MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

15 Jun 2008

Betulkah Anwar Agen Yahudi ? (1)


Buku Ahmad Lutfi Othman : "Anwar Boneka Barat?". Buku itu menyorot peranan media massa antarabangsa kawalan Amerika menyokong Anwar Ibrahim.

Barangkali boleh disimpulkan, pengkaji pertama yang cuba menghuraikan persoalan di atas adalah Ahmad Lutfi Othman, sekarang ini, Ketua Pengarang Harakah, organ dwi bulanan PAS.

Salah satu buku yang dihasilnya bertajuk " Anwar Boneka Barat ?", ditulis dan diterbitkan pada tahun Januari 1999, sejurus selepas era reformasi.


Dalam buku itu, Ahmad Lutfi menghimpunkan semua keratan media antarabangsa kawalan Amerika seperti Newsweek, International Herald Tribune, Asia Wall Street Journal, Financial Times, Time, Far Eastern Economic Review, Asiaweek dan sebagainya menyorot sokongan mereka terhadap Anwar.

Ironisnya, Anwar bukan manusia pertama yang dipenjarakan dalam sistem kehakiman Malaysia, tetapi Ibrahim Ali, Mokhtar Hashim, Harun Idris, Mohamad Sabu dan ramai lagi pernah dipenjarakan, tetapi media barat tidak pula menunjukkan rasa simpati terhadap mereka.

Malah, barangkali jika mana-mana tokoh pemimpin UMNO, PAS atau DAP dikenakan hukuman penjara, tiada sokongan media antarabangsa sehebat sokongan terhadap Anwar.

Persoalan sama juga turut disentuh oleh S. H. Alattas dalam bukunya bertajuk " Anwar Ibrahim : Wira, Juara atau Penderhaka", terbitan Jaharah Enterprise, 1999.


Anwar Ibrahim bersama empat wartawan Asiaweek, di bilik bacaan peribadinya.


Dalam muka surat 153, buku S.H. Alattas itu, penulis memuatkan sekeping foto Anwar diinterbiu wartawan Asiaweek dengan nukilan kata-kata " Ketika wartawan tempatan begitu sukar untuk membuat wawancara eksklusif dengan Anwar, wartawan Asiaweek dibenarkan masuk ke bilik Anwar walaupun jam sudah hampir 11.00 malam. Bukankah Asiaweek yang melaga-lagakan Anwar dan Mahathir?"

Sama ada kebetulan atau dirancang, anehnya kedua-dua penulis mempunyai sudut pandang yang hampir sama iaitu melihat trend sokongan media antarabangsa terhadap manusia bernama Anwar Ibrahim.

Persoalan lebih menarik perlu ditanya, benarkah media-media kepunyaan Amerika itu merupakan alat instrumen Zionis menguasai dunia sepertimana yang terkandung dalam Protokol 12 ?

Ahmad Lutfi pula mengajak pembaca berfikir, benarkah "Anwar Boneka Barat?". Walaupun dalam kandungan tulisan bukunya itu, penulis tidak membuat kesimpulan terhadap persoalan yang dikemukakan, tetapi pemilihan tajuk yang dibuat hasil taakulan penulis itu sudah tentu membawa pengertian yang sangat mendalam.

Misalnya, dalam bab ke-48 buku itu, Ahmad Lutfi sama ada sengaja atau tidak, menyelitkan sebuah rencana bertajuk "Ucapan Gore merugikan reformasi".


Al Gore, berbangsa Yahudi, bekas Naib Presiden Amerika


Tulis rencana itu " Beberapa minit selepas Naib Presiden Amerika Syarikat, Al Gore memberikan restunya kepada gerakan "reformasi" dan mengakibatkan berjuta-juta rakyat Malaysia marah..lebih daripada 20,000 rakyat telah memanggil talian panas tersebut untuk mengecam " campur tangan asing" dan menyatakan sokongan mereka kepada Dr Mahathir Mohamad".

Persoalannya kenapakah penulis menyelitkan rencana Al Gore yang bukan setakat dikenali sebagai Naib Presiden Amerika Syarikat, malah turut dikenali sebagai salah seorang rangkaian pemikir berketurunan Yahudi.

Adakah penulis ingin memberi justifikasi kepada pembaca bukunya bahawa "Reformasi", Anwar disokong oleh tokoh Amerika berketurunan Yahudi ?

Lebih menarik lagi, buku itu ditulis ketika Anwar baru sahaja dipecat daripada UMNO dan meletusnya "Gelombang Reformasi".

Ketika itu, Ahmad Lutfi "penulis bebas" bekerja di syarikatnya sendiri, Penerbitan Pemuda, Ampang, Selangor.

Sama ada dilabel sebagai "penulis bebas", tetapi simpatisme kepada PAS dari dulu hingga kini tidak boleh dipertikaikan. Sekiranya penulis benar-benar seorang opportunist, beliau boleh menulis sudut pandang yang berbeza yang boleh menguntungkan Pakatan Rakyat (dulu dikenali Barisan Alternatif).

Adakah ini bermakna penghasilan karya penulis seperti itu mencerminkan sikapnya yang terus menerus mencurigai Anwar ?


Buku Ahmad Lutfi Othman : "Memo Buat Bakal PM"


Malah jika diteliti daripada sejarah penulisan Ahmad Lutfi, lebih daripada 16 buah buku dihasilkan khususnya menyentuh mengenai Anwar Ibrahim. Bermula dengan buku paling tebal bertajuk "Anwar Lawan Ghafar" (1993)hinggalah "Anwar Boneka Barat ?" (1999)

Bukunya bertajuk "Memo Buat Bakal PM" (1993) dan "Layakkah Anwar Ketuai Reformasi ?" (1998) juga mengandungi pemikiran mendalam penulis kepada Anwar.

Foto Anwar berdailog dengan Tan Chee Koon di Majlis Gereja Wesley pada 11 November 1979. Penulis buku itu menggambarkan semasa dailog pengikut gereja memuji-muji keterbukaan penganut Islam bernama Anwar Ibrahim

Malah, dalam buku "Memo Buat Bakal PM", penulis sengaja menyelitkan sekeping gambar perbincangan Anwar dan Tan Chee Koon di Majlis Gereja Wesley dengan nukilan kata-kata " Anwar bersama Tan Chee Koon dalam satu majlis ceramah yang dianjurkan oleh Majlis Gereja Wesley, pada 11 November 1979. Kata Anwar, Islam menentang dasar nasionalis yang sempit. Anwar di waktu itu dikenali sebagai tokoh yang terbuka; sekarang bagaimana ?"

Untuk tujuan apa, penulis menyelitkan gambar itu di dalam buku hasil karyanya. Sudah tentu penulis mempunyai maksud tersirat yang difahami dirinya sendiri yang mahu dikongsi dengan pembaca-pembacanya.

Barangkali, Ahmad Lutfi amat memahami maksud tersirat itu dan berminat menyoroti perubahan pemikiran Anwar Ibrahim sepertimana kesungguhannya menghasilkan berpuluh-puluh buku menyoroti tokoh karismatik itu.


Buku Ahmad Lutfi Othman : Layakkah Anwar Ketuai Reformasi ?


Seakan-akan penulis mengakui karismatik manusia bernama Anwar Ibrahim, terutamanya dari segi retorik, tetapi di dalam bukunya bertajuk "Layakkah Anwar Ketuai Reformasi", penulis membuat kesimpulan Anwar tidak layak pimpin reformasi.

Kalau Anwar diakui tokoh karismatik, kenapa penulis menyimpulkan tidak layak pimpin reformasi ?

Mungkin penulis lebih mengetahui,berdasarkan pemerhatian dan kajiannya sebelum ini.

Jika dahulu, Ahmad Lutfi membuat kesimpulan Anwar tidak layak pimpin reformasi, adakah sekarang penulis masih tidak bersetuju Anwar jadi Perdana Menteri ?

Amat menarik kedua-dua persoalan ini. Barangkali Ahmad Lutfi dari dulu hingga sekarang tahu jawapannya...

Anwaribrahimdotcom
16 Jun 2008





11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

HANYA ALLAH YANG TAHU!!!

SEDANGKAN MAHATHIR YANG MENJADI TOK GURU ANWAR PUN TIDAK TAHU, LAGIKAN AHMAD LUTFI OTHMAN YANG HANYA MENULIS BUKU ATAS DASAR MENcaRI SESUAP NASI... LAGIPUN, IANYA SATU PERSOALAN BUKANNYA SATU KENYATAAN!!!!

AKHIR KATA, SUDAH HABIS PUAK2 UMNO MENCARI DAN MENYELIDIKI KESALAHAN ANWAR, LAST2 FITNAH JUGA YANG MEREKA BUAT!!!

'SEKALI MULUTMU MEMFITNAH, SUATU HARI naNTI ORANG TIDAK AKAN PERCAYA CAKAPMU LAGI'

-hahahaha.

Panglima Perang Cyber berkata...

BEGITULAH JIKA BUTA MATA BUTA HATI BUTA AKAL BUTA ROH BUTA SEGALANYA.

GAMBAR DAH ADA.

VIDEO DAH ADA.

APA LAGI ????

TERUSKAN SAHABAT ! KITA DEDAHKAN SEGALA FAKTA DAN SERAHKAN KEPADA ALLAH YANG AKAN MENILAINYA.

ALA HAL BALLAGTU ALLAHUMMA FASYHAD !

Tanpa Nama berkata...

dah la tue..nk lari dr jawab isu minyak la ni bwat bende2 bodoh nie..seronok sgt ker ddk bwh ketiak paklah?bau babi tp sbb die sumbat wang ringgit..ko rs cam karipap babi ek..

Tanpa Nama berkata...

Aku Bkn Umno tp aku tak suka Anuar. Cakap kosong & hero di kalangan org bodoh

Cheguman berkata...

Anwar agen Yahudi?
Saya melihat dua kemungkinan:
1) Tidak!
Namun banyak tindakan beliau yang membuka ruang kepada Yahudi menguasai negara kita.

2) Ya!
Keaiban melampau yang dikenakan ke atas beliau tidak mustahil menjadikan beliau seorang pendendam yang sanggup melakukan apa sahaja.

Wallahu'alam.

lihat http://waadat.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

harga minyak naik korang marah,air mineral 2 senang dapat ta jual mahal jgk..sape ambik kisah..pk la sendiri...

Tanpa Nama berkata...

Aku nie dari zaman PPI masa sekolah menengah dulu sampailah ke zaman reformasi dan sekarang aku gelar era PR....aku bagi sokonga n pada anwar tidak berbelah bahagi!!! Aku sanggup berhujah dgn sesiapapun yang sangsi akan anwar.
Namun, setelah ditakdirkan ALLAH, aku ditunjukkan bukti, yang tidak tertangkis oleh apa juga hujah...DEMI ALLAH, Anwar Ibrahim adalah munafik yang paling besar dalam sejarah peradaban manusia..Nauzubillahiminzalik!!!
Semoga ALLAH menyelamatkan semua orang2 islam khasnya di bumi malaysia ini.
Bagi pendokong2 anwar, aku ingatkan, jangan TAKSUB pada makhluk, terutama si Munafiqqun sorang nie. Kalau ada izin dan kasih Allah pada kita umat islam disini,,,aku pasti akan terbongkar dengan sejelas-jelasnya siapa munafik sekor nie dan siapa MASTER nya.
Pabila yang HAK berdiri, yang bathil pasti tersungkurrr.
ALLAHU AKBAR!

sheena berkata...

Harap semua yg. ingin tahu kebenaran dan "see the bigger picture", sila datang ke MPSJ di USJ5 SELASA ini: topik: "THE NEW WORLD ORDER".

Ceramah Khas Untuk Masyarakat
Tajuk : “Deception in the New World Order”
( Pemutar-belitan dalam Orde Baru Dunia )

Tarikh & Masa : Selasa, 1/7/2008, 8.00 malam

Tempat : Auditorium Bangunan MPSJ, USJ5

Penceramah : Sheikh Dr Abdullah Hakim Quick
Pensyarah Kanan (Islam in Africa)
International Peace University of South Africa, Cape Town

ANJURAN BERSAMA :

BIRO DAKWAH PERKIM SELANGOR
dan
MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA (MPSJ), SELANGOR

Terbuka kepada orang ramai, Islam dan bukan Islam
Maklumat lanjut: Hj.Headir 012-221 3477
Pasti relevant.

Tanpa Nama berkata...

astagfirullahalazim..

smp bgitu skali cacian dpd pnyokong BN kt DSAI.munafik?sapa yg munafik sbnrnya?pmmpin yg asik merompak duet rakyat & bt rkyt slalu sgsara smp skg?fikir2 kan

klu tiada pmmpin spt DSAI, siapa lg yg nk bela nsib rkyat?adakah korang sronok sume hrga brg naek?ataupon kkorang sume mmg kaya-raya & xksh lgsg psal duet?

org miskin & ssh mkin kbulor sbb trpksa ikat perut..zalimnya krjaan.apapon aku ttp skong DSAI sbb prjuangkn nsb rkyat jelata dr dule smp skg.smoga ALLAH mlndungi DS.aminn.

Tanpa Nama berkata...

SAYA TIDAK HINGIN UNTUK MENYOKONG BN.. TAPI SAYA MEMBUNUH BANGSA SAYA SENDIRI KALAU SAYA MENYOKONG ANWAR INRAHIM

PROTOKOL NO. 12 Perenggan 3

3. Kita akan berurusan dengan akhbar dengan cara berikut : apakah peranan yang sedang dimainkan oleh pihak akhbar? Ianya akan menjadi medan untuk menyemarakkan kehendak dan pendapat yang kita sendiri perlukan, kika tidak, ianya akan mematikan penonjolan sikap pentingkan diri sendiri pada setiap pihak. Ianya dipenuhi dengan kecaman atas kebebasan, ketidak adilan, ketidak benaran hingga majority rakyat-rakyat apa yang pihak akhbar mampu lakukan? Kita akan rantai dan ikat mereka ketat-ketat : kita akan lakukan perkara yang sama kepada semua bentuk pencetakan. Publisiti yang hari ini berhadapan dengan tapisan-tapisan, akan dijadikan oleh kita sebagai sumber pendapatan yang cukup lumayan: kita akan kenakan cukai stem yang tersendiri dan memeras deposit pendahuluan sebelum membenarkan penubuhan apa-apa syarikat akhbar atau pejabat pencetakan yang akan menyelamatkan mereka dari dikenakan tindakan oleh kerajaan kita. Pada cubaan serangan ke atas kita, jika masih mampu wujud, kita akan mengenakan denda yang tidak masuk akal. Pendekatan-pendekatan seperti ini membawa pulangan yang cukup besar kepada kerajaan kita. Benar, mereka mungkin tidak mampu, dan inilah yang menutup terus mulut mereka dari mengecam kita. Tida siapa dapat mengira dengan jari detik hujung penguasaan kita. Alasan untuk menutup penerbitan akan meletakkan khalayak umum terpinga-pinga atas sikap tidak patut ini. SAYA MAHUKAN ANDA SEMUA TAHU BAHAWA DIKALANGAN MEREKA YANG MENENTANG KITA INI, ADA DIANTARANYA MERUPAKAN EJEN YANG KITA TUBUHKAN, TETAPI UNTUK MENUMPUKAN PADA PERKARA-PERKARA YANG HENDAK KITA PINDA.

Tanpa Nama berkata...

Salam Sejahtera,

Untuk sesiapa yang percayakan Al-Quran, sila rujuk pada Tafsir Al-Quran Surah Mumtaha (60) Ayat 9 dan ayat 13.

Untuk mendapatkan keredhaanNya,

Bismillah Ar-Rohman Ar-Rohim

60-9 -Allah melarang mengjadikan orang yang memerangi Islam sebagai kawan.

60-13 -Janganlah kamu jadikan penolongmu kaum yang dimurkai Allah.

Dia yang lebih mengetahui....