MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

24 Ogo 2008

Anwar Ibrahim Akan Bersumpah ?


Anwar Ibrahim Akan Bersumpah ?

Dr Novandri Hasan Basri

Desas desus yang begitu kencang di parlimen Permatang Pauh sejak sehari ini ialah Anwar Ibrahim akan bersumpah. Sama ada benar atau tidak, hari mengundi semakin hampir iaitu pada 26hb Ogos ini. Hanya tinggal 3 hari lagi dan mengikut kajian yang dilakukan, sudah banyak undi yang beralih kepada Barisan Nasional.


Semuanya kerana karakter Anwar Ibrahim yang semakin tidak disenangi oleh rakan-rakan di parti PKR terutamanya PAS. Dan jentera pilihanraya BN terutamanya UMNO sudah mulai teratur dan bergerak lebih lancar dan terbuka.

Mesyuarat bersama Tan Sri Muhamad Taib petang tadi telah menyaksikan beberapa isu yang sangat penting diselesaikan. Dan yang penulis perhatikan ialah kali ini semua ketua cawangan di Permatang Pauh berpuas hati dan bertambah semangat untuk bekerja.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa jentera pilihanraya PKR begitu mantap dan advance. dalam masa yang sama, penulis juga dapat tahu bahawa Anwar Ibrahim akan membawa seramai 150 orang ke setiap ceramah beliau bertujuan untuk men'gah'kan jumlah orang yang hadir di setiap ceramah beliau.

Jika maklumat ini benar, Anwar Ibrahim bukanlah sehebat mana pun. Beliau berstrategikan politik 'persepsi' atau 'andaian' yang kononnya, beliau sangat kuat di Permatang Pauh. Malah tarih keramat beliau iaitu 16 September 2008, juga merupakan politik persepsi untuk mengaburi rakyat Malaysia.

Maklumat terbaru yang penulis (10.30 malam) terima ialah 60 - 40.

baca artikel asal di novandri.blogspot.com

5 ulasan:

Unknown berkata...

Najib, with full of bravery swearing (muhabalah) in front of the people in Masjid Guar Perahu. It sounds like this:

"“Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Bahawasanya saya tidak terlibat dan mengenali wanita Mongolia yang dikaitkan dengan diri saya."

http://en.wikipedia.org/wiki/Najib_Tun_Razak

Tanpa Nama berkata...

berita terbaru dari pmtg pauh, jentera PKR telah merasuah pengundi RM100 tiap seorang, dorang cakap umno lambat sgt bagi duit so kami bagi dulu tak payah tulis nama.. semua pengundi dapat..

yang menarik nya semasa saya di dalam mesyuarat jentera pilihanraya pkr di kampung dorang ni tuduh umno bagi duit pada tiap rumah rm 3 ribu .. best mcm ni.. tapi rumah aku tak dpt pun.. rumah makcik aku tak dpt pun..rumah kawan2 aku tak dpt pun.. apa punya cerita ni..kenapa bodoh sangat nak buat fitnah pun bagi la yg masuk akal skit..habis modal kot

tapi tu la fitnah dah jadi makanan pada ahli pkr..aku dah tak sanggup jadi sebahagian dari mereka..aku malu menjadi seorang pkr..rela aku undi AKIM ..

aa satu lagi.. utk org2 luar pmtg pauh.. yg meramai kan ceramah anwar bukan org tempatan pun.. org luar byk.. mmg la nampak gah.. abis sesak semua jalan.. tu la strategi kami.. tunjuk pada org pmtg pauh yg pkr dpt sokongan rakyat semua.. malu! bikin malu rakyat pmtg pauh..

hina nya kami org pmtg pauh..hindraf join.. dap join..berkempen di kampung kami..berjuang untuk apa? org melayu dah takde apa dah dalam pulau pinang ni..

mana YB Zul?? muka pun tak nampak?call pun tak dpt.. office pun tutup..kulim dgn pmtg pauh bukan jauh pun naik highway BKE 10minit jer..

PKR akan hilang satu kerusi kulim satu hari nanti.. tahniah! malu kan kami sebagai ahli pkr..

guan eng bohong! setahun nak basmi kemiskinan..cakap mcm sial..

masa anuar tpm kami sini tak terbela..byk org susah..parlimen pmtg pauh mcm tu jugak tertumpu bandar perda dan seberang jaya.. kenapa!???

ampun la dosa aku .. termakan dengan fitnah dan bohong anuar..

anuar.. mana pegi nya keluarga kamu? adik2 kamu? tak kempen sama ker? SEBAB APA?!!

sebab dorang mmg tau ko buat keje tu.. dorang tak mau masuk campur dah..

utk kak zah.. pahit..tapi terpaksa telan..moga kak zah doa byk2 mohon ampun.. saya tau kak zah sorang yg isteri yg baik..tapi kak zah bohong rakyat pmtg pauh.. keluarga anuar bohong rakyat pmtg pauh..

aduh.. aku dgn kawan2 lebih 20 org cukup malu.. nak patah balik ke umno jauh sekali..nak join pas ntah la..

aku harap kawan2 dalam pkr mohon berdoa pada tuhan mintak petunjuk..


AMK PMTG PAUH.

wokyoh berkata...

kalau Nuar buat benda tu...dia sumpah ke tak sumpah ke...tunggulah lambat laun kena la tu...saiful bukan bodoh nak mengaku atau sumpah palsu kalau benda tu tak betul.....dimana dia sanggup terima laknat Allah sampai hari kiamat tu....kalau orang tu waras dan penipu...sanggup ke dia sumpah macam saiful???....memang dengan duit boleh apa saja...tapi duit tu boleh habis bila guna...tapi kalau laknat Allah...sapa berani halang....

Nuar ambik duit judi nalla rm 60 juta....banyaknya!!!....tapi kalau dah harta tak betul dan haram puncanya...kita tengok apa akan jadi pada Nuar nanti....hairan sungguh...ada juga orang gila nak jadi PM...walhal dah ada 60 juta...kalau orang lain...pergi dok oversea senyap-senyap...tak payahlah nak jadi hero malaysia,nak pikir pasal rakyat...dia ingat jadi PM senang ke??? paklah pun nampak haru.hilang punca tu....nasib baik ada jeanne(jin?).

Ameera berkata...

Salam...

Tak semudah itu Nuar akan menang dan jadi PM. Kemungkinan menang mungkin ada, tapi majority pastinya dah menurun. Itu saja cukup membuktikan rakyat bukan mahukan beliau, tetapi terpaksa kerana yang mereka mahukan ialah Wan Azizah. Lihat sendiri video sidang media semasa Wan Azizah melepaskan kerusi Permatang Pauh, tak payah nak masuk university pun tahu bahawa beliau tidak ikhlas dan seolah terpaksa melakukan sesuatu bukan diatas kerelaannya sendiri.

Bukan hanya dengan bersumpah akan buat orang bertambah yakin... isu liwat adalah isu peribadi beliau dgn Saiful... tetapi banyak isu2 lain yang lebih besar ... isu2 yang menggoyah orang2 Melayu, Islam dan negara kita sendiri..

Semuanya telah didedahkan oleh AIDC didalam blog ini. Saya pasti, ramai yang terkejut, seperti tidak percaya dan ramai juga yang tidak dapat menerima hakikat tersebut. Ada juga yang rasa tertipu.. lebih-lebih lagi rakyat biasa yang selama ini hanya mendengar cerita dari mulut orang lain.

Sekiannnn

NORA berkata...

Assalamu'alaikum wrt. wbt.

Islam memandang bahawa hati mempunyai peranan yang besar dalam kehidupan manusia di mana ia mempengaruhi keseluruhan pembentukan peribadi dan akal seseorang insan sepertimana dalam sepotong hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari: "Di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging yang apabila baik daging itu maka baiklah seluruh tubuh badan (jasad), dan apabila ia rosak maka rosaklah seluruh jasad, sesungguhnya ia adalah hati".

Justeru itu, hati yang sihat ada lah hati yang sumber pemakanannya adalah dari sumber2 yang halal, hati yang sentiasa takut akan azab Allah, hati yang sentiasa bersyukur, hati yang sentiasa inginkan ketenangan buat diri sendiri dan seluruh masyarakat, juga hati yang penuh dengan kasihsayang sesama manusia tanpa kepentingan peribadi.

wallahu'alam..