Dulu Anwar berpeluk bersama dengan Michael Camdessus (Pengerusi IMF, Yahudi). Geogre Soros (spekulator matawang berketurunan Yahudi) sekarang bersama dengan Anwar Ibrahim sebagai Executive Committe dalam International Crisis Group, ICG).
Morton Abramowitz (bekas Duta Amerika Syarikat di Turki dan Thailand) adalah peneraju utama ahli lembaga pengarah ICG. Morton Abramowitz juga pernah menjadi President Carnegie Endowment for Peace.
Apakah diwujudkan ICG sebagai pengganti kepada IMF ?
Azmin Ali (Naib Presiden PKR) pernah menjemput NGO Antarabangsa untuk datang Malaysia (Suara Keadilan, 108, 22 Mei – 5 Jun 2007). Carl Gershman (Presiden NED) pernah hadir di Kuala Lumpur pada 15 Mac 2008 memuji sistem pilihan raya di Malaysia. Itu pun setelah Pakatan Rakyat menang di 5 buah negeri.
Pada 1 Disember 2005, ketika Anwar Ibrahim hadir memberi ucapan dalam "The Future of Muslim Democracy" di New York, Anwar menyatakan bahawa dia menjemput pemerhati asing untuk hadir dalam pilihan raya umum yang ke-12.
Anwar mendakwa berlakunya ketidak adilan dalam proses pilihan raya kecil di Pengkalan Pasir, Kelantan. Anwar mendakwa pilihan raya yang dikendalikan oleh SPR sebagai tidak adil. Anwar dakwa lima buah negara asing bersetuju untuk datang memantau dalam pilihan raya umum ke-12.
Anwar telah mengajak sama Carl Gershman (Presiden NED) datang dan tinjau pilihan raya di Malaysia. Seminggu selepas hari pengundian pada 8 Mac 2008, Gershman benar benar hadir di Malaysia.
Penaja ketiga terbesar PNAC ialah Bradley Foundation yang berpusat di Milwaukee, Wisconsin. Mempunyai aset setengah bilion. Menurut laporan kewangan tahunannya pada 1998, Bradley menyumbang dana sejumlah USD $30 juta setahun secara berterusan kepada kumpulan neo konservatif. Pada awal 1990an, Bradley Foundation telah membantu dana untuk majalah “The American Spectator”.
Bradley Foundation menaja George C. Marshall Institute, sebuah institut yang mengendalikan penaksiran secara saintifik isu yang boleh menjejaskan polisi awam atau dikenali sebagai global warning.
Phil Wilayto (penulis Workers World Party) mengeluarkan laporan setebal 140 halaman berkaitan Bradley Foundation. Antara lain, Wilayto mendakwa Bradley Foundation terlibat menaja kegiatan mengeksploitasi masyarakat kulit hitam Milwaukee dan terlibat secara sistematik menindas masyarakat miskin di Wisconsin.
Sarah Scaife Foundation, John M. Olin Foundation dan Bradley Foundation adalah antara dana yang digunakan oleh gerakan neo-konservatif untuk mengekalkan penguasaan politik dalam kabinet Amerika Syarikat. National Endowment for Democracy (NED) pula digunakan sebagai dana pembiayaan demokrasi di peringkat antarabangsa.
Selain itu, Carnegie Endowment for International Peace turut digunakan untuk mencapai “keamanan” mengikut citarasa neo konservatif di peringkat antarabangsa.
Robert Kagan adalah ahli bersekutu senior di Carnegie Endowment for International Peace. Robert Kagan adalah pengasas bersama PNAC bersama-sama dengan William Kristol (Pengerusi PNAC). Robert Kagan adalah antara think tank utama neo konservatif di samping Wolfowitz.
Dulu Anwar berpeluk bersama dengan Michael Camdessus (Pengerusi IMF, Yahudi). Geogre Soros (spekulator matawang berketurunan Yahudi) sekarang bersama dengan Anwar Ibrahim sebagai Executive Committe dalam International Crisis Group (ICG).
Morton Abramowitz (bekas Duta Amerika Syarikat di Turki dan Thailand) adalah peneraju utama ahli lembaga pengarah ICG. Morton Abramowitz juga pernah menjadi President Carnegie Endowment for Peace. Apakah diwujudkan ICG sebagai pengganti kepada IMF ?
Dulu Anwar adalah wakil IMF di Asia Tenggara, kini Anwar dilantik dalam ICG pula. Apa agenda melantik Anwar?
Dulu IMF pernah menawarkan bantuan kewangan untuk memulihkan ekonomi negara negara harimau di Asia semasa krisis kewangan akibat serangan spekulator matawang. Kini, negara negara Asia sekali lagi dihimpit dengan tekanan harga minyak setelah dimanipulasi oleh spekulator oil futures dan hedge funds.
Apakah kali ini ICG pula akan menghulur bantuan untuk selesaikan krisis?
Pada 13 Oktober 2006, Anwar Ibrahim telah menyampaikan ceramah bertajuk “God is Back: Politics and Religion in the XXIst Century" di Carnegie Endowment for International Peace.
Bolehkah Tuhan dianggap sebagai bercuti atau tiada? Apa relevannya tajuk “God is Back” disampaikan oleh seorang islam?
“Saya tak akan berjanji kalau saya tak dapat menunaikan” kata Anwar. Begitu yakin benar Anwar mahu menjadi Perdana Menteri dan boleh turunkan harga minyak.
Jika Anwar Ibrahim hendak subsidikan minyak, dari mana agaknya Anwar hendak dapatkan sumber tersebut?
AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)
baca artikel asal di : anginperubahan.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan