MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

19 Ogo 2008

Mufti Perlis: Lafaz sumpah Saiful sah, cara pegang Al Quran salah



Mufti Perlis: Lafaz sumpah Saiful sah, cara pegang Al Quran salah


PERLIS: Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengakui cara melakukan sumpah laknat sambil memegang Al Quran sebagaimana yang dilakukan oleh bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim Jumaat lalu merupakan kepercayaan yang salah dan tidak perlu dilakukan.

Bagaimanapun menurutnya, lafaz sumpah Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, (gambar) bahawa beliau diliwat oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sah mengikut lunas Islam kerana beliau mengucapkan lafaz Wallahi, Wabillahi dan Watallahi.

"Lafaz sumpah itu betul mengikut ajaran Islam tetapi tindakan memegang Al Quran dan berada dalam masjid tidak perlu dilakukan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beberapa pihak termasuk Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju dengan cara bersumpah itu sambil memegang Al Quran sebagai meniru amalan penganut Kristian yang bersumpah sambil meletakkan tangan atas Bible.

Pada Jumaat lalu Mohd Saiful Bukhari melafazkan sumpah itu di Masjid Wilayah Persekutuan yang disaksikan juga bapanya, Azlan Mohd Lazim, yang mendapat liputan meluas media massa.

Katanya, sumpah yang dilakukan itu juga bukan bagi menentukan pihak mana yang betul atau salah tetapi ia sekadar untuk mengelak daripada prasangka atau tuduh menuduh antara kedua-dua pihak.

Ditanya sama ada Mohd Saiful Bukhari perlu mengulangi sumpahnya ekoran ada pihak yang mempertikaikannya, Mufti berusia 36 tahun itu berkata, perkara tersebut tidak perlu dilakukan.

Semalam, Azlan mempertahankan kaedah sumpah yang dilakukan anaknya itu adalah betul setelah mendapat nasihat ulama dan tiada sebab untuk anaknya mengulanginya.

Mengenai sama ada proses mubahalah yang dicetuskan olehnya suatu ketika dahulu itu telah sempurna, Mohd Asri berkata, ia belum sempurna selagi Anwar yang juga calon PKR bagi pilihan raya kecil parlimen Permatang Pauh belum melakukan perkara yang sama.

Sementara itu, Mufti Perlis dalam blognya "drmaza.com"mengingatkan para calon dan mereka yang terbabit dalam kempen pilihan raya kecil itu supaya berpegang kepada prinsip Islam semasa berkempen.

Beliau yang merupakan salah seorang pengundi kawasan parlimen itu berharap kempen yang dilakukan itu hendaklah bebas daripada rasuah undi, cacimaki, tuduh menuduh tanpa buka, pengunaan bahasa atau isyarat yang kasar dan kesat dan membuka aib tanpa keperluan syarak.

Katanya, masyarakat perlu dididik dalam iklim politik yang harmoni dan penuh kesantunan.

Sebelum ini, Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin melahirkan rasa terkejut dengan keberanian Mohd Saiful Bukhari Azlan bermubahalah. Namun begitu, beliau menyifatkan sumpah yang dibuat oleh Saiful itu sebagai risiko yang teramat besar.

"Sekiranya dia benar, dia akan selamat tetapi jika dia berbohong lambat laun, kelaknatan Allah akan turun kepadanya dalam berbagai perkara yang tidak tergambar oleh dirinya sendiri.

"Keberanian Saiful melafazkan lafaz yang seperti itu menunjukkan samada dia meyakini apa yang dia dakwa ataupun dia tidak faham akan kesan terhadap lafaz berkenaan pada masa hadapan," tegas Dr Asri.

Menurut tokoh agama yang lantang bersuara ini, tindakan Saiful itu juga boleh menimbulkan kesangsian dan keraguan terhadap pihak yang dicabar kerana bukan mudah seseorang untuk melafazkan apa yang dilafazkan oleh Saiful.

"Bukan mudah seseorang melafazkan sumpah mubahalah itu melainkan dia dalam keadaan tidak siuman ataupun dia sedar apa yang diyakini itu benar," katanya lagi.

Tambahnya, "Oleh kerana akan timbul kesangsian pihak yang di cabar dan untuk menghilangkan keraguan masyarakat maka pihak yang didakwa iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim hendaklah melafazkan sumpah bermubahalah dengan bentuk yang sama. Maka jadilah mubahalah yang mana kita akan lihat hukuman Tuhan nanti."

Ketika ditanya bagaimanakah pendirian beliau kini setelah Saiful bermubahalah, Dr Asri berkata, "Adapun saya tidak pernah menyatakan secara putus siapa yang benar, siapa yang salah."

baca artikel asal di mstar.online






5 ulasan:

Unknown berkata...

Aku berasa sungguh hairan dengan pandangan sesetengah ulama di Malaysia. Ulama kata saiful bersumpah pegang quran tidak boleh diterima sebab nabi tak pernah melaksanakan kaedah seperti itu.

Persoalan.

Masa nabi masih hidup, al quran sudah dibukukan ke belum? Rasanya Al Quran pun belum habis diturunkan. Quran hanya dibukukan pada zaman sahabat baginda. Jadi tidak hairan pada zaman nabi, sumpah yang dilakukan tidak memegang Quran.

Ulama PAS mengatakan bahawa sumpah memegang quran adalah mengikut cara orang Kristian.

Persoalan.

Orang Kristian membaca doa dan menyebut "amin". Kenapa orang Islam mesti ikut cara Kristian dengan menyebut "amin"? Apa??.. sebab nabi lakukan demikian?

Baiklah.. kenapa pada zaman nabi, tidak pernah ada perayaan maulidur rasul (iaitu Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W), tetapi sekarang ini kita sambut perayaan maulidur rasul? Bukankah perayaan maulidur rasul itu menyerupai perayaan Christmas iaitu perayaan orang-orang Kristian sempena mengingati kelahiran Nabi Isa? Maulidur rasul jelas menyerupai perayaan orang Kristian, kenapa ia diamalkan oleh orang Islam sedangkan nabi tak pernah buat? Ingat!!! Di indonesia, taktik pihak gereja ingin menarik orang Islam memasuki agama Kristian adalah dengan kaedah menukarkan nama "Christmas" dengan nama "Maulid Nabi Isa". Boleh rujuk video yang berkaitan di youtube tetang pendedahan bekas paderi kristian yang telah memeluk Islam.

Pada pandangan saya Quran adalah kitab suci yang tidak pernah tercalar dari dulu hingga ke hari kiamat. Ia adalah kalam Allah. Mengapa apabila Saiful bersumpah memegang al quran dijadikan isu? Saya tertanya-tanya bagaimana pula pandangan ulama jika saiful bersumpah di dalam masjid, berwuduk, mengadap kiblat, duduk disebelah mimbar, pada hari jumaat selepas asar, dengan MEMEGANG BOTOL ARAK?

Oleh yang demikian apa yang saya ingin nyatakan di sini, ulama tidak sepatutnya menyatakan bersumpah memegang quran itu salah. Salah atau betul biar Allah yang tentukan. Sepatutnya ulama menyatakan tindakan saiful itu kita serah pada Allah SWT.

Persoalan.

KENAPA SUMPAH YANG SAIFUL LAKUKAN YANG MENJADI PERSOALAN BESAR SEDANGKAN ANWAR IBRAHIM YANG TIDAK LANGSUNG MAHU BERSUMPAH TIDAK DIPERSOALKAN? APAKAH BENAR ULAMA2 INI BERTINDAK MENEGAKKAN KEBENARAN ATAU SENGAJA INGIN MEMBELA ANWAR?

Apa yang saya nampak Ulama2 yang memberi pandangan ini memang diakui ada diantaranya penghafal al quran dan hadis, hafal hukum hakam, hafal sejarah dan sebagainya. Tapi yang kurangnya mereka ini TIADA KEBIJAKSANAAN.

Ikhlas pandangan dari saya.

wokyoh berkata...

SALAM BUAT SEMUA

1)sekarang ini rakyat jangan dikelirukan oleh cara saiful memegang Al-quran semasa bersumpah...yang penting dia telah bersumpah dengan nama Allah dan dengan kata-kata yang jelas....yang penting disini ialah KENAPA ANWAR BEGITU PAYAH dan berdolak-dalih untuk bersumpah dengan nama tuhan...hanya 10-15 saat saja...tak sampai 1 minit pun...kenapa??? kalau tak buat...silakan bersumpah...mudah saja...anak anwar sendiri ehsan suruh bersumpah jugak kan...

2)wahai ulamak dan sohibul somahah yang cerdik pandai...alquran yang dipegang itu...hanyalah kertas dan dakwat sahaja....ia ditulis dalam bahasa arab yang diturunkan oleh malaikat jibril ...ada yang menyebut qalam jibril...tetapi qalam Allah itu itu tiada awal tiada akhir,tidak berhuruf dan tidak berbahasa dan tidak menyerupai sesuatu pun...hakikat al-quran dalam al-fatihah..hakikat al-fatihah dalam bismillah..hakikat bismillah dalam huruf ba dan hakikat huruf ba ialah titik ba itu dan hakikat titik ba itu apa wahai ulamak dan para alim yang mursyid???? kalau anda faham ini...kenapa harus dipersoalkan dan membesar-besarkan cara memegang al-quran itu...

AL-QURAN adalah mukjizat nabi,wahyu dan qalam Allah untuk dibaca,dihafal, dan dihayati isi kandungannya bukan untuk disimpan atau untuk dipamerkan atau dijadikan alat untuk bersumpah...

tahukah kamu wahai ulamak-ularmak...yahudi zionis telah sekian lama mengkaji dan mendalami isi kandungan Al-quran...demi untuk menghancurkan islam dan umatnya iaitu generasi al quran melalui tangan-tangan ulamak zionis sendiri!!!

zek berkata...

Salam

Aku setuju dgn wokyoh, kita usah keliru dgn cara saiful bersumpah, yg penting ialah dia bersumpah dengan nama Allah.

Aku kehairanan dengan masyarakat Islam masakini, kenyataan sumpah Raja Petra Kamaruddin (sekarang mungkin telah dapat titile Dr berikutan analisis hebatnya tentang laporan Pusrawi tempohari) dan juga kenyataan sumpah dari P.Balasubramniam beria-ia dipertahankan dan diperakui kebenarannya sedangkan sumpah yg dibuat oleh Saiful dengan nama ALLAH diperlekehkan dan dipertikaikan pula oleh kita yg rata2 beragama ISLAM sendiri.

Perawi berkata...

Boleh caya ke? Kalau Tun Mahathir, bolek kata begini, Najib Altantuya boleh buat lagi teruk dgn upah Saiful Sopek

http://wtv8.tv/v3/index.php?option=com_content&task=view&id=98

Perawi berkata...

teror juga ah chai ....bila nak masuk Islam