MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

7 Jul 2008

Anwar peliwat ?- Komen Tun Dr Mahathir



Anwar peliwat ?- Komen Tun Dr Mahathir


Saya tidak hendak komen berkenaan dengan kes liwat oleh Dato Seri Anwar Ibrahim yang baru kerana saya ingin lihat samada taktik Anwar kali ini sama dengan dahulu - iaitu menuduh ada konspirasi (pakatan) untuk menghalang perjuangan politiknya.

Tetapi oleh kerana ramai yang meminta komen saya dalam blog maka saya akan beri pandangan awal saya.


Saya terkejut dengan orang yang pertama menyuarakan pandangan yang tak masuk akal berkenaan dengan kes liwat yang baru ini. Kononnya Anwar sengaja menyuruh Saiful buat laporan dia diliwat oleh bossnya supaya Anwar boleh cari perlindungan daripada percubaan membunuhnya. Dengan itu kononnya orang ramai akan bersimpati dengannya.

Jelas yang budak yang di suruh oleh bapa mertuanya hantar passport kepada Anwar, yang amat gembira dengan pembebasan Anwar dan dipercayai terlibat dengan usaha membebaskan Anwar, masih kuat kepercayaannya kepada Anwar dan mencuba menolak tuduhan terhadapnya.




Masih ramai yang percaya bahawa Mahkamah Rayuan (Appeals Court) terakhir telah menolak tuduhan bahawa Anwar telah liwat Azizan dan dengan kerana itu mendapati Anwar tidak bersalah dan boleh dibebaskan.

Saya ingin perturunkan disini keputusan dua daripada tiga hakim yang mendengar rayuan Anwar. "Tun Jebat" pada 1hb Julai telah catatkan keputusan ini juga. Keputusan ini berbunyi;

"Even though reading the appeal record, we find EVIDENCE TO CONFIRM that the appellants (Anwar dan Sukma) were involved in homosexual activities and we are more inclined to believe that the alleged incident at Tivoli Villa did happen sometime, this court, as a court of law, may only convict the appellants if the prosecution has successfully proved that the alleged offences as stated in the charge, beyond reasonable doubt".

Yang jelas daripada apa yang di sebut di atas ialah hakim-hakim ini mendapati ada cukup bukti yang mengesahkan Anwar dan Sukma terlibat dalam kegiatan homoseks dalam apa yang dikatakan berlaku di Tivoli Villa, memang berlaku. Tetapi kedua-dua hakim ini mengguna selok-belok undang-undang untuk mendapati Anwar tidak bersalah.

Selok-belok undang-undang tidak dapat difahami oleh orang ramai. Yang mereka tahu ialah hakim-hakim ini berkata dengan terang dan jelas bahawa mereka mendapati bukti yang jelas yang mengesahkan bahawa perayu (Anwar dan Sukma) terlibat dengan kegiatan homoseks dan hakim-hakim ini lebih mirip untuk percaya bahawa apa yang didakwa berlaku di Tivoli Villa memang berlaku.

Hakim yang ketiga dalam panel hakim yang mendengar rayuan Anwar dan Sukma memberi alasan yang panjang dan penuh dengan rujukan kepada asas-asas perundangan dan kes-kes yang lain kenapa dia percaya hukuman yang dijatuhkan oleh hakim bicara, tiga orang hakim Mahkamah Rayuan dan tiga orang hakim Mahkamah Persekutuan adalah betul iaitu Anwar memang meliwat Azizan.

Malangnya penghakiman yang bernas ini tidak dilapor dengan jelas oleh media seperti laporan berkenaan asas-asas penghakiman dua hakim tadi.

Jika dihitung kita akan dapati kesemua 10 hakim yang mendengar kes Anwar meliwat Azizan bersetuju perbuatan liwat oleh Anwar memang benar, walaupun dua di antara mereka memberi alasan teknikal untuk tidak menjatuhkan hukuman salah keatasnya.

Dakwaan oleh orang tertentu bahawa pembebasan Anwar adalah kerana dia tidak melakukan jenayah liwat adalah tidak benar.

Sekarang kita dengar sekali lagi kes liwat oleh Anwar. Terpulanglah kepada hakim untuk mendengar dan meghukum. Awal-awal lagi Datin Seri Wan Azizah Ismail telah mengatakan ketidakpercayaannya kepada mahkamah di Malaysia. Tetapi apabila Anwar dibebaskan dengan alasan yang sukar difaham oleh masyarakat umum, Wan Azizah tidak pula berkata yang dianya tidak percaya kepada sistem pengadilan di Malaysia.

Apakah pula akan dikatakan olehnya jika perbicaraan kes Anwar menghasilkan keputusan bahawa walaupun hakim percaya dia telah meliwat Saiful tetapi kerana selok-belok undang-undang dia didapati tidak bersalah.

artikel asal : chedet.com


Snippets - Anwar

Posted by Dr. Mahathir Mohamad at July 5, 2008 11:04 AM

Some say let bygone be bygone. As good Muslims we should forget and forgive.

It is easy to say this if you are not the subject of Anwar's plotting and vengeance.

Anwar has succeeded in blackening my name in the United States and Europe of course, but also in Muslim countries. They all think I simply threw him in prison for political reasons.

He never said anything about how he was tried, how he was defended by nine lawyers, how the judge wrote a 360-page judgement against him, how his appeals were thrown out twice.

He has sued me for RM100 million. He has successfully caused my lawyer to lose credibility. Now I have no lawyer to defend me against his suit. I still have this suit against me. There is no certainty that some legal arguments by judges may not end up in finding me guilty of publicly saying he was guilty of sodomy even though that is the truth.

Anwar obtained the recording of Linggam's telephone conversation obviously for blackmailing purpose. The man responsible is in his party now.

He made out that he was interested in the proper appointment of judges but actually his action was in order to seek revenge against me.

Now the Royal Commission has named me as one of those to be investigated although I had nothing to do with Linggam and his activities. I only came to know Linggam because he was successful in some litigation cases. So I decided to take him as my lawyer in the case by Anwar.

But the Royal Commission concluded that if it is possible that I was involved then I must be involved. It is almost like saying if it is possible I had murdered a person then I must have murdered the person. Proof beyond reasonable doubt is not necessary here.

The Anti-Corruption Agency has interrogated me for three-hours. I am sure I will be questioned in court also because of a possibility that I was lobbied on the appointment of judges.

I am aware of efforts to find if I had committed offences during my 22 years as Prime Minister. So far they haven't found anything. But now they have found an indirect way of getting at me.

I am not seeking sympathy from anyone. But it is a little bit too much to expect me to forget and forgive something that is happening now as a result of Anwar's plottings.

Now he has turned his attention to Dato Seri Najib. As usual he has found someone to make incriminating statements for him.

There seems to be no connection between his plotting against me and his attack against Dato Seri Najib. But if we look into who would be the beneficiary, we would see the connection.

Like Ian Chin, helping the present powers that be is a form of defence.

baca artikel asal : chedet.com



8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Masa kat asrama dulu, muka aku macam penyangak. Aku selalu dituduh pencuri.

Ustaz & pengawas suruh aku sumpah dgn Quran. Aku sumpah terus. Bayak kali aku dituduh. Tapi aku sumpah aje. takde 4 saksi.

Sebab memang aku tak pernah curi duit apa nak takut.

Ni orang yang pernah jadi syeikh banyak dalih. Sumpah ajelah kalau memang tak buat. Bodoh, potong la.. janggut tu.

redbox berkata...

mmg betul apa yg Tun kata..sblm Tun tulih pasal hakim2 tu aku dah baca komen hakim2 ni terlebih dulu...penyokong fanatik anwar biasalah pasti akan kata hakim2 mahathir yg suruh..

apa2 hal pun aku tgk byk kemusykilan pasal si nuar ni..

1. masa dia kat sg buloh dulu..dia n azizh kata kena racun arsenik + HIV..ewah2 hidup meriah sampai skrg pulak ye..org kalau dah tertelan detol pun hayat tak lama..ko kena arsenik tu bleh hidooop lama pulak..

doctor dr german dah sahkan dia tak dek mngalami apa2 keracunan n azizah kata dia bersyukur...

kata2 bersyukur tu bukan sesenang yg di ucap..tgk masa dulu diorg sibuk maha busy tabur fitnah dia kena racun dgn HIV n arsenik..ramai penyokong dia mngamok..

aik, takkan dgn senang cakap bersyukur..nampak sgt pembohong dan tak bertanggungjawab.

2.ape pasal US sibuk2 nak pertahan kan anwar? sah mmg anak didik dia

3.kalau betul dia dapat ugutan bunuh apa pasal dia brani sgt berucap depan penyokong dia 30000 org tu..tak takut ke tgh2 dia terjerit2 tu tetiba otak dia bersepai...maknanya mmg tak dek lah ancaman bunuh tu...

dia ni psycho, sengaja buat2 cerita telenovela....

Tun Nyemah

redbox berkata...

cop2 mana nak dapat buku taib azamuddin tu..bg lah link or tempat jualnya

AIDC berkata...

salam red,

Buku Taib Azamuddin diterbitkan pada 2001, Minda Malaysia Sdn Bhd, 64 ms.

Buku ini pernah dijual di pasaran suatu ketika dahulu.

Tak pasti sekarang ni ada ke tak.

Cuba tanya sesiapa yang pernah beli akhbar tabloid RISIK dan CD Anwar Pengkhianat Bangsa, mungkin mereka membeli buku ini.

Penulis Drs Amnah Khuzairi adalah orang yang sama menyumbang artikel dalam akhbar tabloid RISIK.

Rasanya RISIK sudah tiada dalam pasaran, jadi kena tanya mereka yang berminat menyimpan koleksi..

Anwar Dot Com
8 Julai

ark berkata...

Anuar pelakon terhebat abad ini mengalahkan Tan Sri P.Ramlee.

Utk pengetahuan semua, perkara yang tidak pernah terduga, pernah terjadi kepada saya dan rakan-rakan. Kami adalah penyokong setia DSAI semasa beliau menjawat jawatan Timb. Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Sokongan kami tidak pernah berbelah bagi disebabkan beliau datang dari negeri kelahiran kami. (P.Pinang)

Kami diarah oleh DSAI untuk mengadakan perjumpaan di Hotel Equitorial, Pulau Pinang, seramai lebih kurang 300 penyokong setia. Kami pergi kesana dengan menggunakan pelbagai kenderaan motosikal,kereta dan bas. Bersesaklah di kawasan Hotel, tidak kira makcik,pakcik,abang dan adik datang utk melihat dari dekat DSAI olehkerana sejak menjadi menteri tidak pernah kami melihat secara life muka dia.

Tanpa diduga perkara yang tidak pernah terlintas di hati saya dan seluruh hadirin yang datang utk melihat dan bersalam dgn beliau telah terjadi.

Dengan nada marah dan bongkak beliau memekik kepada semua yang berada di perkarangan Hotel "Saya tidak mahu tengok muka kamu semua !!!!! Yang mana ada anak, laki, bini, balik tengok anak, bini laki !!!! Saya tak mau tengok kamu... pi balik la ni juga....

Kebetulan saya berada hampir dengan DSAI untuk bersalam, terus hajat utk bersalam tidak saya teruskan dan perasaan benci timbul terhadap beliau.

Semua yang hadir pada hari itu, riuh rendah jadinya. Ada yang memekik dan meluahkan perasaan benci kepada beliau "Kami tak heran hang jadi menteri kewangan, kami pun ada duit." ramai yang menyebut perkataan ini. Ada yang memaki hamun DSAI.

Perkara ini benar-benar terjadi kepada kami pada tahun 1996 dan saya tidak boleh berbohong sedangkan seramai +- 300 menjadi saksi semasa itu.

Adakah beliau layak menjadi pemimpin ?

Lu pikirlah sendiri kata Nabil...

Sekian.

Perawi berkata...

Pembaca diharap jangan baca BLOG fitnah ini, takutkanlah balasan dari ALLAH, bila-bila masa jika Allah nak turunkan bala & musibah.
Jangan dok shok baca saja, fikirkan dosanya.

Ramai dikalangan pembesar MCA, MIC UMNO & lain-lain parti BN sudah insaf (walau pun yg bukan islam)dan telah menyertai Pakatan Rakyat

http://www.terengganukini.net/
http://www.harakahdaily.net/
http://www.tvpas.com/mainpage.php?cat=index
http://kelantankini.kuliah.net/
http://kelantankini.com/
http://www.tranungkite.net/v7/
http://buletinonline.net/
http://www.dppkk.org/
http://www.pasjohorbahru.com/
http://nikabduh.wordpress.com/
http://webtv.pas.org.my/
http://www.raudhatussakinah.jim.org.my/
http://alhusseyn51.blogspot.com/
http://wtv8.tv/v3/
http://www.anwaribrahim.com
http://wanita.keadilanrakyat.org
http://anwaribrahimblog.com

ysnizam berkata...

AGAS biler nak INSAF pulak..??
Ingatlah pader ALLAH S.W.T. selalu

Aku doakan agar AGAS nie insaf..
Ditunjukan jalan yang lurus..

Jangan dok syok fanatik ajer..
AGAS ingatlah pada ALLAH S.W.T

Sekurang2nya blog nie takderla maki hamun..

Paku Dulang..Paku Serpih...
Mengater orang..dier yang lebih..

Stan berkata...

Kamu semua tak boleh terima hakikat...selalu mau NEP..tak tau macam diri...macam ayam reban...tiap-tiap hari suap..then tunggu waktu disembelih...apa salahnya pemimpin kita tukar..adakah sekarang kamu semua selesa dengan hidup? Kos tinngi dan gaji yang rendah...atau penyokong BN mau ni tak jadi dan harap ada projek? Kita dah lewat 20 tahun..buka minda kamu...Buangkan keruh ambil yang jernih...