13 ulasan:

watermelon berkata...

salam sejahtera,

Saya amat bersetuju dengan saudara AIDC mengenai isu sumpah yang dirungkaikan dalam article ini. Isu sumpah ini hanya dibesar-besarkan oleh Anwar sendiri seolah-olah hidup beliau telah dihantui oleh sumpah laknat Saiful. Sebab itulah beliau sanggup habiskan masa dengan adegan murahan iaitu membawa imam Ramlang Porigi yang kononnya dipaksa untuk menjadi saksi sumpah, namun sebenarnya diarahkan, bukan dipaksa oleh pihak atasan.

Dari segi logik, apabila bekerja di sesebuat syarikat atau institusi atau dimana-mana sahaja, saban hari staff akan menerima arahan dari pihak majikan untuk melaksanakan tugas-tuas tertentu. Sebagai contoh, jika majikan mempunyai tetamu pada hari tersebut, beliau akan berkata kepada budak pembancuh kopi, hari ini kita punya tetamu dari ....., sila siapkan minum pagi dan sarapan ringan untuk mereka...

Nah, ini adalah satu arahan. Jadi adakah wajar jika diarahkan untuk membuat sesuatu yg memang dalam bidang tugas dikatakan sebagai dipaksa?

Saudara Anwar jangan suka nak memutarbelit maksud perkataan. Anda memang hebat dalam bidang itu, namun, tidak bermakna anda berjaya mengalih perhatian orang lain dari isu-isu sensasi yang telah anda lakukan terhadap orang2 Melayu dan Islam di Malaysia.

Benar tetap benar, salah tetap salah, lawan tetap lawan!!!! Allahuakbar !!!!

wokyoh berkata...

Sala AIDC...
Bila anwar kalah esok...penyebab utama dia kalah...dia akan tuding jari dia kat AIDC...he he he.....

syabas!!!...pukulan anda mantap...
tu belum pukulan maut 5 pita video nalla lagi tu.....

kesian Nuar...saya rasa dia ada masalah kejiwaan sikit...kalau dia tak ada hallucination pun saya rasa dia ada delusion iaitu satu kepercayaan yang benar-benar bahawa dia yang terbaik dan akan jadi PM nanti...lebih parah lagi...paranoid delusion... sebagaimana yang diketahui dalam kita perubatan samada mengikut klasifikasi ICD10 atau DSM IV...delusion dan hallucination adalah 2 kriteria psikosis... mungkin juga Nuar mengidap neurosis....iaitu satu penyakit kejiwaan yang tidak serius dan masih boleh dikawal....orang neurosis biasanya ada ciri-ciri mania minor seperti ego,takjub diri sendiri dan mempunyai self defend mechanism yang tinggi... biasanya orang macam ini akan menggunakan ciri-ciri self defend mechanism seperti"denial atau menafikan" atau "introjection atau mengalihkan tuduhan atau fokus" dengan kata-kata yang berbelit-belit....itu pendapat saya saja... mungkin AIDC boleh meminta pakar psikiatri atau pakar dalam bidang neurobodylanguage-NBL untuk menterjemah setiap kata-kata dan gerak badan si nuar ni....

semoga dia kalah esok....amin...

Tanpa Nama berkata...

Haiyaa... itu Anwar manyak boloh lor. Tapi kalau olang percaya sama Anwar.. lagi 1000x boloh lor.

Apa pasal wa kata olang percaya sama cakap Anwar lagi boloh.. lu mau tau ka?

Itu kalau betul itu Ramlang Porigi kena paksa sekali pun (tapi wa talak percaya kena paksa), apa pasal itu Anwar talak boleh bikin sumpah sama itu macam Saiful???

Apa itu Ramlang Porigi talak mau kasi itu Anwar bikin sumpah kaa???

Boloh punya olang!!! Tuhan Allah sulah kasi tunjuk sapa betul sapa salah... tapi masih manyak taksub sama itu kaki liwat main bontot lor.

Itu bapak liwat kata kalau saiful bikin sumpah 50x sekali pun dia talak akan bikin sumpah serupa.. itu apa maksud? Itu maksud dia tahu dia manyak salah... Itu dia kata ulama luar negara tulis surat panjang2 talak kasi itu Anwar bikin sumpah sebab talak kasi permainkan agama apa pasal??? Sebab itu ulama luar negara sulah tahu itu bapak liwat Anwar memang sulah kasi cucuk itu dia punya lancau itu lalam bontot saiful lor. Itu sumpah bapak liwat sumpah palsu... akan kasi main sama agama. Itu pasal ulama luar negara pun talak kasi Anwar bikin sumpah.
Haiyaaa.. manyak betul laa itu ulama luar kasi cakap.

Kepoh berkata...

Buat sekelian kalinya kepoh berbangga dgn AIDC. Walaupun pujian ini akan buat lubang hidung AIDC kembang sekembang-kembangnya, tapi AIDC memang berhak menerima pujian.

Fakta-fakta dan hujjah yang dikemukakan semuanya logik dan konstruktif. Memang sudah terang dan nyata Anwar sentiasa mencari jalan untuk melepaskan diri dan mengalih pandangan masyarakat terhadap beliau. Bak kata pepatah... if you cant make them understand, make them confuse ...

Kepoh pun dulu ada hati nak menyokong Nuar, tapi saban hari, ada saja perkara-perkara yang membuat kepoh tawar hati. Terima kasih juga kepada boss Kepoh, yang agak glemer di blog ini, yang telah mengexposekan Kepoh pada blog ini.

Tengok la pada Poster Kalau hari ini kami menang, besok juga saya umumkan harga minyak turun... Siapa dia selaku penasihat parti yang mewakili hanya satu parti boleh buat keputusan bagi semua. Siapa dia yang boleh tentukan bahawa dia boleh melakukan segala-galanya seperti yang dia mahu. Dan siapa dia yang yakin bahawa ketetapan nasib rakyat Malaysia adalah ditangannya sendiri.

Betul kata wokyoh, Anwar telah diserang pelbagai sakit mental dan penyakit itu menular kepada pengikut2nya. Yang terbaik ialah, kita ISA kan saja mereka ini.

abe MIE 'TERJAH' berkata...

http://pkrpasdap.blogspot.com

sekurang-kurang kita tahu ang anwar nie adalah kaki pembelit sama juga dengan BALA.

DAn patutlah HINDRAF sokong sangat si Anwar sebab kelahirannya sama dari kalangan mereka.

Tanpa Nama berkata...

Lu olang semua ingat itu bila Anwar sulah kena penjara dan keluar penjara akan jadi baik kaa?

Talak boleh jadi baik maa... Apa pasal talak boleh jadi baik? Sebab itu Allah sulah kasi tahu itu kalau sesorg sulah umor 40 tahun, talak mahu ubah perangai buruk, Allah akan cop kasi hitam hati dia. Itu pasal walau Anwar sulah umur 60 tahun masih bikin itu liwat punya hal. Lu olang boleh kasi tengok nanti lor.. kalau itu Anwar umor sulah 80 tahun itu macam mahathir nanti masih mau cucuk lancau itu lalam lubang bontot jantan lor.

Unknown berkata...

Salam, watermelon, wokyoh, ah chai kepoh dan abang mie.

Terima kasih sudi beri komen. Amat menarik komen2 anda kerana lebih buka dimensi topik.

Saya dapat rasa yang membaca dan buat komen artikel ini merupakan orang bijak pandai yang mampu berfikir di luar kotak.

Wok Yoh cadangkan saya turut bertanya lanjut kepada orang yang bijak tafsir bahasa badan. Bagus satu dimensi baru yang saya tak pernah terfikir sebelum ini. Maknanya semua ilmu dalam dunia ini penting dan saling berkitan

Tambahan pula wok yoh menggunakan term-term istilah perubatan yang saya dapat agak, dia lebih mengetahui bab itu.

Kepoh pula ulas lanjut tentang slogan poster Anwar, hari ni perintah, esok harga minyak turun. Betul saya setuju pendapat kepoh, Anwar tak boleh bangga seolah2 dia maha bijak dan maha tau dlm semua perkara.

Ulas kepoh lagi, semua manusia mempunyai kekuatan dan kelemahan dan tak mungkin hanya satu manusia boleh maha hebat serta mampu selesaikan semua perkara.

Kita bukan Tuhan, atau bukan wakil Tuhan, bukan Rasul, bukan nabi atau bukan manusia paling terhebat di dunia.

Kita juga bukan superman atau spiderman atau apa2 watak superhuman yang cuba diherokan ke alam fantasi kanak2.

Maknanya kita, sebagai manusia, kita mesti mempunyai kelemahan sendiri.

Ah Chai pula ulas, selagi Anwar tidak bersumpah, selagi itu titik kelabu akan terus bermain dalam minda orang Melayu yang percaya kepada asas agama berpaksi Al Quran dan Sunnah.

Kalau dulu majoriti orang Melayu menolak dakwaan liwat ke atas Anwar, tetapi apabila Saiful ambil langkah paling akhir dengan bersumpah, minda orang tak percaya mula bertukar kepada ragu-ragu. Itulah maksud 'minda kelabu'

Dalam bahasa politik, semakin ramai pengundi melayu berminda kelabu, semakin hilang populariti Anwar.

Kerna sebelum ini Anwar hanya mempertaruhkan dua senjata utamanya iaitu kehebatan berpidato dan janji manis utk semua pihak.

Tetapi dalam budaya Melayu, satu lagi perkara yang dianggap penting iaitu akhlak si pemidato itu.

Jika disuruh beri pilih salah satu. Pilih hebat pidato atau akhlak. Itu pilihan sukar.

Sifat Melayu memang mahu pilih semua, pidato dan akhlak, walaupun sepatutnya Melayu pilih aspek yang lebih penting iaitu kebolehan bekerja dan track record.

Mengulas mengenai soal minda kelabu itu, sebenarnya bukan hanya pengundi Permatang Pauh sahaja, tetapi, minda itu sudah merebak kepada hampir seluruh pengundi Melayu di luar Pulau Pinang.

Itu paras bahaya buat Anwar, jika beliau gagal cari penawarnya.

Persoalannya apa penawar tuduhan liwat?

Deklarasi AIDC

Saya ingin buat penafian bahawa tulisan-tulisan saya sebelum ini bertujuan untuk mempengaruhi undi di Permatang Pauh.

Saya tidak pernah berniat begitu dan bagi saya Anwar menang atau kalah, tidak ada kaitan dengan blog ini.

Sama ada Anwar menang atau kalah, itu bukan matlamat saya buka blog cikai ini.

Kalau, Anwar menang di Permatang Pauh, saya akan terus menulis di blog ini. Kalau kalah pun perjuangan sama akan diteruskan.

Kalau Anwar jadi PM pun, saya akan terus menulis sebagai hak asasi saya sebagai salah seorang warganegara Malaysia.

Kalau Anwar didapati bersalah dan dipenjarakan semula kes liwat, saya akan mempertimbangkan semula untuk terus menulis atau tidak. Bergantung kepada keadaan semasa ketika itu.

Saya masih berpegang teguh kepada adat Melayu lama, Sang Rajuna Tapa dalam Sejarah Melayu.

Kata Sang Rajuna Tapa, kalau anak gadis saya bersalah, maka hukumlah dia, sulalah dia, tetapi jangan diaibkan dia melampau-lampau. Hukum, bunuh, sula. Stop. Tutup kedai.

Tetapi Sejarah Melayu, cerita lanjut Sang Rajuna Tapa, bahawa anak gadisnya telah disula dan diaibkan melampau dengan ditayang di tengah pasar.

Kesudahan cerita, Temasik kalah kepada Majapahit kerana Sang Rajuna Tapa menjadi salah seorang pembelotnya.

Begitulah ajaran adat Melayu lama.

Jadi blog ini boleh dibuka dan ditutup bila2 masa, bergantung kepada keadaan. Lagipun blog cikai seperti ini tidak memerlukan sebarang kos, kecuali masa dan pengorbanan yang lebih.

Amin.

AIDC
25 Ogos 08

Unknown berkata...

aidc

jangan lupa menbgucapkan jutaan terimakasih kepada kesemua 'suckers' aidc. tanpa mereka sapalah aidc utk memecahkan ruyung si 'nuar jubo'

ini ada 1 minah ni, dia belagak pandai nnora75eform.blogspot ni memandai nak reformasi. tapi bila saya tanya reformasi apa? dia x nak jawap sebab otak dia dah beku dok bodek PR.

jijah dan anak2. sabo jelah yek...
mereka pun dah kaya raya...tapi penyokong PR buat macam x nampak pulak nuar jubo n family semuanya CORRUPT!!!

Unknown berkata...

aidc

jangan lupa menbgucapkan jutaan terimakasih kepada kesemua 'suckers' aidc. tanpa mereka sapalah aidc utk memecahkan ruyung si 'nuar jubo'

ini ada 1 minah ni, dia belagak pandai nnora75eform.blogspot ni memandai nak reformasi. tapi bila saya tanya reformasi apa? dia x nak jawap sebab otak dia dah beku dok bodek PR.

jijah dan anak2. sabo jelah yek...
mereka pun dah kaya raya...tapi penyokong PR buat macam x nampak pulak nuar jubo n family semuanya CORRUPT!!!

kakokwokyoh berkata...

Orang GK (gila kuasa) memang lazimnya macam DSAI ni. Sejarah dunia dah buktikan pun dari dolu-dolu lagi. Sesapa yang sekaum dengan DSAI, yang tak belajar tinggi-tinggi ,tapi sokong dia ni satu hal la..tapi yang dari segi zahirnya bijak bestari geliga sejati,tau beza elok dan budi, buruk dan keji.. aduhai memang zalim la dorang ni. Zalim pada kaum sendiri,apatah lagi pada agama Islam yang suci. AIDC, pasang niat setiap kali, segala ini dilakukan kerana Allah yang Maha Mengetahui. Insya'Allah, kebenaran akan menyusul nanti.

Salam.

AIDC berkata...

Salam melayar..

Terima kasih kerana beri nasihat yang membina.

Saya kira anda merupakan salah seorang pelawat terawal di blog ini yang sentiasa tidak jemu beri koen dan dorongan. Terima kasih diucapkan

Memang betul saranan anda tanpa pelawat setia, AIDC tak akan kemana..pelawat yang menentukan baik buruk dan buat keputusan sama ada nak terus surf atau tidak blog ni..

Itu adalah hak pelawat dan saya amat menghargainya.

Ungkapan selalu kita dengar, 'pelanggan selalu benar'. Memang benar, saya setuju dengan ungkapan itu.

Memang dari awal, saya tak mahu jadikan blog ni, sebagai blog hak milik peribadi aka SDN BHD..saya mahu jadikan milik bersama..

Permersatu kita hanya SATU iaitu anti-Anwar. Jadi saya pegang falfasah tu hingga sekarang.

Walau sekecil mana sumbangan anda, itu adalah sumbangan yang pastinya dihitung olehNYA. Walau sekadar pembaca setia.

Apatah lagi sebagai penyumbang fikiran seperti yang dilakukan melayar, joyah, zek, ah chai, say man, mamat hensem, azri, nurilhami, muslimah, wokyoh, kepoh, hokage, orca, puteri, tldm, rakyat biasa, cik kiah, kiat bengot, jejakajambu, ameera, melor, abang mie, cikgu man, panglima perang cyber, faisal tehrani..juga termasuk stan, agas, mohdnajib dan lain2..

Mungkin ada nick name lain yang saya terlupa nak catat.

Kepada semua sama ada pro atau anti, saya mewakili blog AIDC ucapkan ribuan terima kasih..tanpa anda semua..apalah sangat blog ni..

Walau sekecil manapun sumbangan anda, saya ucapkan rivuan terima kasih, apatah lagi Allah buka pintu hati utk terus melawat blog ni tanpa jemu2..

Nick2 yang saya senaraikan di atas, majoritinya saya tak kenal rupa dan nama sebenar. Saya hanya kenal mereka di blog ni..

Alhamdulillah, sejak blog ni ditubuhkan pada Mei lalu, semakin ramai pengunjung..dulu tiada rangkaian..sekarang sudah ada rangkaian AIDCclub..Ketua AIDCclub adalah Joyah dan Zek yang juga saya tak kenal rupa parasnya..

Insya Allah selepas raya ini, kita akan ada perjumpaan AIDCclub di KL untuk bibcangkan hala tuju kita seterusnya..

Kepada sesiapa nak join AIDCclub harap dapat email atau YM dengan salah seorang ketua club sama ada Joyah atau Zek..

Kepada semua diucapkan ribuan terima kasih, hanya Allah mampu balas jasa kalian..

Amin

AIDC
25 Ogos..5.37 ptg

NORA berkata...

Assalamualaikum wrt. wbt..

Agak terharu mendengar komen AIDC yang sememangnya low profile dari segi identiti, tapi unique dan hebat dari segi creativity dan mentality.

Saya pasti ramai rakyat Malaysia benar2 menghargai kewujudan AIDC dan kami tidak pernah menganggap blog ini sebagai blog yang cikai kerana apa yang ada dalam blog ini adalah hasil-hasil pemikiran yang tidak ternilai terutama dari AIDC sendiri. Dan kami yakin, apa yang ada disini, tiada di blog2 yang lain, walau mungkin blog2 tersebut mendapat sambutan yang lebih.

Kami ini hanyalah sebagai penyeri dan pelawat setia blog yang tidak taksub atau terikat pemikiran pada mana2 pihak. Dan tidak saya nafikan bahawa pengunjung2 blog serta yang memberi komen memang dari kalangan yang bijak pandai kerana komen2 yang diberi adalah hasil pemikiran yng teliti, bukan hanya komen ringan untuk mengampu dan memuja sesiapa.

walaupun pelawat dan pemberi komen dalam blog ini tidak seramai blog anwar dan che det, tetapi dari segi kualiti, memang patut dipuji. mereka semua berfikir teliti sebelum melontarkan idea2 bernas yang boleh dikongsi bersama.

Hasil penulisan dan video AIDC bukanlah hiburan ringan untuk menceriakan suasana, tetapi untuk kita semua berfikir dan berfikir. Nak komen pun kena fikir panjang dan kena faham dulu apa yang ditulis atau yang cuba ditunjukkan oleh AIDC. Justeru itu, Blog kita bukanlah blog yang cikai, malah dipandang tinggi kerana cara kita yang tidak menyerang peribadi serta mengampu sesiapa.

Jadi saya tidak hairan sekiranya ada yang berubah pendirian setelah membaca artikel2 dan menonton video2 yang terdapat dalam blog ini. Tiada paksaan dalam ayat2 yang diatur, namun cukup halus untuk kita tangkap maksud yang sebenar. Cukup halus untuk kita menilai samada benar atau tidak pendirian kita selama ini.

Kami semua berharap agar AIDC teruskan perjuangan dan perjuangkan kebenaran. Biarlah jumlah kita sedikit, tetapi punya kekuatan, kebijaksanaan, kesetiaan dan kepercayaan yang teguh terhadap apa yang kita lakukan. InsyaAllah, tidak mustahil, suatu hari nanti kita akan menjadi lebih kuat dari hari ini.

Segala yang baik dan indah itu dari Allah, dan segala yang buruk itu adalah dari kelemahan saya sendiri..

wassalam

wokyoh berkata...

Terima kasih kembali buat AIDC dan teman-teman....
kenapa ada deklarasi AIDC tu....macam nak stop blog ni dalam masa yang terdekat je.....jangan stop...teruskan....bagi saya penulis blog ini mempunyai daya pemikiran yang tinggi...mungkin mereka yang terlibat dalam blog ni lebih gempak dari IKD(institut kajian dasar)yang anwar tubuhkan tu...maklumat-maklumat yang anda sertakan disini adalah cara kerja orang yang dah biasa dengan kerja kerja penyelidikan khusus atau tesis phd je...blog ni juga tak mampu di kendalikan oleh seorang..kamu berkerja dengan team...dari cara penulisan artikel anda...ada sekurang-kurangnya dua orang penulis yang kalau dibaca betul-betul anda berdua ada stail penulisan yang tersendiri....
oh ya...saya juga ada promote blog anda(AIDC) dalam chedet.com..saya adalah seorang pengomen tetap setiap artikel chedet...nak tengok komen saya sila ke chedet.com

apapun...selamat berjuang...
mengapa harus menyerah pada jiwa yang tak mudah kalah???....