MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

2 Nov 2009

JAIS: Dr Asri akan segera didakwa

Salhan K Ahmad
Nov 2, 09, 4:41pm

Dr Mohd Asri Zainul Abidin akan didakwa selepas Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) selesai menjalankan siasatan terhadap bekas mufti Perlis itu berhubung kesalahan mengadakan kuliah agama tanpa tauliah daripada jabatan itu.

Pengarah jabatan itu Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata siasatan itu juga akan disegerakan memandangkan kes itu melibatkan tangkapan yang telah menjadi perhatian umum.

Bercakap pada sidang media di pejabatnya di Shah Alam hari ini, Mohammed Khusrin turut mempertahankan tindakan jabatan itu menggunakan khidmat polis ketika menahan Dr Mohd Asri.

"Tangkapan dibuat dengan dibantu polis kerana berlaku masalah untuk dapatkan kerjasama (Dr Mohd Asri).

"Kami telah dihalang oleh jemaah dan wakil rakyat kawasan, sebab itu kami dapatkan bantuan polis," katanya.

"Kami tidak buat lebih daripada sepatutnya," katanya lagi.

Dr Mohd Asri akan didakwa bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 atau mengajar agama tanpa tauliah.

Beliau ditahan malam tadi ketika menyampaikan kuliah agama di sebuah banglo di Taman Sri Ukay, Hulu Kelang (foto kanan).

Turut hadir di tempat kejadian, ahli parlimen PKR bagi Ampang, Zuraida Kamaruddin dan ADUN PAS bagi Hulu Kelang, Saari Sungib.

Di sidang media itu, Mohammed Khusrin juga berkata, Jais tidak menerima tekanan daripada pertubuhan Islam dalam menjalankan tindakan ke atas bekas mufti itu.

Mengulas isu penyebaran ajaran Wahabi, pengarah Jais berkata ia tidak sesuai dikenakan terhadap Dr Mohd Asri memandangkan siasatan masih dijalankan.

Jelasnya lagi, Jais tidak boleh membuat tuduhan sembarangan ke atas Dr Mohd Asri walau bekas mufti itu menerima tuduhan mendukung ajaran Wahabi oleh beberapa pertubuhan Islam.

Dalam satu memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini, sejumlah NGO Islam membantah Dr Mohd Asri dilantik sebagai pengerusi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) atas alasan beliau seorang yang tidak mengamalkan ajaran Ahlus Sunnah Wal Jamaah, menolak ulama dan bersikap ekstrem.

Dr Mohd Asri bagaimanapun menafikan semua dakwaan tersebut dalam sidang medianya semalam.

Mohammed Khusrin juga berkata, Jais perlu meneliti keputusan daripada siasatan sebelum membuat pertuduhan sesuai.

Jelasnya, jabatan tersebut setakat ini hanya mendapati Dr Mohd Asri mengajar agama tanpa tauliah ketika menyampaikan kuliah agam di sebuah rumah di Taman Sri Ukay malam tadi.

Tambahnya, Jais juga telah bertindak kepada sekurang-kurangnya 10 orang penceramah agama yang menjalankan kuliah di Selangor tanpa tauliah.

"Kami bertindak atas aduan dan memorandum penduduk Taman Sri Ukay sebelum kami bertindak menahan Dr Mohd Asri," kata Mohammed Khusrin lagi.

sumber - malaysiakini


JAIS sahkan Dr.Asri mengajar agama tanpa tauliah

Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN

SHAH ALAM: Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohammed Khusrin Munawi hari ini mengesahkan tangkapan yang telah dibuat ke atas bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin adalah di atas kesalahan mengajar agama tanpa tauliah dan bukannya mengamalkan fahaman Wahabi seperti yang didakwa sebelum ini.

Menurutnya, di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003, Seksyen 119 (1) menyebut mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau perkara-perkara tentang agama Islam tanpa tauliah yang diberikan di bawah Seksyen 118 adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Pejabat JAIS, di Bangunan Sultan Idris, di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd. Tamyes Abdul Wahid

sumber - mstar


2 ulasan:

Sangtawal Sakranta berkata...

salam aidc,


1.Orang kapir baca quran bila ceramah politik ada tauliah ke?

2.orang islam,bagi ceramah dalam gereja,ada tauliah ke?

3.Orang kapir telanjang dalam rumah,ada tauliah ke?

4.orang kapir pelihara babi dalam kerajaan pakatan yang ada juga PAS, ada tauliah dari pakatan ke?

5.orang kapir jual arak dalam negara ialam,ada tauliah ke?

6.orang islam bagi orang kapir/islam buka kelab malam dan disko sampai larut malam ada tauliah ke?

7.artis buat konsert amal dapat tauliah ke? ada dalam islam ke?

8.orang islam boleh kawan dengan syaitan ada tauliah ke?

9.orang islam kata mufti bapak setan ada tauliah ke?

10.al-juburi baca khutbah dan beri ceramah agama dalam masjid ada tauliah ke???

Bila agama digunakan untuk cari makan... inilah jadi nya!

orang bodoh bertindak ikut perasaan, orang bijak bertindak ikut fikiran!

dr asri nak ceramah sebar wahabi pada malam dia ditangkap ???
mana buktinya?

bila tanya jais, kata atas aduan orang ramai, bila tanya polis,kata pergi hanya untuk mengawal keadaan.

Rasanya, kepada orang yang menuduh dr asri Wahhabi ni,baik adakan satu forum atau debat terbuka secara lansung(sebab dia kata dia bukan wahabi)... biar seluruh rakyat tengok dan nilai jugak.... ingat ketika abuya al-arqam disoal secara lansung dulu ???.. dari situ rakyat boleh menilainya sendiri....

boleh juga tengok pegawai agama berhujah dengan Bekas mufti termuda yang ada sarjana dan levelnya dulu pada tahap boleh mengeluarkan fatwa!

kepada mereka yang kononnya pejuang salafi,atau pejuang tulen ASWJ, terutamanya para pentaksub ulamak politik pas.... jaga-jaga, cermin juga diri sendiri...kadang-kadang kamu lebih menyesatkan dari orang yang kamu tuduh!dan kadang-kadang orang yang kamu puja lebih bangsat melacurkan agama dari orang yang kamu tuduh!

saya bukan wahabi , tetapi dalam kes dr asri ni.... nampaknya ada yang tak kena! sila selesaikan dengan cara yang bijak!!! semoga keadilan tertegak!

Wassalam.

Unknown berkata...

komen yg sungguh membina. Mintak izin saya nak copy paste sebar penulisan anda ke blog2 lain.