BUKIT MERTAJAM 24 Ogos - Pengundi Permatang Pauh diyakini akan menjadikan aspek moral calon sebagai pertimbangan terakhir sebelum melangkah masuk ke pusat pengundian pilihan raya kecil kawasan itu Selasa ini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau amat percaya dengan kehendak penduduk Permatang Pauh yang hanya akan memilih calon yang bersih daripada segala-galanya terutama aspek moral.
Beliau yakin persoalan yang masih berlegar-legar dalam pemikiran pengundi saat ini adalah mengapa calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim terus berdolak-dolik enggan melafazkan sumpah tidak pernah meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.
''Anwar kata polis tidak boleh dipercayai, mahkamah tidak boleh dipercayai dan doktor tidak boleh dipercayai, tapi takkan Allah tidak boleh dipercayai.
''Biarlah dia bersihkan dengan Allah kalau nak Permatang Pauh. Bersihkan moral dan agama dulu, jangan banyak 'bersilat', berdolak-dalik... buatlah cara Islam. Inilah yang saya percaya masih berlegar-legar dalam fikiran penduduk Permatang Pauh," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap kepada penduduk Taman Semilang, Seberang Jaya di sini pagi ini.
Najib berkata, rakyat khususnya penduduk Permatang Pauh juga meragui mengapa Anwar membawa Mohd. Saiful, 23, yang dianggap hanya 'pembancuh kopi' menyertainya dalam lawatan ke luar negara.
''Kita tidak mahulah pilih orang yang 'terkenal' di Washington, Singapura, London dan Bangkok.
''Saya kata begitu sebab dia bawa saudara Saiful ke Bangkok, bila bawa Saiful, dia (Anwar) kata 'pembancuh kopi'. Apa di Bangkok tak ada pembancuh kopi ke, di Singapura tak ada pembancuh kopi ke? Lepas itu nafikan segalanya (tidak meliwat) sedangkan Mohd. Saiful berani angkat sumpah," katanya.
Timbalan Perdana Menteri percaya jika kesangsian itulah masih berlegar dalam pemikiran pengundi Permatang Pauh, maka Datuk Arif Shah Omar Shah dari BN akhirnya adalah calon yang akan dinilai untuk diberi sokongan rakyat, Selasa ini.
Pada 15 Ogos lalu, Mohd. Saiful mengotakan janjinya bersumpah mengikut syariat Islam untuk membuktikan kebenaran dakwaan dirinya diliwat oleh Anwar di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Beliau turut mencabar Anwar supaya melakukan perkara yang sama bagi menafikan kejadian liwat tersebut.
baca artikel asal di Utusan Malaysia
1 ulasan:
kalu nuar tak berani bersumpah seperti saiful...kalau dia dah terdesak sangat...nuar boleh bersumpah begini...." saya bersumpah...saya pernah minum kopi bancuhan saiful yang paling 'kaow punya'..." itulah sumpah yang paling benar....."
buat Aidc...malam esok boleh tidur lena la ye...dah banyak minggu dah tak cukup tidur.....semoga usaha anda berbaloi....
Catat Ulasan