MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

25 Ogo 2008

Ibrahim Ali minta Ezam dan Nallakaruppan buat laporan polis

Ibrahim Ali minta Ezam dan Nallakaruppan buat laporan polis

24-08-2008 05:06:08 PM
KOTA BAHARU: Anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali berkata dua bekas orang kanan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohamad Ezam Mohd Nor dan Datuk S. Nallakaruppan perlu membuat laporan kepada pihak berkuasa berhubung dakwaan yang dibuat mereka semasa berkempen pada pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Beliau berkata dakwaan yang dibuat oleh Mohamad Ezam dan Nallakaruppan itu adalah serius dan perlu dibuktikan melalui siasatan oleh pihak berkuasa dan diputuskan oleh mahkamah.

"Jika tidak benar Anwar perlu menyaman kedua-dua bekas orang kanannya bagi membersihkan namanya," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohamad Ezam sebelum ini mendakwa Anwar pernah memberikan projek bernilai RM15 bilion kepada 15 rakannya dengan setiap seorang menerima RM1 bilion manakala Nallakarupan mendakwa bekas timbalan perdana menteri itu telah menerima wang sebanyak RM60 juta daripada sebuah syarikat perjudian, Magnum Corporation Bhd.

Ibrahim berkata kedua-dua mereka mesti membuktikan dakwaan itu dengan membuat laporan kepada polis, Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

"Saya sangat terkejut dengan dakwaan itu dan saya minta mereka berdua buat laporan dan biar pihak berkuasa menyiasat kesahihannya," katanya.

Pilihan raya kecil kawasan Parlimen Permatang Pauh pada Selasa ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, calon Barisan Nasional (BN) Datuk Arif Shah Omar Shah dan calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) Hanafi Mamat.

baca artikel asal di mstar.online




1 ulasan:

wokyoh berkata...

cadangan yang baik dari pok hem ali kita.... sila buat laporan polis hari ini termasuk dedahkan 5 pita video nalla tu...

kalu ezam dan nalla takut ..gi buat report dengan pak hem kita, dia ore gedeber...dia menang atas tiket pas pru12..tapi dia bedal sapo saja hok nampak tak betol...itulah dia pak him kita...slang budu dia di parlimen membuatkan wokyoh ore klate teruja.....