Jangan terkejut wahai seluruh pengundi Permatang Pauh dan juga penyokong Parti Keadilan Rakyat. Malam ini (tempat terpaksa dirahsiakan) dua orang Ahli Parlimen PKR akan membuat pengumuman keluar dari parti. Identiti mereka masih dirahsiakan untuk keselamatan tetapi seorang daripadanya adalah ‘jiran’ terdekat Permatang Pauh. Manakala seorang lagi juga ‘orang sini’.Tok Ayah difahamkan tindakan mereka ini setelah begitu kecewa dengan tindak-tanduk Penasihat PKR yang juga calon Parlimen Permatang Pauh Dato Seri Anwar Ibrahim. Mereka bertindak keluar awal kerana yakin dan percaya bahawa jika Anwar dibenarkan menang di Permatang Pauh, PKR akan menjadi ‘milik orang’ dan bukan lagi kepunyaan Melayu.
Kejutan ini masih dianggap kecil dalam siri kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh yang tinggal lebih kurang dua hari sahaja lagi. Sebenarnya ada satu kejutan paling besar bakal berlaku selewatnya sebelum tengah malam esok iaitu sebelum tamat tempoh berkempen.
Kita tunggu dan kita lihat..
*********
Kalau siapa nak tahu apa kejutan yang diawalkan tu, tunggu sekejap aje lagi. Sekitar jam 5.00 petang waktu Permatang Pauh Saudara Khairi Jamaluddin bersama Saudara Ezam Md Nor akan mengadakan sidang akhbar bagi mengumumkan satu kejutan paling besar akan berlaku.
Kejutan ini Tok Ayah pasti adalah ‘kegemparan’ paling besar dan memberi tekanan terakhir kepada Dato Seri Anwar Ibrahim. Kita tunggu dan Tok Ayah janji selepas tu berita tergempar itu akan menghiasi laman ini. Jumpa lagi…
********
Jangan terkejut tetapi ianya telah berlaku di Permatang Pauh. PKR menghadapi tekanan besar dalam hari-hari terakhir seorang insan yang bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Dari sumber yang sahih Tok Ayah ingin menjelaskan bahawa semalam bertempat di Cinta Sayang Golf & Country Club Saudara Ezam Md Nor telah menjadi saksi seramai 288 orang pemimpin penting Parti Keadilan Rakyat bertindak keluar parti.
Dari sumber yang Tok Ayah ada pemimpin PKR itu terdiri dari seorang Ketua Pemuda Negeri, lima Ketua Bahagian dan ramai dari kalangan pemimpin peringkat bahagian. Senarai penuh nama dan jawatan mereka dalam PKR, Tok Ayah akan update kemudian.
Tindakan mereka dikatakan berpunca dari masalah dalaman PKR serta berlaku ‘bibit-bibit’ perebutan kuasa antara ‘bangsa’ dalam PKR. Bab yang ini akan Tok Ayah tulis kemudian setelah petang ini Tok Ayah berkesempatan bertemu dengan salah seorang orang kanan PKR tersebut.
Mulai malam ini rombongan 288 orang tersebut akan berkampong di Permatang Pauh bagi menjelaskan kepada rakyat ‘bukan mereka tidak sayangkan Anwar tetapi mereka lebih sayangkan bangsa dan negara ini’.
Kita jumpa malam ini dan jangan lupa tunggu kejutan kedua dari Tok Ayah selewatnya petang atau malam ini.
baca artikel asal di permatangpauh.com.my
6 ulasan:
salam AIDC..
nampaknya perjuangan kita dan rakan-rakan semakin membuahkan hasil....semoga Allah membantu kita dan memberi keredhaan atas usaha kita selama ini.....
sinar cahaya kebenaran sedang menyuluh hati-hati setiap warga permatang pauh dan semoga hati-hati mereka yang membaca surah al fatihah dengan khusyuk...iaitu pada ayat...ihdinassiroo tholmustaqimmm...akan dimakbulkan Allah....
itulah janji Allah...yang haq akan mengalahkan yang bathil....
sebijak-bijak mereka membuat tipudaya...bijak lagi Allah yang maha Bijaksana....
Ya Allah..kiranya betul apa yang kami semua percaya anwar adalah musuh agamamu dan musuh kami juga...kau musnahkanlah dia...hancurkanlah rancangan jahat mereka...selamatkanlah agama kami...berkatilah hidup kami...
Ya Allah...wahazamal ahzabb...ihzimhum..ihzimhum...
ihzimhum...wansurnaalaihim....amin...
aidc
harapan saya ialah supaya kerajaan Perak PR mat kacang pula akan tumbang!!! selepas PRK Permatang Pauh ini.
diikuti pula tumbangnya kerajaan Selangor PR flinstone
mustahil? oh tidak...
kerana tumbangnya si nuar jubo, tumbanglah PR.
aidc
harap-harap benda ni menjadi kenyataan..... sebab dah ramai orang kena kelentong dgn si Anwar tu......
Kalo betol terjadi....mintak2 lebih ramai lagi Ahli2 Parlimen atau Dewan Undangan Negeri keluar dari Parti Keadilan terutama mereka yang berbangsa Melayu dan Islam......
Ouk
dah comfirm YB Zul KULIM dah keluar PKR.. aku dok tunggu sorang lagi jer ni mlm ni depa nak umum...
aku rasa ramai lagi YB PKR Melayu akan keluar parti lepas ni.. kita tunggu dan lihat..
Tak ada PKR yang nak keluar PKR, Ini semua Ezam punya angkara.
Hidup Anwar hidup Malaysia.
wuah wuah wuah wuah, terkejutnya aku, terkezutnya aku.
Sampai ke pagi aku tunggu takde sapa2 pun yang kuar parti. korang ni penipu aar, blah la.
Pisau,
sesedap rasa je ko tulis YB Kulim confirm kuar parti. bodo betul ko nih.
Catat Ulasan