Bantuan kempen Gus Dur lebih merosakkan Anwar
1. Gus Dur atau nama sebenarnya Abdul Rahman Wahid didatangkan khas dari Indonesia untuk bantu kempen bagi pihak Anwar. Walau apa pun motif diterbangkan Gus Dus dari Indonesia ke Malaysia, dalam musim pilihanraya Permatang Pauh ini, ia tetap dilabel sebagai 'pertolongan kempen dari luar'
2. Rakyat Malaysia akan bertanya kenapa perlu diterbangkan 'ulama' luar kalau semata-mata untuk membersihkan 'isu liwat Anwar', seolah-olah memperlekehkan ulama-ulama dalam negara dalam menangani isu berkenaan.
3. Kecuali Mufti Perlis, yang bersetuju soal sah lafaz sumpah Saiful, ulama dalam negara lain lebih suka mengambil sikap berdiam diri. Tidak dipastikan apakah maksud berdiam diri ulama-ulama Malaysia itu.
4. Turut mengulas juga ustaz Haji, Ustaz Nik Aziz dan Ustaz Haron Din, tetapi mereka tidak mempertikaikan tentang keshahihan lafaz sumpah, sebaliknya pertikaikan soal aspek teknikal sahaja. Namun begitu, kenyataan mereka ditafsirkan turut ditafsirkan sebagai berpolitik kerana mereka adalah pemegang jawatan utama dalam politik PAS.
5. Bermakna kebergantungan Anwar untuk membersihkan diri daripada isu liwat semata-mata bersandar kepada 'ulama' politik luar, Gus Dur tidak mampu mengubah apa-apa tanggapan rakyat Malaysia terhadap Anwar.
6. Ada yang berpendapat, kenapa susah-susah Anwar jemput Gus Dur datang ke Malaysia, Gus Dur tak 'nampak' apa yang berlaku di Malaysia, lebih baik Anwar sendiri pilih mana-mana masjid atau mana ceramah di Permatang Pauh, lafaz "Wallahi...Wabillahi...Wata'alahi" bahawa beliau tidak pernah meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan pada tarikh yang dinyatakan dan bersedia menerima balasan Allah sekiranya beliau berdusta.
7. Sepuluh tahun lampau, ketika Anwar dituduh meliwat 1998, berapa ramai rakyat Malaysia berdoa, solat hajat dan termasuk berdoa di Kaabah agar tunjukkan kebenaran ke atas kes Anwar, hasilnya Anwar tetap tidak boleh menjadi PM, sebaliknya terpaksa merengkok enam tahun di penjara. Tun Mahathir, orang yang dituduh 'konspirator' oleh Anwar kekal sebagai PM, hingga beliau secara sukarela meletakkan jawatan.
8. Apatah lagi kalau semata-mata Anwar mengharapkan pertolongan Gus Dur itu, bekas Presiden Indonesia itupun pernah dituduh mempunyai rekod tidak bersih.
9. Bayangkan apa perasaan rakyat Indonesia, jika Pak Lah, Najib dan Tun M dijemput hadir ke negara itu untuk berkempen PEMILU mana-mana tokoh politik. Jika rakyat Indonesia tidak boleh menerima campurtangan pihak luar, begitulah juga dengan perasaan rakyat Malaysia.
10. Selain Gus Dur ditolak oleh rakyatnya sebagai Presiden Indonesia neliau juga pernah didedahkan mempunyai skandal dengan Aryanti Boru Sitepu, dalam kamar 107, Hotel Harco, Jalan Raden Salleh, Jakarta pada tahun 1996.
11. Foto Gus Dur yang memakai seluar pendek dan Aryanti duduk di atas ribanya dengan memakai pakaian yang agak seksi, telah tersebar luas ke seluruh Indonesia hingga merosakkan imejnya.
12. Itu cerita Gus Dur pada tahun 2000, bagaimana pula cerita Gus Dur pada masa ini, adakah beliau sudah diterima kembali oleh rakyat Indonesia?
13. Gus Dur masih ditolak oleh rakyat Indonesia, tetapi Anwar dan PKR menyambutnya sebagai 'Presiden' di Malaysia. Sekurang-kurang sudah hampir 3 kali Gus Dur dijemput untuk dijadikan ikon PKR, bermula dari Perhimpunan Agung PKR tahun lalu, hingga baru-baru ini, Gus Dur ditolak berkerusi roda untuk mengukuhkan imej Anwar.
14. Bahkan ketika Anwar dirawat di Munich, pada 2004, Paul Wolfowitz, seorang Yahudi neo-konservatif yang ketika itu berjawatan Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika telah mengadakan pertemuan khas antara Anwar dan Gus Dur, di negara Jerman itu.
15. Menurut John Esposito, seorang orientalis Amerika dan juga guru Anwar, telah menamakan Anwar dan Gus Dur sebagai "Islam Moderate" dalam bukunya "Makers of Contemporary Islam" pada tahun 1996. Tidak ada nama lain di ASEAN kecuali mereka berdua sahaja diiktiraf oleh Pengarah Center for Muslim and Christian Understanding, Universiti Georgetown itu.
16. Bahkan stand Gus Dur yang pro-Amerika dicurigai oleh rakyat Indonesia sendiri. Kalau di Malaysia, Anwar menggunakan think tanknya, IKD sebagai pusat perhubungan Anwar-Amerika, di Indonesia pula, Gus Dur menggunakan think-tanknya, "The Wahid Institute", untuk mencapai objektif yang sama.
17. Kalau begini senerionya, patutpun Gus Dur sanggup datang ke Malaysia untuk membersihkan imej Anwar, kerana kedua-duanya berketuakan, seorang Yahudi yang memegang konsep 'regime Change' iaitu Paul Wolfowitz.
18. Kalau Al Gore, hanya berani datang ke Singapura untuk menemui Anwar, Paul Wolfowitz pula mengambil langkah yang lebih bijak iaitu sebagai pemerhati dari tingkap think tank Zionis di Amerika iaitu The American Enterprise Institute (AEI).
catatan ringkas
AIDC
19 Ogos 2008
6 ulasan:
gus dur adalah satu-satunya pemimpin indonesia yang mengiktiraf Jamaah Ahmadiyah Indonesia (JAI),petubuhan yang diharamkan oleh kerajaan Indonesia kerana menyimpang daripada agama Islam.Pengasas pertubuhan tersebut, Hadhrat Mirza Ghulam Ahmad dilahirkan pada tahun 1889 Masehi/ 1306 Hijriah, di Qadian India. Dan beliau mendakwakan diri sebagai Imam Mahdi dan al Masih yang dijanjikan kedatangannya oleh Nabi Muhammad SAW.
Orang macam ni lah kawan baik Anwar Ibrahim yang akan turun menoling PKR berkempen..sedarlah wahai penjilat Anwar sebelum dyiar Islam di Malalaysia dipesongkan oleh BAPAK MUNAFIK ini.
Lagi sesat dari Ayah Pin, Ajaran fahaman HADHARI. Nabi palsu Pok Loh Badawi ....bapak sesat dari ajaran sesat yang ada. Nenek mu mati, belum masuk Hadhari...kesian, susah nak dapat keampunan tu.
Sebagai anak Melayu Islam, aku tak heran apabila Gus Dur melalut lagi mengatakan Anwar al Jub tidak bersalah dan sumpah si Saiful tak ikut Islam. sebabnya;
Pertama.
Gus Dur pernah menolak sumpah laknat dengan Habib Rizieq; Ketua Front Pembela Islam (FPI) Indonesia berhubung isu menentukan kebenaran aliran sesat Ahmadiyah di Indonesia. Gus Dur tetap mengatakan Ahmadiyah merupakan ajaran Islam meskipun banyak negara Islam di dunia termasuk Malaysia menfatwakan Ahmadiyah sesat dan menyesatkan. Tapi Gus Dur dengan sokongan puak-puak harbi dan liberal di Indonesia tetap menyokong Ahmadiyah dan menyatakan mubahalah adalah perbuatan yang tiada dalam syariat ALLAH dan Islam serta sumpah tersebut adalah mengarut. Gus Dur membenarkan ada nabi selepas Muhammad saw iaitu Nabi Mirza Ghulam Ahmad, berkitabkan Kitab Tazkirah dan pembawa agama Ahmadiyah. Malangnya Habib Rizieq yang dipenjarakan kerana menentang kemungkaran tersebut. Gus Dur, AS dan Ahmadiyah pula ketawa besar bila Rizieq dipenjarakan. Satu kemenangan buat pejuang hak asasi manusia harbi laknatullah.
Kedua,
Gus Dur yang buta kedua-dua belah matanya turut buta hatinya kerana banyak melukakan hati umat Islam di Indonesia. Tuduhan beliau bahawa Al Quran adalah kitab paling porno di dunia telah menimbulkan kemarahan umat Islam sehingga beliau pernah dihalau dari majlis dan dimalukan dikhalayak ramai oleh para penyokong Front Pembela Islam. Bahkan beliau pernah didoakan di sebuah gereja di Jakarta oleh sekumpulan para pendeta hebat dalam dan luar negara agar mata beliau pulih dari kebutaan namun tak juga pulih. Begitu juga beliau sering berubat di Singapura atas pembiayaan para harbi Singhporah dan Barat namun tak juga baik. Bayangkan jika matanya celik semula…
Ketiga,
Gus Dur pernah dipaksa berundur dari jawatan Presiden ke empat Indonesia pada tahun 2003 atas tuduhan rasuah, nyayuk selain dibenci umat islam kerana banyak membuat dasar pro Yahudi, pro Amerika dan pro Cina Singapura. Beliau yang mendakwa keturunan Cina telah menyebabkan Timur Leste berpisah dari Indonesia, Aceh dan Papua turut bergolak sehingga mengundang campurtangan AS dan Australia serta membiarkan Singapura bebas mengorek dan mengangkut beratus ribu tan pasir yang kaya dengan sumber bijih timah dan mineral lain di kepulauan-kepulauan Riau bagi tujuan membesarkan kawasan Jurong dan kawasan pesisir pantai selatan di Singhporah sehingga menganggu perbatasan laut Malaysia dan Indonesia sendiri.
Keempat,
Gus Dur secara jelas menjadi agen Yahudi dan Kristian apabila menjadi salah satu pendiri dan pembicara Shimon Perez Foundation yang berpusat di Washington dan Tel Aviv serta cuba menubuhkannya di Indonesia namun gagal. Hubungan baik beliau dengan Shimon Perez, Al Gore, Wolfwowitz tidak boleh dinafikan apabila beliau kerap ke Tel Aviv termasuk menghadiri ulangtahun ke 60 penubuhan Israel di Tel Aviv. Malah beliau turut menjadi pendiri The Wahid Institute yang mengembangkan budaya pluralisme dan liberalisme agama, menggalakkan homoseksual, gay, feminisme, sekular serta perkahwinan beza agama kerana mendapat sokongan dari Jaringan Islam Liberal (JIL) serta pembiayaan dari Asian Foundation dan Ford Foundation berpusat di AS untuk menghancurkan roh - roh islam generasi muda Indonesia.
Kelima,
Konflik dalaman dalam tubuh Partai Kebangkitan Rakyat (PKB) di mana beliau menduduki Ketua Dewan Syura telah menyebabkan parti itu berpecah belah. Ramai penyokong PKB telah lari ke parti-parti lain atau menubuhkan parti-parti baru. PKB sendiri mengalami kekalahan memalukan di beberapa pilihanraya wilayah seperti di Jawa Timur dan Jawa Tengah yang merupakan kubu kuat PKB selama ini. Malah anak saudaranya sendiri; Muhaimin Iskandar telah menentang Gus Dur kerana Gus Dur memecat beliau yang lantang mengkritiknya. Maka ramai orang Indonesia sendiri menyatakan alangkah bodohnya dan butanya mata hati mereka jika menyokong Gus Dur lagi yang juga kemaruk bertanding menjadi Presiden ke 7 Indonesia mengantikan Susilo. Survey terbaru Ogos 2008 menunjukkan Gus Dur tercorot jauh sebagai calon popular menjadi Presiden dalam pilihanraya 2009 kelak.
Keenam,
Paling ekstrim ada umat islam menyatakan darah Gus Dur halal dibunuh kerana tindak tanduknya yang anti Islam dan pro liberal. Gus Dur menolak undang-undang anti pornografi dan pornoaksi yang kini diperjuangkan oleh majoriti umat islam Indonesia. sebaliknya Gus Dur mengatakan gay, homoseksual dan lesbian halal dan merupakan hak asasi manusia, nauzubillah. Maka tak hairan PKB sinis digelar sebagai Partai Kiyai Buta kerana pemimpinnya buta mata dan hati. Umat Islam Indonesia memerlukan seorang pemimpin yang boleh memimpin, bukannya seorang individu yang gila kuasa dan perlu dituntun dan duduk di kerusi roda sepanjang masa termasuk perlu dibasuh berak kencingnya kerana takut jatuh ke dalam tandas!!!
Ketujuh,
Aku tak heran jika Anwar al jub boleh terima pandangan Gus Dur ni sebab aliran mereka sama. hancurnya umat Islam Indonesia adalah disebabkan oleh Gus Dur ini. maka memang patut umat islam Indonesia menolak Gus Dur yang dianggap bapa kesesatan Indonesia dan imam kentut yang tidak boleh mengimamkan solat makmum. Bahkan berdosa umat Islam Malaysia apatah lagi Indonesia mengakui bahawa Gus Dur adalah ulama. Sebaliknya beliau adalah ular dalam semak yang sentiasa berkianat dan akan mematuk atau membelit sesiapa sahaja yang leka atau masuk perangkap. Bahkan kata-kata beliau bukanlah kata-kata Nahdlatul Ulama (NU) iaitu sebuah organisasi islam terbesar di Indonesia kerana beliau sendiri ditolak oleh majoriti pendukung NU, para kiyai, habaib dan santri NU.
Jika tak percaya tanyalah kepada saudara-saudara Melayu Islam kita di Indonesia, mereka pasti berkata yang sama. jangan ditanya pada mereka yang sewel dan pro Gus Dur kerana sokongan mereka kepada Gus Dur adalah untuk merebahkan umat Islam dan Melayu di Indonesia sehingga terciptanya peperangan antara Indonesia dan Malaysia.., yang untung Singporah juga…
Berkata biar benar, bertindak biar betul
Insya Allah Melayu kan gagah di Nusantara…
aku tetap berdiri dibelakang anwar..harga minyak naik,siapa yang susah?rakyat yang macam aku yang merana..siapa lagi kalau nak bela naib orang macam kami kecuali pihak pembangkang..harapkan umno dan barisan nasional,mengarut...lagi satu,kepada megat alam gempita,siapa anda untuk menafsir orang seperti anwar dan gus dur..sudah penuhkah ilmu yang dipelajari..
helo kamarul, megat alam gempita berhak keatas pandangan nya yang kau pulak kalau masih nak berdiri di belakang Anwar itu hak kau tak ada siapa yang nak melarang. Aku pun dulu penyokong Anwar tapi sekarang dah tak lagi kerana dah tau siapa dia sebenar nya. Tolak tepi perbeza'an politik kita dan ingat akan persamaan kita yaitu kita sama2 warga Malaysia, Melayu dan Islam. InshaAllah perdamaian akan wujud.
Salam
Wawancara Gus Dur (Versi Asli)
Petikan sebagian wawancara Gus Dur di situs JIL islamlib.com berjudul Jangan Bikin Aturan Berdasarkan Islam Saja! sebagai berikut:
JIL: Bagaimana dengan barang dan tayangan erotis yang kini dianggap sudah akrab dalam masyarakat kita?
Erotisme merupakan sesuatu yang selalu mendampingi manusia, dari dulu hingga sekarang. Untuk mewaspadai dampak dari erotisme itu dibuatlah pandangan tentang moral. Dan moralitas berganti dari waktu ke waktu. Dulu pada zaman ibu saya, perempuan yang pakai rok pendek itu dianggap cabul. Perempuan mesti pakai kain sarung panjang yang menutupi hingga matakaki. Sekarang standar moralitas memang sudah berubah. Memakai rok pendek bukan cabul lagi. Oleh karena itu, kalau kita mau menerapkan suatu ukuran atau standar untuk semua, itu sudah merupakan pemaksaan. Sikap ini harus ditolak. Sebab, ukuran satu pihak bisa tidak cocok untuk pihak yang lain. Contoh lain adalah tradisi tari perut di Mesir yang tentu saja perutnya terbuka lebar dan bahkan kelihatan puser. Mungkin bagi sebagian orang, tari perut itu cabul. Tapi di Mesir, itu adalah tarian rakyat; tidak ada sangkut-pautnya dengan kecabulan.
JIL: Jadi erotisme itu tidak mesti cabul, Gus?
Iya, tidak bisa. Anda tahu, kitab Rawdlatul Mu‘aththar (The Perfumed Garden, Kebun Wewangian) itu merupakan kitab bahasa Arab yang isinya tatacara bersetubuh dengan 189 gaya, ha-ha-ha.. Kalau gitu, kitab itu cabul, dong? ha-ha-ha. Kemudian juga ada kitab Kamasutra. Masak semua kitab-kitab itu dibilang cabul? Kadang-kadang saya geli, mengapa kiai-kiai kita, kalau dengerin lagu-lagu Ummi Kultsum—penyanyi legendaris Mesir—bisa sambil teriak-teriak ‘Allah’ Allah・ Padahal isi lagunya kadang ngajak orang minum arak, ha-ha-ha.. Sangat saya sayangkan, kita mudah sekali menuding dan memberi cap sana-sini; kitab ini cabul dan tidak sesuai dengan Islam serta tidak boleh dibaca. Saya mau cerita. Dulu saya pernah ribut di Dewan Pustaka dan Bahasa di Kuala Lumpur Malaysia. Waktu itu saya diundang Prof. Husein Al-Attas untuk membicarakan tema Sastra Islam dan Pornografi. Nah, saya ributnya dengan Siddik Baba. Dia sekarang menjadi pembantu rektor di Universitas Islam Internasional Malaysia. Menurut dia, yang disebut karya sastra Islam itu harus sesuai dengan syariat dan etika Islam. Karya-karya yang menurutnya cabul bukanlah karya sastra Islam. Saya tidak setuju dengan pendapat itu. Kemudian saya mengulas novel sastrawan Mesir, Naguib Mahfouz, berjudul Zuqaq Midaq (Lorong Midaq), yang mengisahkah pola kehidupan di gang-gang sempit di Mesir. Tokoh sentralnya adalah seorang pelacur. Dan pelacur yang beragama Islam itu bisa dibaca pergulatan batinnya dari novel itu. Apakah buku itu tidak bisa disebut sebuah karya Islam hanya karena ia menceritakan kehidupan seorang pelacur? Ia jelas produk seorang sastrawan brilian yang beragama Islam. Aneh kalau novel itu tidak diakui sebagai sastra Islam.
JIL: Gus, ada yang bilang kalau kelompok-kelompok penentang RUU APP ini bukan kelompok Islam, karena katanya kelompok ini memiliki kitab suci yang porno?
Sebaliknya menurut saya. Kitab suci yang paling porno di dunia adalah Alqur’an, ha-ha-ha.. (tertawa terkekeh-kekeh).
JIL: Maksudnya?
Loh, jelas kelihatan sekali. Di Alqur’an itu ada ayat tentang menyusui anak dua tahun berturut-turut. Cari dalam Injil kalau ada ayat seperti itu. Namanya menyusui, ya mengeluarkan tetek kan?! Cabul dong ini. Banyaklah contoh lain, ha-ha-ha. (islamlib.com, Jangan Bikin Aturan Berdasarkan Islam Saja! 10/04/2006).
Pandangan saya: Begini kah org yg diusung oleh Dato seri untuk kempen politiknya?
Catat Ulasan