MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

2 Nov 2009

Pengaruh Anwar semakin mencengkam PAS

Seperti yang diketahui umum, kelompok pemimpin berhaluan kiri didalam Pas yang dilabelkan team ERDOGAN telah menguasai percaturan politik dalaman Pas sejak tempoh pembebasan Anwar Ibrahim dari Sg Buloh.

Berselindung di sebalik bayangan Mursyidul Am Pas Nik Aziz Nik Mat, nama2 pemimpin seperti Hatta Ramli, Kamarudin Jaafar, Mahfuz dan juga Husam Musa semakin meluaskan pengaruh idealisme Anwar Ibrahim secara senyap didalam Pas.

Kelompok pemimpin dari team ERDOGAN ini membuat percaturan politik sambil dibayangi jelas oleh MENTOR mereka iaitu Anwar Ibrahim dan kelompok-kelompok ini tanpa berselindung akan mempertahankan isu-isu yang dilihat menghentam IDOLA mereka itu.

Kemelut politik dalaman Pas semakin bercelaru akibat dari percanggahan pendapat serta pertikaian disetiap isu-isu berbangkit yang melibatkan Presiden parti itu dan juga Mursyidul Amnya. Yang paling hangat ialah idea mewujudkan kerajaan perpaduan diantara Pas dan Umno.

Idea yang dilontarkan oleh Presiden Pas dan disokong pula oleh sebilangan pemimpin Dewan Ulamak Pas seperti Azizan Razak, Mustafa Ali, Hasan Ali, Haron Taib dan juga Nasharudin Mat Isa bagaimanapun ditentang dengan begitu hebat oleh Nik Aziz Nik Mat berserta gerombolan team ERDOGAN yang diterajui oleh anak didik Anwar, Husam Musa.

Pelbagai usaha sulit dilancarkan oleh team ERDOGAN untuk menjatuhkan para penyokong Hadi dan juga penyokong idea kerajaan perpaduan bersama Umno. Usaha terbaru ialah berupa gesaan dari Nik Aziz sendiri untuk mengadakan Muktamar Khas untuk menyingkirkan pemimpin pro Hadi dari Pas.

Kelompok pemimpin pro Hadi yang dikepalai oleh Mustafa Ali dari kalangan yang wala' kepada Hadi selaku Presiden parti, sekali lagi telah menggagalkan usaha terancang team ERDOGAN yang menjadi pengarah disebalik tabir kepada usul EGM tergempar untuk menyingkirkan penyokong2 Presiden parti. Ini merupakan pukulan hebat kepada Nik Aziz yang selama ini dianggap sebagai NADI kepada parti Pas.

Disebalik semua pergolakan yang berlaku didalam Pas, dapat dilihat satu senario yang seakan sama sewaktu Anwar Ibrahim mendaki puncak karier didalam Umno. Cara Anwar yang agresif demi mencapai kehendak politiknya diwarisi oleh Husam didalam Pas. Husam telah membentuk kelompoknya sendiri demi menjaga kepentingannya didalam Pas. Dan Husam juga bijak memanipulasi pengaruh Nik Aziz Nik Mat demi melunaskan kehendak politiknya.

Selepas ini, dijangka serangan akan tetap berterusan dari kem ERDOGAN terhadap kelompok penyokong Hadi. Ia tidak akan berakhir selagi Pas masih dibayangi oleh Anwar Ibrahim dan juga Pakatan Rakyat. Cita-cita Anwar untuk menakluk Pas selaku parti melayu kedua terbesar selepas Umno akan direalisasi oleh Nik Aziz, Husam serta kelompok puak ERDOGAN didalam Pas.

Persoalannya sekarang, mampukah Hadi dan para penyokongnya bertahan di kedudukan masing-masing sehingga ke PRU akan datang ataupun tersungkur dikaki DE FACTO Anwar Ibrahim dan jeneral-jeneral ERDOGAN nya ?

Dikala Umno semakin mengumpul kembali kuasa keramatnya, Pas dilihat semakin runtuh sedikit demi sedikit. Inilah penangan Anwar Ibrahim..., manusia yang segalanya mungkin.

sumber - mykmu


1 ulasan:

Mat Addeen berkata...

Ya Anwar sedang mengembangkan pengaruhnya ke dalam PAS. Dan berkemungkinan Anwar akan menyertai PAS apabila tiada siapa berani untuk menyanggah komen TG nik Aziz Nik Mat. Sekarang Dr Aziz Bari menjadi pencatur anwar untuk memporak peranda PAS dengan Titile Pakar Pelembagaan Malaysia. Tapi Dr Aziz Bari jangan lupa kita orang islam ada Empat asas dalam Akhlak iaitu, jujur, menyampaikan, amanah dan bijaksana. Janganlah menggunakan kebijaksanaan anda menghancurkan islam. PAS harus ingat penubuhannya untuk memperbetul dan membangkang UMNO hal-hal berkaitan Agama Islam dari luar sebagai pembangkang yang kuat bukan sebagai parti yang ingin berkuasa di malaysia. Kalulah Dr Aziz ini memang orang bijaksana berkaitan perlembagaan, beliau harus meneruskan usaha2 Allahyarham Prof Ibrahim untuk melaksanakan Draf-Draf Perlembagaan Islam untuk pelaksanaan di Malaysia bukan memporak peranda PAS. Ingat suatu hari nanti Partai Islam akan memerintah malaysia tetapi mungkin bukan PAS kot disebabkan dirosakkan oleh kumpulan Erdogan. Kumpulan ABIM dan JI dalam PKR perlu meneruskan agenda untuk memperkukuhkan Kedudukan mereka dalam PKR dan kembalikan Islam-profesional sebagai Tulang belakang PKR sebagaimana sebelum 2007.Jangan jadi Islam liberal. Jika ABIM tidak merebut peluang ini dan PKR didiminasi oleh orang UMNO yang kecewa maka PKR akan jadi partai orang kecewa yang tiada hala tuju atau asas. PAS harus bangkit menjadi parti yang kuat menegakkan Syiar Islam seperti mana yang dilakukan oleh DR Hassan Ali.