18-08-2008 10:51:21 AM
PERMATANG PAUH: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak mempunyai dana yang cukup bagi menaja makan dan minum para penyokongnya yang hadir pada setiap ceramahnya.
"Puluhan ribu yang datang tetapi air pun tak ada. Saya tak mampu... Saya juga tidak mempunyai saham atau tanah," kata beliau kepada kira-kira 100 orang di ceramahnya di Kampung Belah Dua di sini malam tadi.
Anwar bertanding semula dalam pilihan raya kecil untuk mengekalkan dalam tangan pembangkang.
Beliau merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh dari 1982 hingga 1999.
Pada setiap ceramahnya, petugas PKR akan melakukan pungutan wang bagi menampung keperluan berkempen pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh yang akan diadakan pada 26 Ogos ini.
Anwar yang sentiasa dilihat menaiki kereta jenis Mercedes S320 berwarna perang di setiap ceramahnya juga menafikan kenderaan itu adalah miliknya.
"Kereta saya naik itu bukan saya punya. Tapi pak (bapa) saya punya. Saya ni tiada apa-apa pun. Kalau tak percaya boleh tanya Azizah (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail- Presiden PKR)," kata beliau dipetik Bernama.
Sementara itu, dalam sesi ceramahnya di Bukit Jelutong di Permatang Pasir dekat sini, Anwar menasihati penyokongnya agar tidak bertindak di luar batasan dan sentiasa memberikan kerjasama kepada polis.
"Saya ni bukanlah antipolis. Jadi kita buatlah apa yang mereka suruh asal jangan bertentangan dengan apa yang kita mahu. Kita bukan mahu keganasan, kita mahu satu perubahan," katanya kepada kira-kira 5,000 hadirin.
Penyokongnya mula bersorak sambil melaungkan laungan "reformasi" apabila sebuah helikopter milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) berlegar di sekitar tapak ceramah.
Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan tindakan sekumpulan yang dipercayai penyokong PKR memukul dan mencederakan dua petugas media yang meliputi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh kelmarin sebagai amat memalukan.
Perdana Menteri berkata, perbuatan mereka itu adalah serius dan boleh dibawa kepada pihak berkuasa untuk dikenakan tindakan menurut undang-undang jenayah.
"Ini perbuatan yang salah. Anda cederakan seseorang, menyebabkan cedera parah, ia adalah serius dalam undang-undang jenayah dan sepatutnya orang itu diambil tindakan undang-undang," katanya di sini.
Katanya, perbuatan sedemikian juga tidak menggambarkan amalan demokrasi yang sebenar.
"Kita cakap kita nak amalkan demokrasi, kita nak kebebasan bersuara, kita mahu supaya pilihan raya itu menjadi cara untuk rakyat memilih wakil untuk ke Parlimen atau
Dewan Undangan Negeri. Maka bila jadi amalan demokratik, berkempenlah.
Beliau mengulas kejadian jurugambar Kumpulan New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) Mohd Sairen Mohd Nafis, 26, dan Halim Berbar dari HBL Press News di Perancis diserang sekumpulan lelaki dekat pusat penamaan calon di perkarangan Institut Tuanku Bainun, Mengkuang dekat sini semalam.
baca artikel asal di mystar online
7 ulasan:
Bohonglah Anwar tak ada duit???
Dari mana datangnya duit dia nak berkempen??? Baju, flyer, poster2 dan banner2 semua tu...duit dr mana?
Dulu masa jadi TPM rumah berharga RM2juta...sekarang hanya jd pemimpin PKR je blh buat rumah smpi 7 juta...mana dtgnya duit tu??
Kempen pilihanraya kecil Permatang Pauh ni pun Anwar ditaja oleh AMERIKA SYARIKAT....jadi hal ini menolak kata2 Anwar yang mengatakan dia tak cukup dana...
Org tua ni makin lama makin merepek dier cakap... Over acting...
anwar tak ada duit maksudnya dia tak ada "ringgit malaysia" ..kalau money atau dollar tu dia ada berbilion-billion dolar....itulah putar belit agen zionis ini....seorang banduan yang keluar penjara,kelulusan tak seberapa,tak ada jawatan apa-apa kat malaysia....hanya menjadi pensyarah pelawat di 3 universiti terkemuka yahudi secara kontrak,boleh membina istana berharga rm 7 juta....bapak dan bapak mertua mempunyai aset berjuta-juta...boleh menawarkan rm 3 juta seorang untuk ahli parlimen lompat parti....benda ni akan terdedah dimahkamah nanti bila saiful berbicara kerana saiful adalah salah seorang yang mengatur pertemuan anwar dengan wakil yang akan lompat parti di kondominium itu...sama sama kita saksikan lakonan anwar dimahkamah nanti...
mudahnya rakyat yang taksub dengannya tertipu sehingga kebenaran itu hilang ditutupi zulmat di qalbu mereka....
"semoga Allah bukakan hati dan balik-balikkan hati penduduk permatang pauh untuk tidak memangkah anwar pada 26,8.08 ni...amin..."
mari kita buat sembahyang hajat beramai-ramai setiap hari dari sekarang hingga hari mengundi nanti!!! Takbir!!! Allahuakbar!!!
Jangan sekali-kali percaya AI kata dia tak cukup dana. Ada tersirat di sebalek cakapannya. He is up to something no good.
INsyaAllah, saya kerap buat sembahyang hajat untok negara kita. Kalau sesiapa yang 'tak larat' bangun malam, boleh buat selepas solat Duha.
semoga hajat Anuar tercapai...banyak onak & duri
http://wtv8.tv/v3/index.php?option=com_content&task=view&id=98
Agas,
Hajat ANUwar dah lama tercapai melaui Saiful..He..he... Mmg la banyak onak dan duri dalam me;epaskan hajat bersama Saiful tuh..He..he.. Mesti Agas nak ANUwar mencapai hajat bersama Agas kan..he.he..
Catat Ulasan