Zulkifli Nordin ialah ahli Exco Persatuan Peguam Muslim.Di ketika yang sama beliau adalah Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat kawasan Kulim Bandar Bharu.
Beliau terpaksa meniti antara tanggungjawabnya mempertahankan agama dengan perkiraan politik PKR ketika turut serta dalam demonstrasi membantah tindakan Majlis Peguam mengadakan forum Memeluk Islam di bangunan majlis itu pagi Sabtu.
The Riding MP – nama jolokan yang diletaknya sendiri pada laman blognya – ini adalah antara mereka yang vokal sekali semasa demonstrasi yang disertai oleh 500 orang termasuk dari PAS,UMNO dan sebilangan badan NGO Islam.
Turut serta ialah seorang lagi orang kanan PKR Badrul Amin Baharum,
Zulkifli nampaknya kena berjawab dengan PKR.Ikut ceritanya kalangan pimpinan PKR kurang senang dengan tindak tanduknya yang dibimbangi boleh mencetuskan pandangan serong kalangan penyokong parti itu dari bukan Islam.
Pendiriannya menentang forum itu jelas sekali.Beliau awal-awal sudah menulis dalam laman blognya memberi amaran kepada Majlis Peguam khasnya dan golongan bukan Islam umumnya supaya jangan mencabar hak umat Islam.
Lebih dari itu ketika bercakap kepada para wartawan selepas menyertai demo itu Zulkifli menegaskan sudah sampai masanya peguam yang beragama Islam mengambilalih teraju kepimpinan Majlis Peguam bagi mengelak majlis itu menganjurkan forum yang boleh menimbulkan kemarahan orang Islam.
Laman web The Malaysian Insider memetik Timbalan Presiden PKR Dr Syed Hussien Ali mempersoalkan tindakan Zulkifli.
"Saya tahu beliau tahu parti tidak setuju dengan tindakannya,” katanya.
Naib Presiden PKR Sivarasa Rasiah pula dipetik sebagai berkata Zulkifli bertindak tanpa restu parti dan ia tidak mengambarkan pendirian parti.
Katanya perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat pimpinan parti itu minggu depan.
Bagi sesetengah orang hal ini mungkin kecil.Namun kalangan para pemerhati politik melihatnya satu cabaran besar bagi PKR dalam menentukan pendiriannya terhadap isu-isu yang berkait rapat dengan orang Melayu lebih-lebih lagi agama.
Zulkifli telah membuka satu persoalan. Ramai yang sedang mengintai apa cerita sepanjutnya.- 11/8/2008
--------------------------------
Kesabaran umat Islam ada batasnya - Zulkifli Nordin
Walaupun ‘bosnya’ Datuk Seri Anwar Ibrahim bernada yang agak lembut berhubung cadangan Majlis Peguam Malaysia menganjurkan Seminar Masuk Islam, Ahli Parlimen PKR Kulim Bandar Bharu, Zulkifli Nordin sebaliknya memberi amaran keras kepada Majlis Peguam.
Dalam tulisan di laman blognya, beliau memberi amaran kepada Majlis Peguam khasnya dan golongan bukan Islam umumnya agar jangan mencabar hak umat Islam.
"Saya juga memberi amaran kepada Majlis Peguam khasnya dan golongan bukan Islam umumnya supaya jangan mencabar hak umat Islam."Kesabaran umat Islam ada batasnya. Kamu mungkin melihat umat Islam di Malaysia ini kelihatannya lemah. Mungkin kamu sedang mengambil kesempatan melihat kedudukan umat Islam yang kelihatannya lemah akibat percakaran politik sesama kami.
Tetapi ingatlah di sana ada umat Islam yang sedang memerhati gelagat kamu. Kami tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap kamu sekiranya kamu terus-menerus dengan sikap provokatif kamu,” ujar beliau.
Zulkifli juga menyeru agar semua peguam yang beragama Islam menyatakan pendirian dan mempersiapkan diri bagi menghadapi pemilihan Majlis Peguam dengan bertanding bagi menguasai majlis berkenaan. Ikuti tulisan beliau di www.zul4kulim.blogspot.com – 8/8/2008
baca artikel asal di Agendadaily.com
2 ulasan:
ANwar Ibrahim punya kerja la ni.... Manusia kafir harbi (kafir yang wajib diperangi) ni takkan diam selagi azan boleh dilaunkan 5 kali sehari dan doa dibacakan dalam permulaan majlis rasmi. Anwar membisu sebab bagi dia, lantak pilah Islam nak hancur, yang penting, aku jadi PM! Sejak PR menang 5 negeri, korang perasan tak, kafir harbi ni dah mula main kasar. macam-macam nak cabar, termasuk peguam Anu war dalam kes liwat 2008, Latheefa Koya. Nama Islam, pakai tudung, tapi maruah Islam dia relaks jer condemn.Join sekali kafir harbi majlis Peguam Malaysia lawan klausa agama Islam dalam Perlembagaan Persekutuan. Aku rasa, Latheefa ni dah kena fuck ngn peguam-peguam kafir harbi dalam Malaysian Bar Council, sebab tu dia berlakon baik dengan pakai tudung. Peguam macam ni Anu war amek utk defend dia lawan kes Saiful? Hmm..nampak sangat Anu war ni jenis tak kisah pasal agama. Latheefa Hooker ni buat pengetahuan korang antara orang kuat PKR, Parti Mata Satu @ Parti mata Dajjal.
Semoga Allah laknatkan LAKNATULLAH ANWAR BIN IBRAHIM !!
Allahuakbar!!
B.A.B.I = BRADER ANWAR BIN IBRAHIM
Catat Ulasan