MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

24 Ogo 2008

DAP: Kami terima Anwar jadi PM


DAP: Kami terima Anwar jadi PM

Jimadie Shah Othman | Aug 23, 08 4:21pm
DAP hari ini mengulangi pendirian dan kesedian parti itu menerima penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri dan komited bekerjasama dengan Pakatan Rakyat mempromosikan kerajaan yang cekap, bertanggungjawab dan telus (CAT).

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, rakyat Malaysia mempunyai harapan tinggi terhadap Pakatan untuk memerintah dengan baik di negeri-negeri yang dikuasainya.

“Kami ingin tegaskan beberapa kunci untuk menjadi ahli yang bertanggungjawab. Pertama, DAP menerima Anwar sebagai perdana menteri alternatif dan komited dengan kerjasama dalam Pakatan untuk mempromosikan kerajaan CAT,” katanya di kongres kebangsaan DAP di ibunegara hari ini.

Lim juga menolak usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara teokratik kerana menurutnya, ia bertentangan dengan wawasan menuju masyarakat sivil yang pelbagai kaum dan agama.

Parti yang sinonim dengan penyokong Cina itu, juga bercadang untuk meningkatkan penyertaan bukan Melayu dalam parti itu.

“Sama ada kita boleh mendapatkan sokongan orang Melayu, bergantung kepada prestasi kita sebagai pemerintah di Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

“Terutamanya apabila kita memimpin kerajaan di Pulau Pinang, untuk membuktikan kita mengambil berat terhadap orang Melayu dan menyalurkan apa yang tidak berjaya dilakukan BN selama 50 tahun,” kata Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang.

Rakyat jadi 'kingmaker'

Menurut Lim lagi, penglibatan kaum India, golongan wanita dan golongan muda, telah meningkat dalam parti itu.

Beliau berkata, prestasi mereka di negeri itu akan menjadi kayu pengukur untuk mencapai hasrat tersebut.

Lim juga berkata bahawa DAP tidak berminat menjadi 'kingmaker' dalam Pakatan.

“Hanya rakyat 'kingmaker'. Kita hanya mahu menjadi pemangkin untuk perubahan dan berkhidmat untuk rakyat berdasarkan prinsip CAT,” katanya Lim.

Sementara itu, ketika ditanya tentang calon timbalan perdana menteri jika Pakatan memerintah, Lim memberitahu sidang media kemudiannya: "Biar dia (Anwar) jadi perdana menteri dulu."

Beliau berkata, perkara itu mesti dilakukan satu bersatu.

"Sebelum jalan mesti merangkak," katanya.

Ketika diminta mengulas jika PAS hendak menjadi 'kingmaker' dalam Pakatan, Lim berkata, kesefahaman bersama dalam gabungan itu tidak akan berubah.

“Bagi kami, hanya rakyat 'kingmaker', bukan parti politik,” katanya.

Beliau turut ditanya sama ada beliau mempunyai 'chai tan' (senarai calon pilihan). Kongres kali ini akan menyaksikan pemilihan pucuk pimpinan parti itu.

Minta PAS realistik

“Biar perwakilan yang tentukannya,” kata Lim.

Lim turut diminta mengulas penurunan harga petrol sebanyak 15 sen yang dikuatkuasakan hari ini.

Beliau percaya langkah menurun harga petrol lebih awal dari tarikh sepatutnya (1 September) ada kaitan dengan pilihanraya kecil Permatang Pauh Selesa depan.

Sementara itu, Pengerusi Agung DAP, Karpal Singh berkata, parti itu tidak akan berkompromi dalam prinsip menerima idea negara sekular seperti yang termaktub dalam perlembagaan.

Beliau berharap PAS – sebuah lagi rakan dalam Pakatan – supaya bersikap realistik.

Bagaimanapun, kata Karpal, DAP boleh bekerjasama dan mesti bekerjasama dalam isu-isu yang boleh disepakati.

“Biar Anwar jadi orang tengah satukan PAS dan DAP,” katanya ketika berucap di kongres tersebut.

baca artikel asal di malaysiakini.com

Pasukan bapa-anak anggotai CEC DAP

Aug 23, 08 7:05pm
Dua pasukan bapa-anak terpilih menganggotai Jawatankuasa Kerja Eksekutif (CEC) DAP dengan didahului penasihat parti, Lim Kit Siang, diikuti oleh anak lelakinya Lim Guan Eng, yang juga setiausaha agung parti itu, yang juga ketua menteri Pulau Pinang.

Sebuah lagi "pasukan" yang berjaya ialah Pengerusi DAP Karpal Singh dan anak lelakinya Gobind Singh Deo, yang juga ahli Parlimen Puchong.

Menurut Bernama, Kit Siang memperoleh jumlah undi tertinggi dalam pemilihan untuk 20 jawatan CEC dalam kongres kebangsaan ke-15 DAP.

Beliau meraih 624 undi berbanding Guan Eng yang mendapat empat undi kurang.

Sejumlah 731 kertas undi dikeluarkan dengan 705 undi diterima dan 16 undi rosak.

Sejumlah 58 calon bertanding dalam pemilihan itu untuk memilih 20 ahli CEC.

Karpal, berada di tempat kesembilan, setelah menerima 471 undi.

Anaknya, Gobind pula meraih 305 undi bagi menduduki tempat terakhir dalam senarai CEC.

Setiausaha pengelola DAP kebangsaan Tan Kok Wai mendapat 571 undi diikuti oleh bendahari parti Fong Kui Lun, dengan 504 undi.

Yang lainnya ialah Naib Pengerusi DAP kebangsaan M Kulasegaran (500 undi), Setiausaha Publisiti DAP Theresa Kok (495), Timbalan Pengerusi DAP Tan Seng Giaw (492),

Chong Chieng Jen (476), Ngeh Koo Ham (455), Anthony Loke Siew Fook (452), Ahmad Ton (448), Tony Pua Kiam Wee (446), Chong Eng (434), Teng Chang Khim (417), Nga Kor Ming (417), Chow Kon Yeow (410), P. Ramasamy (340) dan Dr Boo Cheng Hau (332).

Sementara itu, Kit Siang ketika ditemui pemberita berkata, keputusan itu mencerminkan sokongan ahli kepada kepimpinan kebangsaan sekarang.

Katanya, perwakilan turut menghantar mesej bahawa golongan "tua dan muda" dalam parti perlu bekerjasama dan generasi yang lebih muda akan menggalas peranan penting dalam DAP untuk tempoh beberapa tahun akan datang.

"Ada ruang untuk semua dalam parti," katanya.

baca artikel asal di malaysiakini

3 ulasan:

wokyoh berkata...

kerajaan CAT ????(kerajaan kucing)
molek benar la tu ambil Nuar sebagai PM kerajaan Kucing...dia pun perangai macam kucing...depan orang baik je..jinak je... tak ada orang..habis ikan digomolnya...dengan tulang-tulang sekali dimakan nya....
dia pun alim-alim kucing je...depan bini buleh la berlakon...dengan nalla...sorry la gu....

NORA berkata...

Teringat satu lagu ....

Sang Kancil amat cerdik...
buaya akal pendek...
kaki kancil di gigit...
sang kancil pun menjerit..
itu bukan kakiku.. hanya lah kayu

Buaya pun keliru..
Kaki disangka kayu...
Kamu dah kena tipu..
Kau tak berilmu ...
Kau tak berilmu....

Ameera berkata...

Salammm

Ya Allah, tak perasan lagi ke kata-kata Lim tu ... Biar dia jadi PM dulu ....

Maknanya Anwar, kalau jadi PM pun hanya untuk sementara... sebulan, setahun ??? Dia sudah buat keputusan bagi pihak Pakata. Hj. Hadi pun, bila ditanya, dia kata perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat, itupun kalau Pakatan berjaya membentuk kerajaan.

Lagi satu ..statement, sebelum berjalan, kena merangkak .... saya harap semua faham kiasan tersebut. Siapa sebenarnya yg sedang merangkak, mengintai peluang. Aduh, ini benar2 satu perkara yang merunsingkan.

Saya doa, jangan lah Anwar menang.. dan sekiranya menang juga, janganlah dia jadi PM. Tolonglah ya Allah.