MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

5 Nov 2009

PGSM mohon maaf, tarik balik tuduhan terhadap Dr Asri

DAMAI... Pertemuan tertutup antara bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom; Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Muhammad Sheikh Abdul Aziz; dan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Mohamad Isa Abd Ralip di salah sebuah hotel di ibu negara hari ini berjaya mencapai keputusan positif

Oleh ZIEMAN

PETALING JAYA: Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Mohamad Isa Abd Ralip telah mengemukakan permohonan maaf kepada bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Menurut sumber terdekat, permohonan maaf tersebut dikemukakan melalui Menteri di jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom.

Difahamkan Jamil Khir telah menghubungi Mohd Asri sebentar tadi bagi memaklumkan mengenai perkembangan terkini itu.

sumber - mstar

Damai: Asri tidak jadi saman PGSM


Salhan K Ahmad
Nov 5, 09, 4:38pm

Dr Mohd Asri Zainul Abidin, yang mengancam ingin mengambil tindakan undang-undang, kini berdamai dengan Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), kata Mej-Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom.

Persetujuan telah dicapai supaya tidak ada lagi saman-menyaman di antara bekas mufti Perlis dengan PGSM, tambah menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.

Beliau berkata perdamaian dicapai itu dalam pertemuan dengan Dr Mohd Asri dan pemimpin PGSM di Sungai Besi, Kuala Lumpur pagi ini.

Jelasnya, kedua-dua pihak bersetuju supaya "pandangan-pandangan yang tidak baik itu diperindahkan balik, kekurangan itu ditambah, kesilapan dan salah diperbetulkan."

Dalam pertemuan itu yang diadakan di hotel Palace of the Golden Horses itu, kata Jamil lagi, beliau melihat "perkembangan posititif" isu melibatkan bekas mufti Perlis tersebut.

"Kita telah mengadakan pertemuan bertujuan mengambil kata sepakat antara kedua-dua pihak bagi (cari) penyelesaian yang sewajarnya secara musyawarah bagi kemelut yang berlaku antara PGSM dan Dr Mohd Asri," katanya.

"Maksudnya beliau bersetuju untuk tidak saman, untuk (capai) perdamaian," tambahnya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat ahli lembaga pemegang amanah Yayasan wakaf Malaysia di Kuala Lumpur petang ini.

Tokoh agama itu berura-ura menyaman PGSM dan sejumlah NGO Islam berhubung kandungan memorandum mereka kepada Yang di-Pertuan Agong pertengahan bulan lalu sebagai membantah perlantikannya untuk mengetuai Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).

Mengulas mengenai isu pelantikan Dr Mohd Asri sebagai yang dipertua yayasan berpengaruh itu, Jamil berkata perkara itu masih belum diputuskan.

"Sekarang bukan soal ganti. Jawatan yang ada itu (masih) kosong," katanya, yang kini sedang meneliti beberapa tokoh yang dicadangkan bagi memenuhi jawatan berkenaan.

Jamil menambah, isu mempertikaikan kelayakan agama Dr Mohd Asri sebagai mufti - seperti dibangkitkan oleh seorang pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) - juga tidak timbul lagi kerana pihak berkenaan "telah menarik balik kenyataannya".

Jelasnya, penolong pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), sebuah institusi bawah Jakim, berbuat demikian dalam dalam satu kenyataan seperti dilaporkan Utusan Malaysia semalam.

"(Dalam laporan tersebut,) beliau sebut, itu kenyataan peribadinya dan beliau tarik balik,” katanya. "Sebenarnya tidak timbul (isu) kelayakan. Memang pun telah dilantik sebagai mufti dan sekarang ini menjadi mantan (mufti)."

Tambahnya, beliau akan menjelaskan mengenai isu penyeragaman kaedah pentauliahan penceramah agama di negeri-negeri di Dewan Rakyat, Isnin ini.

Malaysiakini difahamkan, Jamil berhasrat menemui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menjelaskan perkembangan isu melibatkan Dr Mohd Asri dan PGSM.

sumber - malaysiakini


Dr Asri bertemu dengan Menteri di JPM, Jakim dan Presiden PGSM



Oleh ZIEMAN dan ARIFFUDDIN ISHAK

PETALING JAYA: Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin telah mengadakan pertemuan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom; Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Muhammad Sheikh Abdul Aziz; dan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Mohamad Isa Abd Ralip hari ini dalam satu usaha untuk menyelesaikan apa jua salah faham di antara mereka dalam suasana harmoni dan baik.

Dalam satu wawancara eksklusif dengan mStar Online di Menara Star hari ini, Mohd Asri mengesahkan pertemuan itu tetapi enggan mengulas lanjut mengenainya sebagai tanda penghormatan kepada mereka yang lain yang turut terlibat dalam pertemuan itu.

Bagaimanapun Mohd Asri berkata, pertemuan itu berlangsung dalam suasana yang harmoni dan saling hormat menghormati bak seperti kata pepatah Melayu; “Buang yang keruh, ambil yang jernih.”

Pendekatan ini katanya, bersesuaian dengan amalan dan ajaran Islam itu sendiri yang menganjurkan umatnya agar saling bermaaf-maafan dan menerima sesuatu perkara itu dalam keadaan berbaik sangka.

"Kami telah mengadakan pertemuan, saya harap sesuatu yang baik akan dapat dicapai daripada pertemuan ini... kita tunggu sahaja berita dari pihak sana," katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai butiran pertemuan yang mengambil masa lebih satu jam itu.

Pertemuan ini dipercayai hasil daripada kenyataan Presiden PGSM, Mohamad Isa sebelum ini yang sedia bersemuka dengan Mohd Asri bagi menjelaskan memorandum mereka kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membantah tawaran jawatan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) kepada bekas mufti itu.

Manakala penglibatan Jakim dalam pertemuan tersebut dipercayai berkaitan dengan kenyataan Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Jakim, Zamihan Mat Zain Al-Ghari dilaporkan mendakwa Mohd Asri memalsukan kelayakan Syariah kerana Universiti Jordan tidak menawarkan dua pengkhususan dalam satu ijazah.

Zamihan dipetik berkata, pengkhususan sebenar Mohd Asri ialah Bahasa Arab dan Sastera, bukan Syariah.

Mohd Asri, 38, yang kini berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM) sebaliknya melabelkan kenyataan Zamihan sebagai satu fitnah ke atasnya.

Dalam pada itu, difahamkan juga penglibatan Jamil Khir dalam pertemuan tersebut adalah sebagai 'orang tengah' bagi meleraikan kekusutan yang timbul ekoran isu berkenaan terutamanya dakwaan yang mengatakan Dr Asri adalah pengikut fahaman wahabi.

sumber - mstar

Tiada ulasan: