Khalid Jaafar baru baru ini telah cuba membuat rumusan sendiri terhadap tindakan Ezam Mohd Nor menyertai UMNO. Entah apa teori beliau, atau apakah memang ada niatnya mahu membuat tuduhan liar keatas Ezam?
Namun begitu tulisannya dalam blognya sendiri boleh disifatkan dangkal dan mempunyai personal attack terhadap Ezam
Disini saya sertakan email daripada Ezam yang menjawab tulisan Khalid Jaafar;-
Friday, June 13, 2008
Ezam Jawab Tuduhan Dangkal Khalid Jaafar
salam saudara.
Terima kasih kerana kiriman artikel oleh Khalid Jaafar. Saya akan terlepas pandang sekiranya sdr tidak memanjangkannya kerana saya tidak membaca blog beliau. Terlalu banyak blog lain yg lebih manfaat untuk saya baca dalam waktu saya yang amat terbatas.
Beliau bebas untuk membuat analisa dan ulasan berdasarkan pengamatan dan pembacaanya dalam segala kisah purbakala dan sebagainya.
Saya hanya ingin menyentuh beberapa perkara yang jelas tidak benar.samada fitnah atau beliau tidak tahu saya serahkan perkara tersebut antara beliau dan Allah swt.
Gambaran saya hilang semangat dan longlai selepas tandatangan surat mendakwa Tan Sri Rahim jelas tidak tepat. Hakikatnya saya terus berjuang dan lebih "bersemangat" daripada ramai yang lain.
Malah dikalangan staff DSAI saya lah satu2nya staff DSAI yang ke penjara dan mungkin beliau keliru..saya masuk dua penjara selepas tandatangan surat itu bukan sebelumnya.
Ya. Saya mengambil sedikit masa untuk tandatangan surat tersebut kerana implikasi mendakwa ketua polis negara pada masa itu tentunya besar dalam keadaan keluarga saya masih di Malaysia. saya ambil masa kerana untuk buat pangilan telefon kepada keluarga saya untuk persiapkan mereka.
Hakikatnya sekali lagi.. Saya yang tandatangan surat berisiko tinggi itu. Pegawai DSAI yang kononnya lebih kanan dan hari ini menjadi panglima hebat DSAI tidak satu pun yang berani berbuat demikian!
Dakwaan Yusmadi saya tulis surat kepada DS Abdullah Badawi tidak benar sama sekali dan kalau benar minta dibuktikan. Ini contoh satu amalan fitnah yang menjadi makanan harian sebahagian pemimpin dan MP PKR sekarang.
Dakwaan saya di turnover juga satu telahan dangkal dan jahat. Saya kendurkan serangan kepada Dr Mahathir selepas saya keluar penjara kerana mahu selamatkan nyawa DSAI yang kritikal pada masa itu. Apatah lagi setelah pengalaman saya di dalam penjara, saya dapat rasakan keperitan dan kepayahan sakit di dalam penjara.
Justeru tumpuan saya memang fokus 100% untuk cari jalan bebaskan DSAI sekurang-kurangnya untuk rawatan di luar negara dan semua perjumpaan bersama pimpinan Umno saya lakukan dalam pengetahuan DSAI dan DSWA! (seperti yang saya nyatakan dalam interview Malaysiakini tempohari).
Dan hari ini saya ingin nyatakan.. Ini termasuk percubaan jalin hubungan dan berunding bersama Tun Mahathir (masa itu beliau PM) melalui anaknya Mokhzani. Saya cadangkan Khalid Jaafar jumpa DSAI untuk dapatkan pengesahan beliau dan KISAH SEBENARNYA.
Apapun nawaitu saya pada masa itu untuk menyelamatkan nyawa seorang sahabat dengan segala upaya saya dan tentunya bukan tanda kelemahan tekad saya berjuang begitu juga DSAI.
Justeru, saya ingin cadangkan kepada sahabat saya saudara Khalid untuk benar-benar dapatkan cerita sebenar kisah perjuangan reformasi selain asyik menelaah kisah purbakala dan lain-lain.
Kisah zaman reformasi juga hebat dan penuh dengan ketulusan dan kemurnian persahabatan dengan syarat saudara Khalid menelaahnya dengan objektif bukan dengan kacamata serong dan prajudis terutama kepada saya yang tidak pernah kaya dan tidak pernah berbakti wang ringgit kepada beliau tidak seperti sahabat beliau dan staff DSAI lain.
Ya..saya terima saya digelar berbagai gelaran hodoh dan sebagainya kerana itu hak beliau. Cuma saya ingin tegaskan DENGAN NAMA ALLAH, keputusan saya buat bukan kerana mengikuti watak-watak jahat dan hodoh yang digambarkan tetapi kerana saya seorang Islam dan setia saya kepada prinsip Islam dan rasul-rasulnya mengatasi kesetiaan saya kepada yang selain daripadaNya.
Sampai waktu dan ketikanya saya akan nyatakan secara terperinci apa yang saya maksudkan.
wassalam
ezam
Rasanya jika perlu untuk anda yang mahu baca tulisan bengong Khalid Jaafar ini , boleh klik pada "Babad Pendekar Jawa-Akhir" dan anda boleh bandingkan dengan penjelasan Ezam.
Ada juga akan bertanya, siapakah gerangan Khalid Jaafar ini. Mungkin dikalangan pemimpin PKR yang dekat dengan pimpinan atasan boleh mengakui mereka kenal siapa Khalid ini. Tetapi ramai ahli biasa PKR sendiri pun tak akan mengenalinya.
Walaupun Khalid merupakan salah seorang MPT, namun beliau tidaklah popular seperti Gobala Krishnan, Ustadz Badrul Amin, Saifuddin Nasution, Dr Syed Husin Ali, Dr Lee Boon Chye, Sivarasa, Manikavasagam, Tien Chua.
Khalid Jaafar ini boleh digambarkan seperti “Khalid Lahabau” sebab hanya pandai menulis tetapi macam tin kosong.
Apakah nawaitu “Khalid Lahabau” ini membawa cerita khayalan mengikut tafsiran dan andaiannya sendiri untuk santapan semua? Setidak tidaknya Ezam jauh lebih berani dengan risiko yang bakal beliau lalui malah dah pun terbukti dengan tercampaknya Ezam kedalam tahanan ISA dan juga penjara Kajang. Nak harapkan pada Lahabau Melaka ni?
1. Boleh sesiapa buktikan berapa kalikah si “Khalid Lahabau” ini mengetuai reformasi?
2. Berapa lokap sudah si “Khalid Lahabau” ini masuk?
3. Pernahkah si “Khalid Lahabau” ini ditahan dibawah ISA?
4. Hebat sangatkah si “Khalid Lahabau” ini dalam perjuangan dengan parti?
5. Berapa ramaikah pengikut serta penyokong “Khalid Lahabau” ini dalam parti sedangkan apabila dia cuba nak menyelitkan diri sebagai Ketua Bahagian PKR Hulu Selangor mendapat tentangan yang kuat daripada Ajk Bahagian itu dan akhirnya ditolak.
Mungkin “Khalid Lahabau” agak sombong sedikit sebab menganggap dia juga senior dikalangan staff DSAI apatah lagi “Khalid Lahabau” ini pernah menjadai Pengarah Institut Kajian Dasar [IKD] sebuah NGO idealisme Anwar Ibrahim.
Adakah tindakan “Khalid Lahabau” ini seperti mahu melakukan sesuatu untuk Bossnya, Anwar Ibrahim…?
Semoga jawapan yang Ezam kemukakan dapat menjawab semua pertuduhan dangkal dan kebodohan pemikiran sempit “Khalid Lahabau ini…..”
webmaster medan info-kita
baca artikel asal di medan-info-kita blogspot.com
4 ulasan:
Benarkah Sdr Anwar Ibrahim agen Yahudi? Jika dari satu sudut logik, memang tidak dapat dinafikan beliau mempunyai hubungan rapat dengan Paul Wolfowitz.
Dan jika disearch, terlalu banyak website/blogsite yang mempersoalkan saudara Anwar.
Dan saya masih mencari mana-mana kenyataan Sdr Anwar yang menafikan/menfailkan saman terhadap mereka-mereka ini sekiranya tuduhan-tuduhan yang dibuat adalah fitnah.
Diharapkan sesiapa yang mempunyai maklumat, dapatlah membantu.
Begitu juga dengan isu Badrul Hisham@CheguBard bakal tinggalkan PKR. Tiada penafian yang dibuat oleh CheguBard dari web blognya mengenai tuduhan tersebut.
Adakah ianya benar? Sekiranya benar, maka, tiadalah bezanya PKR dan UMNO(kini). Perjuangan hanya berlandaskan kepada kepentingan sendiri.
Dari satu berita lain pula, Sdr Anwar masih menegaskan berkenaan isu lompat parti.
Beliau masih menyebut tentang kebarangkalian untuk perubahan kerajaan yang dijangka berlaku pada akhir bulan Mei ini atau awal bulan Jun.
Tetapi sedikit kemusykilan saya, perkara ini telah berulang kali disebut sejak PRU dahulu, namun, tiada apa yang berlaku.
Jadi, adakah ia hanya sekadar mainan politik? Perang psikologi?
http://seruling.wordpress.com
Saya cuba mencuit sedikit persoalan ini dengan mengandaikan bahawa 'sebarang tuduhan yang mengatakan pemimpin melayu sebagai agen yahudi adalah satu strategi yang silap'. Respon yang saya perolehi sudah boleh dijangka sehingga saya sendiri sukar untuk mempertahankan usul yang saya bawa itu. Terutama hujah-hujah mengenai DSAI.
Namun saya masih berkeyakinan bahawa tiada pemimpin Melayu yang sengaja memasang niat untuk menjahanamkan bangsanya.
Saya lebih cenderung untuk melihat bahawa 'perpecahan musuh adalah formula asas Yahudi bagi menjayakan agenda mereka'. Jika demikian, sesuatu perlu dilakukan bagi merapatkan jurang perpecahan ummah. Barangkali cadangan untuk mencantumkan pentas pihak-pihak yang bertelagah agak sukar namun sekurang-kurangnya kita boleh menjadi jambatan untuk itu.
Sekadar renungan, dalam isu 'pengintip MCA', para pemimpin Cina sekarang sedang berusaha untuk menyekat sebarang usaha menyiasat, menghebahkan dan menjatuhkan pemimpin mereka. Sebaliknya orang Melayu sedang berlumba-lumba mengintip, menghebahkan dan menjatuhkan para pemimpin sendiri.
Tidakkah mungkin satu hari nanti kita sendiri yang akan menjadi pemimpin? Sempurnakah kita? Saya berpendapat kita bukan sahaja perlu melantik pemimpin malah lebih perlu lagi untuk taat kepada pemimpin yang kita lantik.
Wallahu'alam.
Jemput ke http://waadat.blogspot.com untuk perbincangan lanjut.
Benarkah Wujud Konspirasi untuk Meminggirkan Idea Presiden PMIUM? Siapakah Yang Menguasai Media Jamaah?
Idea Presiden PMIUM Terpinggir di Laman Mahasiswa Pembangkang UM!
Blog ni mengandungi artikel berbentuk fitnah. Lapuran polis akan dibuat. Artikel "Dua bekas pegawai Anwar saling tikam menikam!" ini adalah artikel di perolehi dari Blog 'Info corner' milik ahli PKR yang sudah keluar dan memasuki UMNO bersama Ezam.
Di dalam blog tersebut terkandung banyak perkara fitnah dan hasut. Blogger yang bertanggung jawab adalah seorang yang bernama Nadzri Rosli yang di kenali sebagai Songkok Tinggi. Satu shah alam dah kenal dia. Pesanan kepada beliau. Berhati hati ... blog fitnah anda sedang di perhati.
Catat Ulasan