MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

24 Ogo 2008

Anwar Ibrahim Mendapat Sokongan Gereja


Anwar Ibrahim Mendapat Sokongan Gereja

Surat (gambar) di atas dikirim kepada Anwar Ibrahim oleh Pastor Silvester Khemo Andaman, Presiden Pertubuhan Gereja Seluruh Sabah untuk menandakan sokongan tidak berbelah bahagi mereka kepada Anwar Ibrahim di Permatang Pauh. Paling menyentuh perasaan bila ditulis dinyatakan bahawa "Datuk Seri juga amat dedikasi apabila menyokong penggunaan kalimah Allah dalam semua agama di Malaysia.

Sesungguhnya Tuhan Yesus merahmati Datuk Seri dan keluarga". Bagaimana seorang bekas pemimpin ABIM dan PKPIM mendapat support dari gereja? Mungkin sokongan ini datang bila Anwar mula menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri 1 dan Timbalan Perdana Menteri 2 kepada bangsa lain.

Surat ini jelas sekali merujuk kepada kenyataan Khalid Samad (Ahli Parlimen PAS Shah Alam) Pada 27 Mac 2008, YB Khalid Samad (Ahli Parlimen PAS Shah Alam) menyatakan bahawa masyarakat Kristian tidak perlu takut dan gentar untuk menggunakan terjemahan 'Allah' untuk merujuk kepada kalimah 'God' dalam Kristian dan ajarannya. Khalid juga berpendapat bahawa perkataan 'Allah' hanyalah terjemahan kepada perkataan 'God'.


Pada 27 Disember 2007, dalam satu majlis sambutan hari Krismas di Klang, Irene Fernandez (Bekas Timbalan Ketua Wanita PKR) mempersoalkan kenapa 'Allah' tidak boleh digunakan dalam akhbar Herald Tribune edisi Bahasa Inggeris. Selepas 19 hari menang sebagai Ahli Parlimen, Khalid Samad pula seolah senada dengan Irene Fernandez. Anwar Ibrahim yang dianggap sebagai Ketua Pakatan Rakyat berada sama dalam majlis di Klang ketika Irene mempersoalkan kalimah 'Allah'. Mengapa Anwar diam dan tidak menegur ketelanjuran yang dilakukan oleh Irene dan Khalid? Di mana pula negara Islam cara PAS bila PKR sudah bersikap terbuka sebegini?

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia.

baca artikel asal di anginperubahan.blogspot.com


5 ulasan:

wokyoh berkata...

Nuar-nuar....adakah kamu bangga dengan surat dan sokongan kristian itu???

bertaubatlah Nuar...sebelum pintu tobat tertutup...

makan duit juga haram..macam mana hati tak gelap???

Kepoh berkata...

Boss saya kata wang itu tidak haram sebab di dah bekerja sungguh-sungguh untuk dapatkan wang itu.

Bos saya sekarang sakit belakang dan sakit hati. Jadi dia perlu wang untuk ubat sakit belakang dan sakit hati kerana dia punya rahsia sudah banayk bocor. Dia tidak tahu bahawa saya juga ada kasi tolong bocor dia punya rahsia. Dia bagi wang pada semua yang kuat kerja tutup dia punya bohong. Itu Azmin, satu hari, kalau dia tak jaga elok-elok, juga akan bongkar dia punya rahsia.

Kepoh berkata...

Boss saya bilang, tidak kira Cina, Kristian, mereka juga wajib diberi hak sama rata. Itulah konsep liberal dan sekular yang patut ada pada setiap pemimpin. Sebab itu boss saya dapat banyak sokongan depan belakang atas bawah. Semua kena ambil hati supaya dapat sokongan.

wokyoh berkata...

azmin juga bukan bodoh....dia juga ada banyak bukti dan mungkin pita juga....kalau tengok adik lelaki dia..... adakah azmin juga????...

apapun shamsidar tetap menyayangi azmin tetapi cinta sucinya tetap pada abang Nuar....

Tanpa Nama berkata...

salam.

saya terpanggil untuk memberi pandangan tentang penggunaan 'allah' sebagai terjemahan 'god'.

dalam linguistik sejarah, suatu kata yang masuk dalam sesuatu bahasa akan mengalami 4 kemungkinan: 1. peluasan makna, 2. penyempitan makna, 3. perubahan makna, dan 4. pengekalan makna.

mengikut kajian sejarah bahasa, kata 'allah' memang digunakan oleh mubaligh kristian untuk menterjemahkan 'god' di dunia melayu sebelah timur indonesia. mereka memanipulasi kata itu untuk menyebarkan agama kristian di kalangan masyarakat yang memang terbiasa dengan kata 'allah' sebagai tuhan, walaupun mereka tidak beragama islam.

dengan menggunakan 'allah', ada dua kemungkinan yang diharapkan: 1. penerimaan agama kristian yang dianggap memahami konteks penggunaan bahasa; dan 2. menyebabkan masyarakat yang tidak kuat pegangan agama islamnya akan menganggap kristian sebagai 'kembaran' islam. pokoknya, pasti ada kecelaruan pemahaman tentang penggunaan 'allah' tersebut.

berbalik pada konteks malaysia dan sabah. saya tidak tahu sama ada kaedah yang sama ini digunakan untuk mendapatkan kesan yang sama. tetapi pada saya, pihak gereja TIDAK BOLEH menggunakan kata 'allah' untuk tujuan yang sama pada masa ini.

sebabnya: 1. kata 'allah' sudah BERAKAR UMBI dalam masyarakat islam malaysia sebagai rujukan kepada 'Allah' (Tuhan). 2. kata 'allah' ini walaupun merupakan kata umum dalam bahasa arab, sudah BERUBAH MAKNA dan konotasinya apabila masuk ke dalam bahasa melayu sebagai "Tuhan masyarakat melayu-islam." 3. kata 'allah' TIDAK MASUK SECARA SEMULA JADI ke dalam bahasa melayu sebagai 'tuhan (umum) melalui agama kristian; dahulunya mubaligh kristian di malaysia menggunakan jesus atau isa.

pandangan saya ini berdasarkan pemahaman dan ingatan secara spontan. ada banyak hujah yang boleh menolak permintaan penggunaan 'allah' ini, andai saya punya banyak masa untuk mengkaji secara terperinci. tapi saya kira pandangan ini mencukupi, untuk ruang dan masa yang terhad sebegini.

wassalam.