Oleh Jundullah-PASJB
Terlalu banyak yang tidak kena, setelah jawatankuasa PROTES mempercepatkan tarikh himpunan aman rakyat yang awalnya dijadualkan pada 12 Jul 2008 yang dipinda juga dengan tempat dan tarikhnya sekali lagi pada 05 Julai kepada 06 Julai.
Tambah musykil ialah perpindahan lokasi himpunan yang dijadualkan di KLCC ke Padang Timur di hadapan Amcorp Mall dan 2 hari sebelum 6 Julai berpindah pula ke Stadium Kelana Jaya.
Inikah dia demontrasi aman ataupun sekadar pesta yang layak digelar temasya bilamana unjuk rasa tidak puas hati rakyat kepada kerajaan seolahnya diperuk disudut stadium yang tiba-tiba menjadi sindiran kerajaan BN betapa himpunan ini telah gagal mencapai matlamat dan sasarannya.
Tambah mengaibkan ialah insiden penyanyi kumpulan Caburator Dung menunjukkan punggung ke arah hadirin yang hadir yang mengundang kemarahan peserta himpunan yang rata-ratanya datang dari seluruh pelusok negara lalu disajikan dengan penipuan pihak penganjur yang begitu tidak berhati-hati dalam mengatur program.
Bukannya niat saya hendak menyalahkan seratus peratus jawatankuasa PROTES tetapi inilah yang dibimbangkan kami dari Parti Islam Se-Malaysia yang berjuang untuk memartabatkan Islam disamping berprinsip menegakkan keadilan dan bencikan kezaliman tiba-tiba kami umpama dijolok sarang tebuan.
Rata-ratanya ramai yang kecewa dan mengambil keputusan untuk pulang awal termasuklah 700 anggota unit amal PAS yang menarik diri dari meneruskan tugas bersama-sama 2,500 pemuda Pakatan Rakyat.
Masalahnya sekarang siapa yang kita PROTES kerajaan ke jawatankuasa PROTES...
Sumber : Jundullah
http://pasjohorbahru.com/
"
baca artikel asal; Tranungkite.net
7 ulasan:
Huishhh... terbaeekk...
Minta Pak Lebai tubuhkan NGO/tribunal baru utk siasat kejadian ini.
Namanya... GANAS - Gabungan Asasi Nasional Anggota Sodom
ini semua kerja khairy sebab sebelum perhimpunan ini pun mereka sudah di ugut utk tidak melakukannya. lagipun ada sekali di sidang parlimen mahfuz membelakangkan badannya pada khairy. itu lah sebabnya khairy bawa band ini dan melakukan huru hara. memang lah perhimpunan ni pun ada anarchy anwar.
marina
Diharapkan selepas ini mereka-mereka yang ingin menyertai perhimpunan haram seperti ini dapat berfikir. Sekarang setelah kena tipu siapa yang rugi? Tak pasal rakyat ditipu buang masa, buang duit pergi benda yang tak berfaedah ini.
Akhirnya jadi bahan gelak kerajaan jer.
Yang orang-orang berhimpun situ dari 10am sehingga tengah malam tu teringat nak sembahyang tak?
Terasa macam karnival jom heboh jer. Tak de beza! MELALAIKAN UMAT!
yang peliknya ramai orang sanggup pergi tengok benda tak berfaedah ni...tapi takde sorang pun pergi tengok ahli sukan pra olimpik kita bertanding....
ggk21
Tahniah untuk PR sebab kami yang tak pergi PROTES dapat tengok drama free bertajuk Protes jugak ..
Banyak-banyaklah buat anjuran yang membuang masa dan duit ..beli lilit kepada, beli t shirt dan lagi satu berapa agaknya duit minyak atau tambang bas kalau datang dari utara, selatan timur dan barat .. Satu pembaziran tu .. Ingat Allah tidak suka kepada orang yang membazir tau ..
utk marina...
ok lah kalau ko kata KJ yg ugut sana sini..aku ni bukan nya pengampu KJ ye..and jauh sekali sokong mangkuk ayun tu...
cuma nya hujah ko sgt lemah..bila ko kata si kerry tu ugut..abis tu yg 30 000 org yg dtg tu kena ugut jugak kah??
ade ke tak dek band rock tu..yg pentingnya jumlah yg datang cuma 30000..ko faham ke tak ni..
Jangan nak salahkan KJ pulak .. salahkan semua pihak yang beria-ria nak anjurkan protes ini .. bukan setakat penganjur saja tapi semua parti politik yang terlibat ...
Catat Ulasan