MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

24 Ogo 2008

ANWAR DAN MAT JENIN PUTRAJAYA


ANWAR DAN MAT JENIN PUTRAJAYA

Kepada masyarakat bukan Melayu , Anwar membawa mesej bahawa agenda pembangunan ekonomi tidak lagi berteraskan konsep Dasar Ekonomi Baru. Ini termasuk menyokong cadangan Menteri Besar Selangor untuk menetapkan kouta kemasukan pelajar bukan Melayu sebanyak 10 peratus di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Berdepan dengan masyarakat India, Anwar terus menyuarakan keprihatinannya terhadap kegiatan kumpulan haram Barisan Pembebasan Hak Hindu atau HINDRAF.

Bila berdepan dengan kemarahan orang Melayu apabila kurang memberikan tumpuan menyelesaikan peminggiran dan hakisan dominasi pengundi terbesar itu, Anwar mula membuat janji yang terlalu berbentuk sloganistik. Menerusi papan iklan di kawasan majoriti pengundi Melayu, terpapar tulisan Kami komited untuk mempertahankan hak-hak orang Melayu yang miskin dan terpinggir?

Apakah janji ini mampu memberikan kemenangan kepada Anwar yang semakin terdesak untuk mendominasi Putrajaya? Setelah mengisytiharkan tarikh 16 September 2008 sebagai sasarannya, Anwar terus membuat perhitungan dan percaturan politik.

Antara percaturan yang diusahakan ialah memancing seramai mungkin ahli parlimen BN menganggotai PKR. Dalam perkiraannya, jika 30 orang ahli parlimen yang kurang senang dengan pencapaian dan perlantikan jawatan dalam pentadbiran kerajaan, PKR mampu menguasai Dewan Rakyat melalui majoriti mudah.

Teori lain yang dibentuk ialah melancarkan propaganda mengenai konspirasi untuk menamatkan karier politiknya. Apabila Saiful Bahari, “bekas pegawai khas kepada pegawai khasnya,” membuat laporan polis telah diliwati oleh majikannya, Anwar memprojekkan dirinya sebagai “mangsa tuduhan.”

Setelah Saiful Bahri membuat sumpah bagi membuktikan kebenaran dakwaannya, Anwar sekali lagi mencari helah, termasuk menuduh bahawa peristiwa itu didalangi oleh UMNO dan polis.

Teori lain yang dipopularkan oleh Anwar ialah kegagalan Kerajaan untuk membendung kenaikan harga barangan dan kos sara hidup. Dengan mendakwa bahawa “hari ini membentuk kerajaan, esok harga minyak akan turun.” Semasa berdebat dengan Menteri Penerangan pada 15 Julai 2008, Anwar bertekad untuk menurunkan harga minyak (petrol) sebanyak RM 0.50 seliter.

Ketika perdebatan itu, harga minyak global mencecah USD$142 setong dan dalam kempen di Permatang Pauh, bertekad untuk menurunkan harga sebanyak RM 0.70 seliter. Semasa berucap di Bukit Jelutong pada malam 18 Ogos 2008, selepas tiga bulan memerintah, harga minyak akan diturunkan lagi.

Sepanjang kempennya di Permatang Pauh, beberapa penulis politik yang menyokong perjuangan Anwar membuka kiosk menjaja tulisan-tulisan yang optimistik terhadap cita-cita besar itu. Antara yang dijual ialah buku 51 Dalil Anwar Jadi PM, yang ditulis oleh Elias Haji Idris.

Elias Haji Idris yang mula merakamkan sokongan kepada Anwar melalui karya kreatif pada tahun 2001. Kemudian pada tahun 2008 menulis dua buah buku politik, iaitu Siapa PM Selepas Ini dan terbaru ialah 51 Dalil Anwar Jadi PM.

Apakah dalil-dalil yang dikemukakan oleh Elias, yang pernah menghangatkan persada penulisan kreatif melalui novel-novel popularnya Kehilangan (1993), Pilihan Kedua (1994), Bunga Bukan Semusim (1995), Kembang Tak Jadi (2007) dan Gadis Terbuang (2008) boleh membentuk keyakinan dan persepsi pembacanya? Ternyata Eliasn telah kehilangan sengat kreativiti dan tak cukup ramuan bukti, umpama menikmati ikan bakar tanpa air asam asli Pulau Pinang.

Anwar dianggap sebagai tokoh Islam yang berwibawa. Kewibawaan Anwar boleh terima pada peringkat awal, terutamanya sebelum terlibat dengan pertubuhan siasah. Ketika itu Anwar tidak mempunyai kuasa, tetapi bila mula memegang kuasa sikap dan perlakuan telah berubah melebihi sesetengah pemimpin yang tidak menampilkan dirinya sebagai berlatar belakangkan perjuangan Islam.

Apakah benar Mahathir terpaksa berpaut kepada Anwar bagi membendung kemaraan semangat kebangkitan semula Islam selepas Revolusi Iran pada tahun 1975? Gerakan Islam telah menjadi sebagai satu kekuatan dan momentum baru apabila Haji Hadi Awang mempromosikan label kafir kepada ahli-ahli UMNO dan mereka yang tidak sehaluan dengan perjuangan PAS.

ABIM yang dipimpin dan diasaskan oleh Anwar mempolitikkan peminggiran feudalisme dan kapitalisme ketika itu mula melakarkan perubahan pendekatan apabila menyertai UMNO. Berdasarkan surat-surat lama dan detik awal kemasukannya ke dalam UMNO, jelas membuktikan tekadnya menyimpang jauh. Anwar terus memperkukuhkan dirinya dalam institusi feudalisme dan kaptilasme, termasuk meluluskan lebih banyak lesen judi dan jualan nombor ekor.

Benarkah Anwar merupakan orang teguh pendirian dan istiqamah dalam perjuangan? Memang benar Anwar seorang tegas dan tidak mudah mengalah, tetapi dalam beberapa hal ikut terpengaruh dengan perangkap kaum orientalis.

Melalui penglibatannya dengan Institut Pemikiran Islam Antarabangsa, beliau turut mengimport beberapa orang ilmuan Islam untuk mengajar di Universiti Islam Antarabangsa. Melantik Dr. Hamed Sulayaman sebagai reaktor UIA dan ketika Anwar digugurkan dalam tampok kuasa politik, tokoh itu melarikan diri.

Selepas dibebaskan Anwar meraikan perpisahan tersebut pada 23 Mei 2008 bersama seorang lagi rakan karibnya, iaitu Dr. Jamal Barzinji. Dr. Hamed Sulayaman amat dibenci oleh rakyat Arab Saudi, Pakistan, India dan Afrika Selatan atas pemekaran Islam Protestan atau Islam Reformis yang dipengaruhi oleh orientalis Amerika Syarikat.

Selain Dr. Hamed, Anwar turut memberikan peluang kepada Prof. Hassan Ibrahim sebagai Ketua Jabatan Sejarah di UIAM. Hassan ialah salah seorang penentang rejim Islam di Khartoum dan pernah dipecat sebagai dekan di Universiti Khartoum atas masalah disiplin . Semasa berkhidmat di UIAM, kedua-dua tokoh tersebut hidup dalam gaya mewah dan dikatakan dibiayai oleh ahli-ahli perniagaan dari Arab Saudi dan Kuwait yang terbabit dengan pelbagai skandal politik antarabangsa yang didalangi oleh Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat.

Mempunyai hubungan yang rapat dengan tokoh-tokoh Islam Liberal Indonesia, termasuk Amein Rais (tokoh reformasi Indonesia), Gus Dur (bekas Presiden Indonesia yang sentiasa dipimpin dan menghabiskan wang rakyat sebanyak US174 juta membuat lawatan ke luar negara dalam keadaan rakyat dibelenggu kegisahan ekonomi), dan orientalis John L Esposito dan John O Voll, yang merupakan anak buah kepada Prof. Ismail Faruqi.

Prof Ismail Faruqi dan isterinya mati dibunuh oleh Yusuf Ali (Joseph L Young), seorang pemuda Islam kulit hitam pada 27 Mei 1986. Yusuf amat kecewa dengan sikap dan tingkahlaku Prof Ismail yang telah menjatuhkan imej Islam melalui pembabitan budaya homoseksual di kalangan pelajar Universiti Temple, Philadelphia.

Dalam keterangannya, Yusuf mendakwa Prof Ismail pernah beberapa kali memaksa beberapa orang pelajar Islam dari Malaysia mengadakan kegiatan homoseks jika berhajat mendapatkan biasiswa. Laporan perbicaraan tersebut pernah disiarkan oleh New Straits Times pada 1 Ogos 1987.

Anwar dipenjarakan kerana didapati bersalah menyalahgunakan kuasa semasa berada dalam kuasa politik. Penyalahgunaan kuasa inilah menyebabkan imejnya tercalar dan tidak lagi dianggap sebagai pejuang Islam tulen. Hakisan pesona imej Anwar seterusnya meningkat apabila mengajak Al-Gore menyertai reformasi jalanan menentang keputusan pemecatannya.

Slogan di Permatang Pauh, Anwar tetap berlawan. Bujur Lalu Melintang Patah, kerana inilah peluang yang ada baginya untuk menentukan masa depan PKR dan karier politiknya sendiri. Mungkin akan kecundang jika bertanding di kawasan lain, termasuk Kulim Bandar Baru (yang diumumkan sebelum perletakan jawatan oleh isterinya pada akhir Julai lalu) atau Bandar Tun Razak kerana tidak mempunyai hubungan peribadi dengan pengundi.
Penipuan Anwar menjadi semakin berleluasa setelah dipecat. Semasa penahanan awalnya, Wan Azizah melaporkan bahawa suaminya akan mati secara beransur-ansur dalam penjara kerana telah diberikan racun arsenik, disuntik virus HIV dan tanpa berita selama sembilan hari. Dalam tempoh tersebut, Wan Azizah terus mempertahankan suaminya dengan pelbagai hujah yang bersifat apologetik.

Menurut pendapat Ahmad Wahib (1942-1973), seorang pejuang Islam Liberal Indonesia, ciri-ciri apologetik ialah:

“Kalau merasa diserang, yang bersangkutan akan menangkis atau membela diri. Kedua, kalau merasa akan diserang, yang bersangkuitan akan mencipta alasan terlebih dahulu. Ketiga, ada kecenderungan membangkitkan kembali hal-hal yang lama. Keempat, selalu mengangung-angungkan kejayaan masa lampau. Dan, kelima, normatif”, Pergolakan Pemikiran Islam: Catatan Harian Ahmad Wahib, P.Jaya: Middle Eastern Graduates Centre Sdn. Bhd.(MEGG), 2007, halaman 53.

Kerana itulah apala menghadapi dakwaan, Anwar akan mencipta alasan tertentu bagi memindahkan tuduhan terhadapnya. Ini dapat dilihat bagaimana Anwar memerangkap persepsi masyarakat mengenai dakwaan dan sumpahan pengakuan Saiful diliwat. Perkara yang sama dilakukan berkali-kali apabila dipecat oleh Dr. Mahathir dengan mendakwa telah berlaku konspirasi menamatkan karier politiknya.

Apabila menghadapi sesuatu tuduhan, Anwar dengan tangkasnya memindahkan isu tersebut dengan mengaitkan peristiwa silam yang dialami oleh mereka yang menuduhnya. Apabila Ezam keluar PKR dan kembali ke pangkuan UMNO atas alasan kecewa, dituduh sebagai “pengkhianat.” Ketika Chandra Muzafar mengulas mengenai sikap politik, Anwar membidas bahawa ia tidak relevan dengan perjuangan PKR.

Semasa melanggar peraturan mengadakan perhimpunan jalanan dan reformasi, Anwar menuduh bahawa Dr. Mahathir sebagai seorang pemimpin yang amat berkuasa dan diktator. Inilah sikap dan perangai Anwar, apabila mengulas mengenai penstrukturan semula subsidi, berbangga dengan keputusan menaikkan harga minyak yang dilakukan semasa menjawat jawatan Menteri Kewangan.

Anwar tidak merungkaikan, kenaikan yang rendah dilakukannya itu kerana harga minyak global tidak melonjak begitu tinggi. Permintaan penggunaan minyak global tidaklah setinggi sekarang kerana pada masa itu, China masih belum membuka pintu ekonominya. India sedang menyusun langkah dan memulakan usaha membuka pasaran kepada pelaburan asing.

Sebenarnya, Anwar sedang menjalani hukum karma yang ditentukan olehnya sendiri. Hakisan pesona kepimpinannya disebabkan politik harakiri yang dilaksanakan secara gelojoh dan kurang sabar. Meroket mendaki kuasa politik dan dengan hanya mengambil masa selama 16 tahun, menduduki di tangga kedua tertinggi. Akhirnya telah ditakdirkan hanyalah setakat itu. Itulah ketentuan Illahi.

Setiap orang Islam percaya dan yakin, rezeki, maut dan kehidupan akan ditentukan oleh Allah SWT. Walaupun sebijak mana kita merancang, gigih dan bijak mencari peluang, berkesan memujuk dan membangkitkan kepercayaan orang lain, jika Allah SWT tidak merestuinya, akan gagal dan kecundang jua akhirnya.

Mungkinkah kerana terlalu yakin akan menang di Permatang Pauh dan bakal menerajui Putrajaya, Allah SWT tidak merstuinya atas alasan takbur, dan benci kerana terlalu banyak hamburan kata-kata kesat terhadap orang lain, serta mencipta bidaah. Menidakkan kebaikan orang lain adalah satu sikap melampau, dan sesungguhnya Allah SWT amat membenci perlakuan itu.

Jika itu berlaku, mungkinkah Anwar akan kempunan lagi. Mungkinkah Anwar hanya sekadar berangan-angan sebagaimana Mat Jenin? Hanya Allah SWT yang akan menentukan sejauh manakah Anwar mampu menapak sombong membumbungkan impian ke Putrajaya.

Elias tidak mampu menentukan walaupun mengemukakan 51 dalil yang kurang menyengat. Dalil-dalilnya terlalu mudah dan condong kepada Anwar, kerana mungkin beliau merupakan pengagum utama perjuangan PKR

baca artikel asal di malaysiaaktif.com

4 ulasan:

wokyoh berkata...

terima kasih AIDC....

semoga anwar tumbang di P44 dengan kemenangan arif shah dengan majoriti undi antara 300-500 undi.

semoga mat jenin terjatuh dari pokok kelapa dan saya doakan agar ditimpa setandan buah kelapa pula dengan batang-batang kelapanya sekali...pokok kelapa sendiri dan dalam kebun sendiri....

buat pengundi P44 yang bijaksana ...buatlah pilihan terbaik....
untuk AIDC dan GAP...mana 5 pita video tu???

Ameera berkata...

Salam...

Saya pernah mendengar seorang ustaz berkata... jika mahu kenal sikap dan perangai seorang lelaki itu, berikanlah dia tiga perkara berikut;

1. Kuasa

2. Wang

3. Wanita

Tapi mungkin kena tambah disini bagi golongan istimewa ....
yang ke empat...

4. Lelaki jambu

Macaman nak sorok pun pasti akan dapat dihidu dan dilihat... Jika godaan-godaan tersebut bisa ditangkis, dialah individu yang layak dihormati.

Kepoh berkata...

Boss, ya ampunnnn.

Benar omongannya Ameera. Boss udah punya segalanya, justeru itu boss udah berubah kek gaya kacang lupakan kulitnya. Aduh, gimana ni boss. Harus kita kembali kepangkal jalan.

Aku bingung boss.

NORA berkata...

KISAH MAT JENIN .... (terima kasih blog cerita rakyat)

Pada zaman dahulu ...tersebutlah kisah seorang pemuda yatim piatu yang dikenali sebagai Mat Jenin. Pemuda itu hidup sebatang kara di sebuah desa di gerubuk peninggalan ibubapanya. Gerubuk itu teramatlah daifnya dengan dindingnya yang senget dan atap rumah yang bocor apabila hujan turun dengan lebatnya. Akan tetapi semua itu tidaklah dipedulikan oleh Mat Jenin kerana dia amat malas membuat kerja. Malah untuk membaiki gerubuk pusaka itu pun tidak di pedulikannya. kerjanya pula sehari-harian hanyalah memasang angan-angan. Maka mashyurlah seluruh daerah itu tentang tabiat dan perangainya itu menjadi buah mulut orang. Akan apabila Mat Jenin berasa lapar, pergilah ia ke kedai makan dan duduk menunggu di situ kalau-kalau ada orang yang baik hati yang akan menanggung makan-minumnya. Maka kalau ada sesiapa yang ingin berseronok, segeralah dia menegur Mat Jenin bertanyakan angan-angannya yang terbaru. Mat Jenin pun bersegeralah menceritakan angan-angannya itu tanpa bertangguh lagi apatah lagi jika yang menegur itu pula menyuruh dia meminta apa-apa makanan yang diingini. Maka Mat Jenin akan bercerita sehingga sehari suntuk tidaklah dia mahu berhenti. Apabila kerbau sudahpun balik ke kandang, ayam dan itik pulang ke sarang, api menyala di dian, barulah dia balik ke gerubuk buruknya itu untuk tidur. Angin ribut yang bertiup pun tidak dibimbangnya, malah jikalau gerubuk buruknya bergegar dipukul angin, dia hanyalah menarik kain selimutnya dengan lebih rapat lagi sambil berangan-angan Katanya jikalaulah roboh gerubuk itu, tentulah jiran-jiran sekeliling akan membantu dia membina rumah baru. Jadi tidaklah lagi dia perlu bersusah-payah membaiki teratak buruk itu. Akan begitulah kerja Mat Jenin itu sehari-hariani. Jika apabila tidak ada orang yang hendak membayar makan-minumnya barulah dia mencari kerja. Tetapi kerja yang dibuatnya pula dipilih-pilih, tidaklah dia ingin membanting tulang di sawah padi kerana panas, ataupun pergi menangkap ikan kerana mabuk katanya. Oleh itu apa yang sanggup dilakukan oleh Mat Jenin hanyalah memanjat pokok kelapa, kerana menurutnya kerja itu teduh dan berangin pula. Itupun Mat Jenin hanyalah mengambil upah memanjat pokok kelapa apabila dia memerlukan duit belanja.
Tersebutlah pada suatu hari nasib Mat Jenin tidak begitu baik kerana tidak ada orang yang ingin membayar makan-minumnya. Maka terpaksalah dia mencari-cari sesiapa yang ingin mengupahnya memanjat pokok kelapa. Tetapi lebih malang lagi nasibnya itu, pada hari itu dia tidak berjumpa dengan sesiapa pun yang memerlukan kelapanya dipetik. Maka terpaksalah dia merayau-rayau sekeliling kampung dalam keadaan kelaparan. Sedang dia duduk berfikir-fikir seorang diri tentang apa yang perlu dilakukannya maka nampaklah olehnya seorang nenek tua sedang mendongak-dongak ke atas melihat-lihat buah kelapa.
"Nenek nak kelapa? Saya boleh tolong panjatkan." sapa Mat Jenin Nenek itu berpaling ke arah Mat Jenin
"Memang nenek mencari buah kelapa untuk memasak. Boleh ke cucu tolong petikkan untuk nenek?"
"Sudah tentu boleh nenek. tetapi apa yang nenek boleh berikan kepada cucu sekiranya cucu tolong petikkan buah kelapa nenek?" tanya Mat Jenin.
Jawab nenek tua itu, "Nenek tak ada banyak benda nak nenek beri. Tetapi kalau cucu sanggup petikkan buah kelapa ini untuk nenek, bolehlah cucu makan sekali dengan nenek. Lagipun nenek boleh berikan beberapa biji telur ayam untuk cucu."
"Saya nak buat apa telur ayam tu." kata Mat Jenin.
"Telur ayam ini kalau cucu eramkan, nanti akan menetas. Bolehlah cucu membela ayam,"jawab nenek itu lagi. Mat Jenin duduk berfikir sejenak di dalam hatinya, kalau telur itu menetas sudah tentu aku akan dapat membela ayam untuk aku jual.
" Baiklah nenek, sangguplah saya memanjat kelapa ini untuk nenek." Setelah berkata demikian, maka Mat Jenin pun mulalah memanjat pokok kelapa itu. Ketika mula hendak memanjat itu, dia asyik berfikir tentang kata-kata nenek itu maka hatinya bertambah girang.
"Kalau aku eramkan telur-telur itu tentulah telur-telur itu menetas. Bolehlah aku biarkan ayam-ayam itu sekeliling gerubuk aku sehingga besar. Apabila sudah besar bolehlah aku makan." Setelah berfikir demikian, dia pun berpaling kepada nenek itu dan berkata, "Kalau telur-telur itu menetas bolehlah saya makan ayamkan, nenek?" Nenek tua itu kehairanan tetapi terus sahaja menjawab "Betul cu." Sambil Mat Jenin berangan-angan, dia terus memanjat pokok kelapa itu semakin tinggi.
"Tetapi kalau aku biarkan ayam-ayam itu bertelur tentulah semakin banyak ayam-ayamaku membiak. Jadi tentunya aku akan dapat banyak daging dan telur untuk aku makan.Tetapi kalau terlalu banyak tentu susah aku menjaganya. Jadi baik aku tukarkan ayam-ayam itu dengan kambing tentu lebih beruntung. Bolehlah aku biarkan kambing-kambing itu mencari makan di keliling gerubuk aku. Tak perlu aku bersusah payah memanjat pokok kelapa lagi. Dan lagi tidak perlulah aku risau-risaukan menjaga ayam-ayam itu banyak-banyak." fikirnya lagi. Setelah berfikir demikian, dia pun berpaling kepada nenek itu dan berkata "Kalau ayam-ayam itu saya jual bolehlah saya dapatkan kambing, kan nenek?" Nenek tua itu berasa geli hati mendengarkan kata-kata Mat Jenin itu tetapi dia terus menjawab "Betul tu cu." Mat Jenin memanjat semakin tinggi, sambil itu dia berangan-angan semakin tinggi,"Kalau aku sudah banyak kambing, aku akan tukarkan dengan lembu pula. Lagipun lembu itu lebih gemuk dan banyak dagingnya. Tentu aku bertambah kaya dan dihormati orang." Sekali lagi dia menoleh ke bawah melihat nenek itu, "Kalau saya tukarkankambing itu dengan lembu tentu lagi baik, kan nenek?" dia menjerit ke bawah. Nenek itu terus menjawab "Betul tu cu.." sambil tersenyum-senyum, menampakkan gusinya yang tidak bergigi itu. Nasib baik Mat Jenin sudah jauh di atas pokok kelapa dan tidak nampak nenek itu mentertawakan dia. Mat Jenin semakin kuat berangan-angan, "Kalau aku sudah dapat membela lembu, tentu aku dapat mengupah orang untuk menjaga lembu-lembu itu sehingga beranak pinak. Jadi aku akan dapat lebih banyak lembu, aku akan jadi kaya. Tak perlulah aku susah payah berkerja lagi . Bolehlah aku membela kerbau pula nanti." Sekali lagi dia memekik ke bawah, "Nenek! kalau saya sudah banyak lembu bolehlah saya tukarkan dengan kerbau pula ye, nenek. Kayalah saya masa itu." Sekali lagi nenek itu menjawap, "Betul tu cu." "Kalau cu sudah kaya bolehlah cucu berkahwin." tambahnya lagi. Mat Jenin mengangguk-anggukkan kepalanya, "Kawin!" Dia terus memanjat semakin tinggi meninggalkan nenek itu sayup-sayup di bawah sana.
Ya!Ya! Kalau selama ini tidak ada perempuan yang ingin memandang mukanya kerana kemiskinannya, tentu akan berebut-rebutlah perempuan yang gilakannya setelah dia kaya nanti. Tetapi, masa itu dia tidak akan melayan perempuan- perempuan itu. Dia sudah pun kaya dan tentu dia dapat memilih siapa calon isterinya nanti. Ya! Ya! dia sudah tentu memilih isterinya dari perempuan-perempuan yang istimewa. Dia akan memilih puteri raja. "Nenek! Saya akan kahwin dengan puteri raja." jeritnya ke bawah. Jawapan nenek itu hanya sayup-sayup, tidak didengarinya kerana dia sudah pun tinggi di atas pokok kelapa. "Tentu aku akan mempunyai ramai anak." fikirnya lagi sambil tersenyum- senyum. "Dan mereka akan berlari-lari membuat bising. Isteri aku tentu akan mengidamkan perhiasan emas dan meminta dari aku. tetapi aku tidak akan beri. Kalau dia membuat bising, tentu aku akan tampar dia seperti ini." Serentak dengan itu Mat Jenin melepaskan pelukannya dan menampar pelepah kelapa itu sambil menengking "Jangan nak mengada mintak barang kemas dari aku.", dan ketika itu bertempiaranlah seekor tupai yang sedang menyorok di celah pelepah kelapa itu, mengejutkan Mat Jenin dari angan-angannya itu. Mat Jenin terkejut besar sehinggakan terlepaslah pegangannya dari pokok kelapa itu.Maka jatuhlah dia dari pokok kelapa itu sampai ke bawah, berdebuk seperti buah kelapa tua yang luruh bunyinya. Terkejutlah nenek tua itu melihatkan Mat Jenin terjatuh dan bersegeralah dia meluru untuk memberikan pertolongan Malangnya MatJenin telah mati di situ juga. Maka dengan itu tamatlah riwayat Mat Jenin yang terlampau suka berangan-angan sehinggakan menjadi mangsa angan-angannya itu sendiri. Demikianlah diceritakan orang kisah Mat Jenin yang malang.